Siap sahaja aku memakai kasut, Taehyung menyergah aku.
"Hish kau ni! Terkejut aku tau tak?" Taehyung tergelak. Apa yang kelakar sangat aku pun tak tau la.
Nasib baik aku tak melatah tadi. Kalau tak, mesti kena gelak lagi teruk dari ni.
"Malas la aku nak layan kau. Baik aku pergi sekolah lagi bagus." Baru je aku melangkah setapak, Taehyung menyuruh aku tunggu.
"Dah kenapa? Aku nak pergi sekolah la." Aku memandang Taehyung yang sedang memakai kasut.
"Aku hantar kau." Dia menarik tangan aku pergi ke motornya.
"Nah." Dia menghulurkan helmet kepada aku. Aku pun mengambil helmet tersebut dan pakai.
"Kajja." Aku mengangguk lalu naik atas motor selepas Taehyung.
Oleh disebabkan Taehyung bawak motor dia laju giler nak mati, aku memeluk pinggang dia erat. Kang jatuh kang, naya je.
Taehyung berhenti betul-betul di hadapan sekolah aku. Aku turun dari motor tersebut dan membuka helmet.
"Yah! Kan aku dah cakap berhenti dekat lorong sana tu. Nak jugak berhenti depan sekolah aku. Kang jadi macam hari tu kang. Lepas tu mula la diorang buat gosip pasal aku." Aku membebel.
"Kau ni, boleh diam tak? Tak payah membebel macam Mak Jemah. Biar je la aku nak hantar depan sekolah kau pun. Kenapa? Tak boleh?"
"Tak boleh. Kau bukannya tak tau sekolah ni macam mana. Kalau ada gosip, cepat je tersebar. Kang dia buat gosip aku dengan kau?" Aku memberinya helmet tu semula.
"Biar la apa yang diorang nak buat. Diorang tak tau perkara sebenar." Boleh pulak dia cakap macam tu. Dia tak tau yang pelajar sekolah ni mulut macam puaka kalau nak sebarkan something.
"Tak pun, kau bagitau je la status kita. Kan senang." Cepat-cepat aku menggeleng. Tak setuju. Dia pelik.
"Nanti akan ada pelajar yeoja yang 'berkawan' dengan aku just nak dekat dengan kau. Kata lain, mempergunakan aku."
"Kau ni cerewet la." Aku menjelirkan lidah. Bukan apa, untuk kebaikan aku jugak.
Tapi kalau pasal aku dah tersebar, patut ke aku bagitau diorang yang Taehyung ni oppa aku?
"Aku gerak dulu arr. Nak sambung tidur. Entah macam mana pulak aku boleh bangun awal macam ni." Baru je dia nak menghidupkan enjin motor, aku menghalang.
"Kau kenapa?"
"Teman la aku. Dah la kau hantar aku awal pagi macam ni. Kalau aku jalan kaki, mesti aku datang tak awal sangat. Kau just temankan aku biler Yeon dah sampai." Aku membuat aegyo.
"Tch. Fikir comel la kau buat aegyo tu? Yelah, aku teman." Dia menuntun motornya untuk ke tepi sikit. Mana taknya? Motor dia betul-betul dekat depan sekolah. Nanti orang nak lalu susah pulak.
Aku duduk di atas motornya.
"Tak comel ke?" Aku membuat muka sedih. Ceh, saje nak manja-manja ╰( ̄▽ ̄)╭ Almaklum la, dah lama tak bermanja dengan oppa aku sorang ni.
"Comel la. Nak je aku gigit pipi kau tu. Chubby!" Dia mencubit pipi aku yang peloles ni.
"Yah! Sakit la!" Aku menepis tangannya lalu menggosok tempat yang dia cubit tadi. Dia tergelak kecik.
"Mian.. tu la.. sape suruh comel sangat?" Aku menjeling dia.
"Hoi! Pagi-pagi dah sweet. Depan sekolah pulak tu." Aku dan Taehyung memandang orang yang tegur kitorang.
"Yeon! Sampai pun kau." Aku turun dari motor Taehyung lalu pergi ke arah Yeonhee.
