"Silence is the most powerful scream."
7 years ago.
Arief.
"Tell me about Adra." Aku campak beg aku ke atas kerusi dan terus duduk.
"Kau ni mabuk Adra ke apa?"
"Entah, daripada tadi duk Adra Adra Adra."
Aku hanya menjulingkan mataku ke atas dan ingin menyambung ayatku. Belum sempat aku menyambung ayatku-
"Hah tengok? Dah buat habit sama macam Adra pulak. Rolling eyes rolling eyes."
"Apa masalah korang ni? Aku tanya pasal perempuan tu, so cerita jelah. Yang korang duk nak mengkenenkan aku dengan dia dah kenapa?" Aku mendengus kuat.
"Hey handsome." Suara tu lagi.
Kali ni, aku tak menoleh, bukan sebab aku tak handsome tapi muka handsome aku ni pun dah naik jelak nak hadap muka empat ekor malauns ni.
"Rief." Melissa memanggilku.
"It's Arief. Not Rief." Kataku tegas sambil mengangkat wajahku yang tadi menunduk kebawah.
"Sama je kan, bezanya cuma takde A je?" Sambung dia lagi.
"Aku dah cakap Arief tu Arief jelah. Yang kau nak bahas dengan aku pasal nama aku ni apahal?" Mood aku yang memang dari tadi dah swing sebab Adra tu jadi lagi swing sebab dorang ni.
"Yang you nak badmood tiba tiba ni dah kenapa?"
Sebab, hajat tak tercapai.
Aku hanya memilih untuk berdiam diri dan aku mencapai beg sandang aku. Aku capai botol air aku dan aku meneguk air.
"Ni mesti sebab Adra tadikan? I dah agak you pun mesti menyampah dengan dia."
Aku ketap bibirku kuat. Geram.
Memang pasal Adra, tapi bukan pasal Adra marah koranglah, bodoh.
"You dekat side kita orang lah kan? So sweet of you Rief."
Rief again.
Aku lihat, tiga orang sahabatku dah mula membuat muka menyampah.
"Rief." Rengek Melissa dan mula mencuba meraih tanganku.
This is too much.
" Stay in your fucking lane lah bitch! " Jerkahku kuat dan satu dewan yang tadi gamat dengan gelak tawa terus senyap.
Empat ekor babun yang tadi duk merengek, merenyam dekat aku tu terus terdiam dan ternganga.
Apa kau fikir aku ni prince charming korang ke? Nak melayan perangai tak semenggah korang tu? Kalau aku campak korang ni ke hutan pun, belum tentu orang utan nak buat kawan.
"Takde maruah ke duk meleseh leseh macam kucing dekat aku ni? Tinggikan sikitlah darjat korang tu." Kataku lagi dan aku rasa mukaku kini mungkin merah sama merah dengan empat gadis di hadapanku ini.
Gadis ke?
Sepupuku, Zachri bertindak mengusap belakang badanku manakala Zaidan dan Haqiem meminta maaf pada orang di dalam dewan ini.
Melissa mendekati aku dan berkata,
"Rief em-"
"Apa lagi?! Berambuslah! Angkat kaki korang, tempat perempuan dekat arah sana kan?!" Jerkahku lagi dan aku halakan tangan aku ke arah kanan tempat dimana semua pelajar perempuan duduk.
Aku nampak semua mata mata memandang ke arah kami.
Mujur cikgu belum sampai, kalau tak lagi teruk jadinya.
Aku lihat Melissa, Catherine, Zetty dan Syazana terus berpusing dan berlari lalu meninggal- hihi. -kan dewan.
"Bullshit." Ujarku geram lantas duduk.
Dewan yang tadi senyap serupa bilik mayat kembali bising 5 minit selepas itu.
"Great job, doh! Finally, ada jugak orang berani sound dorang macam tu." Zaidan menumbuk dadaku perlahan.
Aku dah tercengang. Habis, selama ni? Korang biarkan je ke bitches tu?
"Dah tu selama ni, takkan takde langsung orang yang berani sound dorang?"
"Ada tu memang ada. Kitaorang pun pernah sound, tapi tak pernah lah sound dekat public macam ni. Bagus jugak kau sound macam tu biar dorang tahu dorang dengan perangai ulat bulu panjat daun dorang tu boleh terjun masuk gaung." Sambung Haqiem dan kami terus tergelak.
"Perhatian kepada Ahli Badan Tertinggi Pelajar, sila bergerak ke belakang dewan sekarang. Saya ulang, perhatian kepada Ahli Badan Tertinggi Pelajar sila bergerak ke belakang dewan sekarang."
Pengumuman itu tidak menggamit perhatian aku, tetapi orang yang membuat pengumuman itu yang menarik minat aku.
"Weh Qiem, jomlah Adra dah panggil Hi-Com dah tu."
Yah, that word. Hi-Com tu apa eh?
"Hi-com tu, singkatan untuk High community. Students High Community."
Oh. Did I say too loud?
"Tengok muka kau yang berkerut macam apa tu pun aku dah boleh agak kau nak tahu Hi-Com tu apa." Zachri dan Haqiem bangun sambil membetulkan sedikit blazer mereka. Nasiblah Zaidan ni student biasa, takdelah aku nak mereput sensorang dekat sini. Dengar cerita dia yang tolak jawatan ni, katanya rimas nak layan peminat. Kononnya.
Pergi mampus.
Oh, agak agaknya Adra ni apa jawatan dia eh?
"Dia penolong ketua pengawas. The Assistant of Students High Community, while me, the leader of Students Hi-com." Kata Zachri sambil terselit nada bangga di hujung ayatnya.
Mamat dua ekor ni mind readers ke apa?
"I can read your mind, bro." Ujar mereka serentak dan terus terketawa.
Aku hanya membuat rolling eyes sebagai balasan. Haqiem dan Zachri pula dah bergerak ke belakang dewan.
Aku pun apa lagi. Memulakan misi mengorek rahsia Adra sedikit demi sedikit daripada Zaidan.
I'll make you mine, pink.
YOU ARE READING
Fredella
RomanceCredit to // @nurflwr Thank you for the gorgeous book cover! Bagi Adra, cintanya dikhianati 7 tahun yang lalu oleh orang yang benar benar dia cintai. Bagi dia, dirinya ditinggalkan tanpa sebab. Tapi siapa sangka, luka berdarah yang hampir kering kin...