Aku mengeluh. Bila nak balik ni? Rasa lambat je masa berlalu.
Kedengaran suara gelak tawa Jungkook dengan Yoonjung. Aku merengus.
Menyampah aku tengok diorang ni. Dari pagi tadi aku tahan. Sakit hati pun ada jugak. Sedih dan.. jealous?
Buat apa aku nak jealous dengan mamat biskut hangus ni pulak?! Aku tak ada perasaan dekat dia la!
Aku mengusutkan rambut aku lalu menyembamkan mukaku di atas meja. Aku mengetuk-ngetuk kepalaku di atas meja.
"Pabo! Pabo! Pabo!" Tiba-tiba ada orang memegang bahu aku. Cepat-cepat aku duduk seperti biasa dan pandang orang tu.
Jungkook. Aku mengeluh.
"Kau kenapa? Tiba-tiba je ketuk kepala dekat meja." Katanya pelik. Aku memandang dia dingin.
"Bukan hal kau. Pergi la sambung borak dengan Yoonjung tu." Aku menepis tangannya dari bahu aku. Aku berdiri lalu keluar dari kelas.
Panggilan Jungkook aku hiraukan.
Aku masuk ke dalam tandas lalu membasuh mukaku. Aku memandang cermin.
"Pabo la kau Kim Miyoung. Kenapa kau cakap macam tu? Mesti dia fikir bukan-bukan." Aku mengetuk kepala aku. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus dengan perlahan.
"Kau masuk dalam kelas, kau buat tak ada apa yang jadi. Okey Miyoung? Okey." Aku membetulkan rambutku yang dah kusut. Aku keluar dari tandas dan berjalan ke kelas.
Aku masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatku. Aku cuba untuk abaikan Jungkook dengan Yoonjung.
Beberapa minit kemudian, loceng pun berbunyi. Aku menghembus nafas lega.
"Finally.." Aku pun mengemas segala barang-barangku. Aku tunggu di dalam kelas buat seketika.
Apabila semua pelajar dah keluar dari kelas, aku memerhati setiap penjuru kelas.
Mana tau ada suis yang belum ditutup ke apa.
"Beres. Jom balik." Gumamku seorang diri. Aku keluar daripada kelas. Aku membetulkan beg lalu berjalan pergi.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang ketawa macam orang gila. Aku apa lagi.. tengok ke arah bunyi tersebut.
Aku merengus. Diorang tak balik lagi?
Mereka berdua berjalan di depan aku. Aku memperlahankan langkah dan hanya mengikut belakang diorang je.
"Serious la?! Dia buat macam tu?! Apa ke bengapnya dia tu!"
"Ye. Kau pergi la tanya dia sendiri kenapa buat benda macam tu."
Terpaksa aku dengar diorang berborak.
"Tapi kan Yoon.. kau cantik tau. Dia memang buta la sebab tak nampak kecantikan kau ni." Entah kenapa, apabila aku mendengar ayat Jungkook tu.. hati aku berasa sakit.
"Molla. Biar la diorang. Aku pun bukannya suka sangat bercintan-cintun ni."
"Kalau aku cakap yang aku suka kau?" Prak! Hatiku bagai dicucuk.
Aku tak tahan lagi.
"Mian." Mereka berdua memandang aku.
"Aku tak kisah kalau korang nak sembang sampai esok pagi. Tapi boleh bagi laluan tak? Kalau jalan cepat tak apa la jugak. Ni dah macam siput je jalan tu." Ujarku. Automatik mereka berdua memberi aku laluan.
Aku menjeling Jungkook lalu melintas mereka berdua. Aku menflip rambutku dengan kasar.
Panas hati aku!
•••
Aku berguling-guling di atas katil. Masa cuti sekolah ni yang tak best ni. Tak ada kerja nak buat.
Sebenarnya ada.. tapi tu la.. malas nak buat  ̄ω ̄
Tiba-tiba phone aku berdering. Aku terkejut dan jatuh katil.
"Aduh! Sakitnya punggung aku.." Aku memanjat naik semula ke katil. Aku mencapai phone.
Yeon? Tanpa banyak soal, aku terus menjawab panggilannya.
"Apa kau nak?"
"Halah kau ni.. bukannya nak sapa aku elok-elok. Suara dingin jugak yang keluar." Aku menayangkan poker face.
"Okey fine. Aku just nak tanya.. kau dah fikir ke perasaan kau tu?" Soalan Yeon membuatkan aku teringat dekat Jungkook dengan Yoonjung.
Dah seminggu diorang berdua rapat. Jungkook pun macam dah tak layan aku sangat.
Aku dalam kelas, duduk mereput sorang-sorang. Jungkook asyik lepak dengan Yoonjung.
Aku jadi seorang yang pendiam sejak Jungkook rapat dengan Yoonjung. Dan, tiap kali aku tengok kemesraan diorang berdua.. aku rasa.. jealous.
Aku pun tak faham dengan perasaan aku yang satu ni. Maybe aku memang cintakan dia?
"Young?" Panggilan Yeon menyedarkan aku dari lamunan.
"Ya?"
"Haih kau ni.. tak apa. Jom jumpa nak tak? Aku rindu la dekat kau."
"Arasseo. Tempat biasa eh?"
"Alright!" Terus aku end call. Aku turun dari katil dan bersiap.
•••
Aku duduk di buaian. Aku menghirup udara di taman tu.
"Aku ingatkan aku yang sampai dulu." Aku memandang Yeon. Dia mencebik lalu duduk di buaian sebelah aku.
"Oi mak cik. Rumah kau dengan taman ni jauh tau.. memang tak la kau nak sampai dulu." Ujarku.
"Memang la. Yang kau ni pun satu.. keluar la lambat sikit. Memang tak sabar nak jumpa aku ke apa?" Dia tersenyum senget. Aku menendang kakinya.
"Tak payah nak perasan sangat la. Aku tempeleng kang apa pun tak dapat." Dia kembali mencebik.
"Yang kau cebik-cebik ni dah kenapa? Dah la macam mulut itik. Mulut itik pun lagi gojes daripada kau tau tak?" Dia menayangkan poker face.
Kau datang sini memang semata-mata nak tunjuk dekat aku ekspresi muka kau ke apa?
"Kau tak jawab lagi soalan aku Kim Miyoung." Aku memandang dia. Wajahnya kelihatan serious.
"Perlu ke? Tak boleh ke aku tau perkara ni sorang-sorang?" Aku membuaikan buaian ke depan ke belakang dengan perlahan.
"Ala kau ni. Share la dengan aku jugak." Rayunya. Aku mengeluh.
Aku memandang langit.
Patut ke aku bagitau?
To Be Continue
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
FanfictionKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...