"Kenapa? Kau jealous ehh sebab kau tak sesweet aku dengan Tae?" Aku menolak bahu dia menggunakan bahu aku. Dia membuat muka menyampah.
"Tak ada masa aku nak jealous. Pendek tu lagi sweet tau."
"Oi. Kau perli ke puji aku?" Aku memandang ke belakang. Ehh? Asal aku tak perasan Jimin tadi? Lantak la. Maybe sebab aku terlalu leka layan Taehyung.
"Dua-dua pun boleh." Dia menjelirkan lidah ke arah Jimin. Jimin mencebik. Aku tersenyum melihat gelagat dua beradik ni.
Aku pergi ke arah Taehyung.
"Aku masuk dalam dulu. Kau tu, bawak motor hati-hati. Jangan bawak macam tadi. Kang tak pasal-pasal accident." Pesan aku kepadanya. Dia tergelak sikit lalu mengangguk.
"Kau tu belajar rajin-rajin ehh. Jangan nak main-main je. Aku dapat tau, kau kena." Dia menunjal kepala aku. Aku mengetuk kepala dia.
"Arasseo. Annyeong." Aku berjalan ke belakang sambil melambai ke arahnya. Dia membalas lambaian aku dan tersenyum.
"Jom masuk kelas." Yeonhee mengangguk. Aku pandang belakang sekilas. Cepatnya diorang gerak  ̄△ ̄
Apabila kitorang masuk ke dalam kelas, semua pelajar dalam kelas sedang berbisik sesama sendiri sambil pandang kitorang.
"Yah Yeon. Asal dengan diorang?" Bisik aku kepada Yeon. Yeon hanya menjongketkan bahunya lalu duduk dekat tempat duduknya dengan selamba.
Heol.. boleh pulak dia buat macam tak ada benda jadi ﹋o﹋
Lantak diorang la nak buat apa. Aku pun duduk dekat tempat aku.
"Wargh~~" Aku menggeliatkan badanku.
"Young.." Aku memandang Suji yang duduk bersebelahan dengan aku.
"Waeyo?"
"Kau tak ada benda ke nak share dengan aku?" Soalnya. Aku mengerutkan dahi. Apa yang aku nak share dengan dia?
"Tak ada la pulak. Kenapa kau tanya macam tu?"
"Kojitmal." Makin pelik aku dibuatnya biler sembang dengan Suji ni.
"Erm.. tak apa la." Dia membetulkan duduk dan pandang ke depan. Asal dia pelik semacam je hari ni?
Aku menjongketkan bahu lalu pandang ke luar tingkap. Kelihatan sunbae sedang berlatih.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan. Aku memandang dari mana datangnya bunyi tersebut.
Dah kenapa pulak Minji ni? Kini, semua mata memandang Minji.
"Alright guys. Aku ada gosip nak bagitau korang. Maybe diantara korang dah tau gosip ni and maybe ada yang tak tau lagi." Katanya sambil memandang aku sinis. Aku mengangkat kening.
Dah kenapa dia pandang aku macam tu? Nak aku korek ke bijik mata tu?
Aku terasa yang seseorang duduk di sebelah aku. Aku memandang belah kananku.
Yeon.
Aku just abaikan Yeon lalu memandang Minji balik.
"Sampai biler kau nak diam Minji? Cepat la bagitau. Gosip apa tu?"
"Okey okey. Mesti korang tak percaya kan? Yang budak kelas kita iaitu Kim Miyoung.. tengah hangat bercinta! Park Yeonhee pun sama!" Aku terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Minji.
"Tipu la! Aku tak percaya yang diorang tengah bercinta. Lagipun.. sape je nak diorang? Bukannya cantik pun. Kasar pulak tu." Aku memandang Woori tajam. Tch. Fikir kau cantik la? Macam badut je aku tengok kau dengan makeup tebal kau tu.
"Buat apa aku nak tipu? Pagi tadi aku nampak diorang tengah sweet dekat depan sekolah."
BAM!!
To Be Continue
Double update for today (≧▽≦)/
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
FanficKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...