"Awake or asleep, I dream of you. All the same."
7 years ago.
Adra.
"Sayang, ni meh breakfast sikit meh." Mama melangkah masuk dengan sedulang makanan dan meletakkannya di atas meja bersebelahan katilku.
Aku hanya memandang kosong makanan itu. Entahlah, tak rasa lapar.
"Adra-"
"Nanti Adra makanlah kalau Adra nak okay Ma." Aku senyum palsu.
"And one more thing, Ma. Mama janganlah susahkan diri masak everyday untuk Adra macam ni, nanti Adra tak makan kan bazir. Kesian Mama, buat penat Mama je."
Aku nampak Mama tersenyum tawar sambil merenung makanan itu. Kemudian dia memandangku.
"Sampai bila anak Mama nak terus jadi macam ni hm?"
Sampai Arief balik semula Mama.
"Jadi apa Ma? Mana ada jadi apa apa." Aku berpura pura tidak tahu.
"Makan taknak, tidur pun nampak macam tak cukup je, mata bengkak. Jadi anti-social, dah tak bergaul dengan family, itu Adra cakap tak jadi apa apa? It has been nearly 2 weeks, Adra."
Aku lepaskan sebuah keluhan.
"Adra okay je Ma, cuma- em lepas bangun daripada coma, Adra takde selera sangat nak makanlah Ma. Selera macam mati. Lepastu-"
"Mama bawak Adra dalam perut 9 bulan. Besarkan Adra 17 tahun, masih nak menipu?"
Aku terpempan.
I'm speechless, I dont know what to say. Jadi aku tundukkan sahaja kepala aku.
"I am your mom dear. I care for you."
"I know that Mama. Kan Adra dah cakap Adra okay?" Sedaya upaya aku senyum seikhlas yang boleh.
Mama tenung anak mataku dalam. Cuba amati keadaan yang sebenar.
God, help me.
"Yelah kalau Adra dah cakap macamtu, walaupun-"
Fuh.
Mama genggam tangan aku erat "-Mama tahu Adra tak cakap benda sebenar." Mama usap kepalaku sekilas dan cium dahiku kemudian Mama keluar daripada bilikku.
Aku perhatikan Mama pergi hingga pintu bilikku ditutup.
Aku tenung sarapan yang dihidangkan pagi ini.
Ada segelas fresh milk, beberapa keping roti dan-
Sup cendawan.
Serta merta mataku terasa panas.
"Awak nak makan apa? My treat!"
"Hurm, aku rasa macam nak makan- mushroom soup lah."
"Ei sedap ke mushroom soup? Tengok macam pelik je." Aku membuat muka geli.
"Aku rendam jugak muka kau dalam air panas dekat dapur tu kang. Sedaplah! Creamy. My favourite."
"Your favourite?"
"Yeah. Buuut, dont worry because you are still my favourite too." Arief kenyit mata sebelah kirinya padaku.
"Arief." Ucapku sendu.
Perlahan lahan badanku yang tadi sedang duduk melurut berbaring.
Tiba tiba hatiku terdetik untuk menelefon Arief. Mana tahu dia angkat?
YOU ARE READING
Fredella
RomantizmCredit to // @nurflwr Thank you for the gorgeous book cover! Bagi Adra, cintanya dikhianati 7 tahun yang lalu oleh orang yang benar benar dia cintai. Bagi dia, dirinya ditinggalkan tanpa sebab. Tapi siapa sangka, luka berdarah yang hampir kering kin...