#05

2.4K 159 7
                                    

Aku terjaga dari tidur lalu mencapai phone yang berada di sisi bantal.

7:30 am.

Mata aku terbeliak apabila memandang jam di screen phone.

"Omo! Aku dah lambat nak pergi sekolah!" Terus aku mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Tapi, tak sampai 1 minit.. aku keluar balik dari bilik air.

"Hari ni hari Sabtu la. Aigoo.. nasib baik aku tak bersiap lagi." Aku mencampak tuala lalu menghempaskan badan di atas katil.

Apabila kau dah bangun dan tak boleh tidur balik. Acenggitu la keadaan aku sekarang. Aku mencapai phone.

Terdapat beberapa chat dari Yeon. Aku membuka chat tersebut.

Heehee : Young..
Heehee : esok kau free tak?
Heehee : kalau kau free, jom keluar nak tak? Oppa aku ajak. Tapi dia tak cakap pun kita nak pergi mana
Heehee : oi
Heehee : kau dah tidur ke?
Heehee : tak apa la, kalau kau dah baca nanti.. kau bagitau aku ehh

Aku mengerutkan dahi. Oppa? Tangan aku lincah menari-nari di screen phone.

Youngggggg_ : free la kott
Youngggggg_ : pukul berapa nak keluar?
Youngggggg_ : by the way, kau ada oppa? Asal aku tak tau?

Selesai aku membalas chat Yeon, aku membuka wifi dan connect dengan wifi rumah. Selepas itu, aku membuka youtube dan melayan apa yang aku rasa nak layan.

Lol = ̄ω ̄=

•••

Pintu bilik aku diketuk. Aku pun membuka pintu bilik.

"Eo Tae. Kau nak apa?" Soal aku sambil mengikat rambut. Dia memandang aku atas bawah.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Nak kena terajang ke?" Aku mencekak pinggang.

"Tak ada la. Kau nak pergi mana pagi-pagi ni?" Soalnya.

"Nak keluar dengan Yeon."

"Korang berdua je?" Aku menggeleng.

"Ani.. dengan oppa dia sekali. Wae?" Taehyung tersengih.

"Nak ikut."

"Pergi la siap. Kau lambat aku tinggal." Terus dia berlari ke biliknya. Aku tergelak kecik melihat telatah Taehyung.

Selepas aku sudah bersiap, aku mencapai phone lalu turun ke bawah. Aku duduk di sofa ruang tamu.

"Young? Kamu nak pergi mana ni?" Soal eomma sebaik sahaja dia ternampak aku.

"Nak keluar dengan Yeon. Tae pun ikut sekali tau eomma." Eomma mengangguk faham dan menyambung balik aktivitinya.

"Eomma, mana appa? Tidur lagi ke?"

"Ani.. pagi-pagi lagi appa dah pergi kerja." Aku mengeluh.

"Kenapa sekarang waktu appa lain? Kalau dulu kerja 24 jam. Off 48 jam. Sekarang tak menentu." Aku memandang eomma. Eomma tersenyum sikit.

"Nak buat macam mana Young. Waktu kerja polis kan selalu berubah. Kejap balik, kejap tak balik." Aku hanya mendiamkan diri. Aku melihat phone yang bergegar.

Chat dari Yeonhee. Aku pun bukak chat tersebut.

Heehee : kita pergi pukul 8:30
Heehee : nanti aku dengan oppa aku pergi ambik kau
Heehee : takkan la kau dah lupa dekat pendek tu?

[C] that annoying namja | jungkook.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang