Chappie Thirty Two

7.5K 244 36
                                    

"He's so bad but he does it so well."

Adra.

"No, stop right there. Please." Tangan aku yang sedari tadi tersangkut di bahunya terus aku alihkan.

Jelas di penglihatanku mukanya yang keliru— tidak faham dengan permintaanku yang menyuruhnya untuk berhenti.

Air mata yang berlumba lumba untuk jatuh aku biarkan.

"How dare you ..." Kedua tanganku menolak dadanya sekali. Perlahan.

Matanya masih lagi merenung mataku.

"Liar." Bisikku perlahan tetapi kali ini tolakan aku lebih kuat. Cukup untuk membuatkan badannya terkebelakang.

"You are lying!" Makin kuat aku tolak dadanya dan Arief terus mencapai kedua belah tanganku lalu mendakapku erat.

"How could you ..." Esakku perlahan.

Sumpah aku katakan, aku berharap Arief hanya menipu. Aku berharap ini adalah satu penipuan yang dia reka agar berjaya menutupi kesalahnnya di masa lalu. Aku berharap ini hanyalah sebuah penipuan.

"I'm sorry but I'm not lying."

Esakkanku makin menjadi jadi. 7 tahun. 7 tahun aku hidup dalam dendam, kebencian terhadap dia. 7 tahun aku meletakkan semua kesalahan di bahunya. 7 tahun dia membiarkan aku membenci dirinya sedangkan dia tak salah. 7 tahun aku fikir hanya aku yang tersiksa sedangkan apa yang dia hadapi adalah jauh lebih menyiksakan.

"Why?" Hanya bisikan yang mampu aku luahkan. Perit sangat tekakku pada waktu ini tapi tak seperit kenyataan yang harus aku terima.

Aku membenci seorang lelaki yang sedaya upaya menjaga hatiku agar tidak terluka.

Kerana aku pasti, dia merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan aku kerana dia tak mahu aku mengutamakan diri dia lebih daripada diriku sendiri.

"Because you are my priority, love."Aku geleng kepala aku perlahan. Air mata masih lagi menderas.

"Why do you let me hating you for so long Rief? 7 years—" Aku tak mampu habiskan ayatku kerana sebak yang semakin mendalam.

"Because I had to pay the price. In terms of wanting you to move on, I need to let you hated me. Saya sakit, Adra. Saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh hidup. Saya pergi Australia untuk dapatkan rawatan. I need to be perfect to be with you."

"I don't need you to be perfect." Cepat cepat aku mencelah.

"But an angel like you deserves perfection, Adra."

"I'm sorry." Ucapku diselangi air mata yang tak berhenti henti jatuh.

Sedihnya aku hari ini tak dapat aku ungkapkan. Aku membenci Arief hanya kerana dia berkorban— demi aku. Aku salahkan dia hanya kerana dia mahu yang terbaik untuk aku. Layakkah dendam aku untuk bertanding dengan pengorbanannya?

"There's nothing to be sorry, sayang. Yes I'm hurt because you hate me. The pain is unbearable. But as what I've told you. Sacrifice requires love. And I love you, that's why I'm brave enough to sacrifice. Sometimes it is worthy to break our own hearts for certain people." Tangannya membelai belai rambutku.

"But my heart is broken too." Ucapku perlahan.

"That's why I'm here sayang. To fix it." Air mata yang baru sahaja hendak kering mula mengalir kembali.

Terus aku dakap tubuhnya erat dan aku terdengar dia membisik "Marry me, Adra. I need you to complete me."

Laju aku mengangguk tanda setuju dan aku dengar dia menghembuskan nafas lega.

"Finally, you'll be mine." Aku eratkan lagi pelukan apabila dia membisikkan kalimah itu.

Tapi, satu persoalan mula terlintas—

Sampai bila?

TINGGAL seminggu sahaja lagi sebelum aku dan Arief diijab kabulkan. Tak sabar rasanya untuk menyandang gelaran seorang isteri. Nak nak lagi isteri kepada Alaric Arief.

