"Behind every untrusting girl is a boy who lied, cheated and broke his promises to her."
7 years ago.
Adra.
Gone?
"What do you mean by gone hah?" Aku terus pusingkan badan aku menghadap Syafique.
Panik mula menguasai diri aku.
Aku tolak badan Syafique bila dia hanya mendiamkan diri.
Sekali.
Dua kali.
Eh, jawablah!
Tiga ka-
"Dia dah takde Adra! Dia dah blah! Dia dah balik Australia balik! Dia dah tinggalkan kau!" Ujar Syafique separuh menjerit sambil memegang dan menggoyang goyangkan bahu aku.
Seolah olah ingin menyedarkan aku tentang kenyataan-
Arief tinggalkan aku?
Aku rasakan hati aku seolah olah jatuh dan berkecai-
Setelah dia mekarkan bunga dalam hati aku, tabur harapan pada aku, dia- dia tinggalkan aku?
-malah, serpihan hati aku dipijak satu persatu olehnya.
Melihatkan aku yang terkaku, Syafique terus memelukku sekejap lalu bagun dan menyatakan bahawa dia ingin ke tandas sebentar.
Aku tahu, dia ingin memberi aku ruang untuk menerima kenyataan ini.
Pandanganku mula kabur. Bukan kerana ingin pengsan, tetapi pandangan aku mula dikaburi dengan air mata.
Cadar katil ku genggam kuat. Tiba tiba, telefon aku yang berada di atas meja bergegar.
Siapa yang call malam malam buta ni?
Aku capai telefonku dan apabila aku nampak nama yang tertera di telefon itu, tanganku mula menggeletar.
Tetapi aku beranikan diri jua untuk menjawab panggilan tersebut."Sweetie pie."
Aku pejam mataku rapat. Akhirnya empangan air mataku pecah.
Setitik jatuh membasahi pipiku.
Ya Allah, give me some strengthen.
"If you're crying right now. Please, stop."
Mendengarkan permintaannya, aku terasa air mataku makin mencucuk cucuk ingin turun.
"Adra, aku takde niat nak permainkan kau. Aku-"
Awak apa Arief?
Soalan itu aku bisikkan dalam hati. Aku tak mampu untuk mengeluarkan suara.
"Apa yang kau dengar masa kau koma tu, bukannya satu penipuan Adra. Ya, betul. Aku cintakan kau, sangat Adra. Sangat. I love you so much. I never felt this kind of feelings."
Tapi hakikatnya awak tetap tinggalkan saya Arief.
"I know you are still there, even kau diam je. Adra, please. Lupakan aku. Stop cintakan aku. Cari orang lain. Dan belajar buang aku daripada hidup kau, Adra."
Lepas awak dah beri saya harapan, dah beri saya erti cinta, awak suruh saya lupakan awak?
Doesn't make sense at all.
"Kau tahu tak betapa risaunya aku tengok kau meronta ronta lepas kau sedar tadi. Mulanya aku lega, sebab akhirnya penantian aku selama sebulan dah terhenti. Tapi, kau tahu tak betapa luluhnya hati aku tengok kau macam tu Adra? Risau aku."
YOU ARE READING
Fredella
RomanceCredit to // @nurflwr Thank you for the gorgeous book cover! Bagi Adra, cintanya dikhianati 7 tahun yang lalu oleh orang yang benar benar dia cintai. Bagi dia, dirinya ditinggalkan tanpa sebab. Tapi siapa sangka, luka berdarah yang hampir kering kin...