"Are hearts made to be broken?"
7 years ago.
Adra.
"Adra, macam mana awak rasa sekarang? Ada sakit kepala, atau sakit dekat mana mana?"
"Kepa- ehem." Aku berdehem kerana suara aku kedengaran serak dan tekak aku terasa perit.
"Air." Kataku perlahan.
"Air? Okay sekejap Mama ambilkan."
"Nah Ma." Syafique menghulurkan Mama segelas air memandangkan Syafique yang duduk paling dekat dengan meja.
Aku teguk air itu sehingga habis. Kemudian aku menyambung,
"Kepala saya sakit sikit. Macam berdenyut. And perut saya-" aku tekup pada bahagian tengah perutku, "-rasa sakit and pedih. Rasa macam em, ada luka dekat bahagian dalam."
Aku menerangkan satu per satu tentang apa yang aku rasa.
"What happened?" Tanya aku kebingungan.
Apa yang jadi sebenarnya ni?
"Okay Adra, saya nak awak bertenang ya."
Aku hanya angguk sebagai balasan.
"Sebulan yang lalu, ada satu kejadian yang menimpa Adra. Adra telah ditikam oleh seorang perompak dan Adra telah koma hampir sebulan."
Aku terkelu.
Padanlah perut aku pedih dan badan aku lenguh lenguh. Rupanya sebab aku dah terlentang atas katil ni hampir sebulan.
Wow.
Aku tak sangka yang aku berkoma selama sebulan ni. Aku fikir selama ini apa yang aku dengar hanyalah khayalan.
Tiba tiba, aku teringatkan tentang khayalan terakhir aku, khayalan perbualan bersama-
"Are you okay, Adra?" Doktor itu bertanya sambil melemparkan sebuah senyuman manis.
"O-okay." Aku angguk kepala.
Mana Arief?
"Okay, saya masih ada soalan untuk Adra."
Aku layankan saja prosedur ini.
"Adra ada ingat apa apa tak tentang kejadian Adra ditikam ni? Siapa yang tikam Adra? Siapa yang selamatkan Adra?"
Secara automaticnya, otakku berputar mengingatkan aku kembali tentang apa yang berlaku pada sebulan yang lepas.
"Adra." Arief terus berlari ke arah aku yang sedang terkulai lemah di atas lantai. Arief angkat kepala aku dan letak di atas pangkuannya.
"Adra. Macam mana boleh jadi macam ni?" Arief menggoyangkan sedikit lenganku.
"Sa-sakit." Aku tidak menjawab soalannya malah aku memberitahu tentang kesakitan yang aku alami sekarang ini.
"Sakit? Dekat mana?" Tanya Arief panik.
"S-sakit Rief." Aku mengerang sakit. Sakit di perutku ini seolah olah tidak boleh dibendung lagi. Aku rasa seolah olah ada satu lubang yang menembusi perut aku.
Sakit dan ngilu.
"Dekat ma-" tiba tiba nafas Arief seolah olah terberhenti.
Aku pejam mataku rapat.
Ya Allah, sakit.
"Ya Allah, Adra!" Aku dengar suara Arief cemas dan panik. Aku syak Arief sudah perasan akan kesan tikaman pada perutku.
YOU ARE READING
Fredella
RomantizmCredit to // @nurflwr Thank you for the gorgeous book cover! Bagi Adra, cintanya dikhianati 7 tahun yang lalu oleh orang yang benar benar dia cintai. Bagi dia, dirinya ditinggalkan tanpa sebab. Tapi siapa sangka, luka berdarah yang hampir kering kin...