Aku menghempaskan badanku di atas katil. Aigoo.. kenapa aku rasa penat semacam je ni?
Aku mengurut tengkukku. Tiba-tiba phone aku bergetar. Aku mengambil phone aku yang berada di poket blazer.
2 chat from jnwnwoo
Tch. Baru sekarang nak layan aku? Pergi la layan Soyeon tu, buat apa layan aku?
Aku membaling phone aku ke di atas katil lalu aku turun dari katil. Aku melangkah pergi ke bilik air.
Siap aku mandi, aku meniarap di atas katil. Saat aku memegang phone, phone aku bergetar lagi.
6 chats from jnwnwoo
Aku mengeluh lalu membuka chat dari Wonwoo
jnwnwoo : hey
jnwnwoo : hello?
jnwnwoo : Young~
jnwnwoo : kenapa tak balas ni?
jnwnwoo : busy ke?
jnwnwoo : ke dah tidur ><Suka hati aku la nak balas ke tak. Pantas jari-jemari aku menari-nari di atas keyboard.
k_myoung : hey
k_myoung : sorry lambat balas
k_myoung : tadi mandi jap
k_myoung : nak segarkan badan
k_myoung : heheAku turun ke bawah dan duduk di sebelah Taehyung. Wuish.. tak payah la khusyuk sangat tengok tv tu. Macam nak tembus tv tu.
"Taehyung.." Aku memanggil dia.
"Waeyo?" Dia memandang aku sekilas lalu memandang tv balik.
"Jom teman aku pergi beli powerbank. Powerbank aku dah rosak la. Dengan earphone. Aku tak boleh la kalau tak ada earphone (ಥ_ಥ) 2 benda tu ibarat nyawa aku 〒▽〒" Kataku dengan nada sedih. Dia memandang aku dengan menyampah.
"Pernah makan penampar tak? Kau tak payah nak berdrama sangat la. Menyampah aku -,-" Aku mencebik.
"Whatever. Jom la Tae~" Aku membuat suara manja. Dia menolak kepala aku.
"Geli bodoh kau buat suara tu. Pergi la siap cepat. Aku bagi 10 minit. Kau lambat, a--" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku dah pecut pergi ke bilikku.
Aku mencapai jaket hitam lalu turun ke bawah sambil memakai jaket hitam tersebut.
"Done! Ppali Tae!!" Aku memakai kasut sarung lalu menunggu Taehyung di luar rumah.
Taehyung keluar lalu menghidupkan enjin motornya. Kemudian, aku naik ke belakangnya. Dia menghulurkan helmet kepadaku. Aku mengambil lalu pakai. Begitu jugak dengan dia.
Siap apa semua, dia terus menunggang ke mall.
Sampai di mall, aku turun dari motor dan membuka helmet. Aku membetulkan rambut aku di sisi cermin motor. Aku memberikan helmet tersebut kepada Taehyung.
Aku menunggu Taehyung menyimpan helmet di tempat yang sepatutnya. Aku meregangkan badanku.
Tiba-tiba Taehyung menepuk bahu aku. Ish dia ni. Buat terkejut orang je. Nasib baik aku tak ada sakit jantung.
"Kau ni tak malu la. Nasib baik tak ada orang pandang kau tadi tau tak? Dah la. Jom." Dia menarik tangan aku ke dalam mall. Aku hanya mengikut jejaknya.
Sampai di salah satu kedai yang menjual phone dan juga eksesori (?) phone.
"Apa yang kamu berdua cari?" Soal salah seorang penjual tersebut apabila aku dan Taehyung duduk di depannya.
"Earphone dengan powerbank." Ujar Taehyung. Aku mengangguk mengiyakan kata-kata Taehyung.
"Alright. Earphone tu nak jenis macam mana? Yang boleh angkat call sekali or nak biasa je?" Soalnya lagi. Taehyung memandang aku.
"Yang boleh angkat call sekali. Nanti tak payah la nak bukak earphone tu kalau ada orang call." Ujarku. Dia mengangguk. Dia mengambil beberapa buah kotak lalu letakkan di depan aku.
"Pilih la. Semua ni sama jenis yang kamu nak tu." Aku mengangguk lalu membelek semua earphone tersebut.
"Kau pilih la earphone ni dulu Young. Aku pilihkan powerbank untuk kau. Kau nak macam mana?" Aku memandang Taehyung.
"Aku tak kisah. Tapi yang penting, bateri powerbank tu lambat habis. And aku nak powerbank tu warna fav aku." Ujarku.
"Hitam?" Aku mengangguk lalu melihat earphone semula.
Semua cantik-cantik. Aku tak tau nak pilih yang mana.
Selepas beberapa minit aku melihat semua earphone tu, aku mengambil yang berwarna putih. Nice!
Aku memandang Taehyung lalu mendekatkan diri kepadanya.
"Okey tak yang ni?" Dia menunjukkan ke arahku. Aku mengambil powerbank tersebut lalu membelek.
"Cantik. Dengan warna merah hitamnya. Pergh..." Ujarku.
"Tengok la siapa yang pilih." Katanya dengan bangga. Aku menayangkan poker face. Dia tersengih.
"So, ni kau punya. Aku beli sekali dengan cable." Aku mengambil powerbank tersebut dari tangannya. Aku mengerutkan dahi aku.
"Kenapa kau beli cable? Aku cakap aku nak beli earphone dengan powerbank je." Kataku.
"Tak ada la. Aku tau sangat perangai kau ni jenis yang malas. Tak adanya kau nak cabut cable yang dekat charger tu lepastu cucuk balik. Sebab tu la aku beli cable tu." Ujarnya. Auchh.. terharu jap.
"Tapi nanti aku nak claim balik duit cable dengan powerbank tu." Hati aku yang tadinya berbunga-bunga kini pecah.
"Berkira la kau ni. Tu pun nak claim." Aku mencebik.
"Biar la." Dia menjelirkan lidah kepadaku. Aku membayar earphone tersebut.
To Be Continue
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
FanfictionKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...