Mengenangkan nama itu, bibirku terus melebar. Sejak dia jadi tunang aku ni, aih makin handsome nampaknya. Bukan nak puji tunang sendiri tapi orang lain pun cakap benda yang sama. Kata mereka,

"Darah tengah manis tu yang muka pun jadi manis sekali."

Pungguk hangpa lah darah manih muka pun manih. Haha.

Cincin tunang yang tersarung di jariku aku pusing pusingkan.

Teruja teruja juga tapi aku masih tak dapat lari daripada rasa takut. Setelah bertunang dengan Arief, aku sentiasa mengikuti dirinya setiap kali dia mempunyai appointment bersama doktornya.

Pernah juga aku tanya tentang keadaan Arief, kata doktor tu,

"Peluang untuk terus hidup tu memang tinggi tapi kemungkinan untuk dijangkiti kembali bukannya 0%. Pendek kata, semua ini saya tak dapat jangkakan. Kita kena lihat pada cara hidup Encik Arief juga."

Aku berdehem sekali, "Kalau Arief dijangkiti kembali?"

Air muka doktor itu berubah keruh sedikit, "Tak mustahil boleh membawa kepada maut."

"Sayang?" Tersentak aku apabila Arief memetik jarinya di hadapan wajahku.

"Sorry lambat. I got an urgent meeting just now." Dia menarik kerusi yang berada di hadapanku lalu duduk.

"Jauhnya termenung sayang ... Menungkan apa?" Wajah tampannya yang sedang tersenyum memenuhi segenap penglihatanku.

Mampu ke aku nak hilang dia sekali lagi? Jika 7 tahun yang lepas aku hilang separuh hati hanya kerana kehilangannya. Itu aku masih yakin yang dia masih hidup. Kalini bagaimana pula?

Hilang Arief selama lamanya?

"Adra Fredella." Namaku dipanggil sekali dan kalini wajah risau Arief menghiasi pemandanganku.

"Are you okay?" Perlahan lahan aku anggukkan kepala dan aku ukirkan sebuah senyuman manis untuknya.

"Jangan risau lah, saya okay. Cuma berdebar, yelah seminggu lagi kita dah nak bernikah." Wajahnya yang tadi risau kini bertukar menjadi nakal.

Kat belakang kepala mamat ni ada suis ke apa? Boleh tukar ekspresi muka tak sampai satu saat.

"Nervous ke tak sabar? Hm?" Jelas sekali nada mengusik dalam ayatnya. Apatah lagi senyuman nakal yang dihadiahkan khas untuk aku.

Dia memanggilku mendekat, seolah olah ingin bisikkan sesuatu.

Kalau dulu, mungkin dia dah tarik je tangan aku untuk mendekatkan aku dengannya tapi sejak bertunang ni, Arief akan cuba sedaya untuk tidak menyentuhku. Katanya, dah nak kahwin ni kenalah banyak baiki diri.

That's my boy.

"Apa?" Aku menjongketkan sebelah keningku.

"Kalau sayang nak tahu, Arief lagi tak sabar nak jadikan sayang yang halal untuk Arief." Suaranya yang begitu dekat dengan telingaku membuatkan jantungku terus berdetak laju. Aku yakin, wajahku sekarang sudah merah kerana aku boleh rasakan ia memanas.

"Woah, why are you blushing princess?" Arief menegur dengan riak wajahnya yang masih kekal nakal.

Terus aku ketap rahangku, dia ni kan!

"Waiter!" Terus aku angkat tangan apabila ada seorang pelayan melintasi meja kami.

Sebelum pelayan itu sampai ke meja kami sempat lagi Arief berbisik,

"My oh my. That innocent face doesn't suit you, my love."

Hanya sebuah jelingan aku hadiahkan kerana pelayan itu sudah tiba di meja kami dengan dua buah menu di tangannya.

Okay saya tahu ramai yang marah saya:( Mintak maaf ye, phone saya ni baru je lepas repair, rosak masatu. Sorry sangat sangat sebab dah lama gila tak update. I miss writing too you know. Saya harap masih ada yang sudi nak membaca! Xoxo ❤️

FredellaWhere stories live. Discover now