Aku menarik baju Taehyung. Dia memandang aku.
"Waeyo?" Soalnya. Aku menunjukkan ke arah sebuah kedai serbaneka. Dia pandang kedai tersebut lalu pandang aku semula dengan pelik.
"Jom makan ramyeon. Aku tengah lapar la." Aku tersengih.
"La.. cakap la. Jom la.. biar aku belanja, kau bayar." Terus dia masuk ke dalam kedai serbaneka tu.
Heol.. kalau macam tu baik tak payah cakap -,-
Aku pun masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut.
"Kau nak telur tak?" Dia menyoal. Aku mengangguk. Aku mengambil dua sosej lalu bayar dan keluar dari kedai dan memasukkan sosej tersebut ke dalam ketuhar.
"Done. Aku nak pergi ambik air." Aku masuk ke dalam kedai balik dan pergi ke arah Taehyung yang sedang masak ramyeon.
"Yah. Kau nak air apa?"
"Cola." Aku mengangguk lalu mengambil air cola dan 7up. Aku membayar air tersebut lalu keluar dari kedai dan letak air tersebut dekat salah satu meja yang berada di luar kedai.
Aku pergi ke ketuhar dan mengambil sosej tersebut dan letak dekat meja tadi. Aku masuk balik ke dalam kedai dan pergi ke arah Taehyung.
"Dah siap?" Soalku. Dia mengangguk. Dia menghulurkan chopstick kayu ke arahku. Aku mengambil chopstick tersebut. Baru je aku nak angkat bekas tu dengan menggunakan tangan, dia memghalang.
"Jangan pegang bekas tu dengan tangan. Bekas tu kan panas. Ikut aku." Dia mengangkat bekas tersebut dengan menggunakan chopstick. Aku pun mengikut perbuatannya.
Kitorang pun pergi ke meja yang aku dah letak air dengan sosej.
"Jom makan!" Jeritku perlahan. Lalu kitorang pun makan.
Aku membuka air lalu teguk. Sambil aku teguk air, aku memandang sekeliling. Mata aku terhenti di suatu tempat. Tersedak aku dibuatnya apabila melihat orang yang sangat aku kenali.
"Kau kenapa ni Young? Minum la elok-elok." Dia menghulurkan tisu dan air mineral ke arahku. Sejak biler pulak dia ambik air mineral ni? Aku pun minum air mineral tersebut.
"Sakit tekak aku." Aku memegang tekak aku.
"Tae.. cuba kau tengok sana." Aku menunjukkan ke arahnya tempat tadi. Dia pun memandang ke arah tersebut.
"Kenapa dengan dua orang yeoja tu?" Soalnya pelik.
"Cuba kau tengok yeoja yang pakai baju putih tu betul-betul." Kataku. Dia pun memandang yeoja yang aku katakan dengan lama. Begitu jugak dengan aku.
Tak lama kemudian, dia memandang aku dengan terkejut. Tanpa berkata apa, dia terus pergi ke arah yeoja tersebut.
"Yah! Tunggu aku!" Aku berlari mengejar Taehyung.
Sampai di sana, Taehyung memusingkan yeoja yang pakai baju putih menghadap kitorang.
"Ige mwo--" Matanya membulat apabila memandang kitorang.
"K..korang buat a..a..apa d..dekat si..ni?" Soalnya tergagap-gagap. Aku memeluk dia.
"Eonnie! Bogoshipeo! Mana kau menghilang?" Air mataku sudah berkumpul di tubir mata. Dia mengusap belakangku.
"Mianhae Young.. jeongmal mianhae.." Aku meleraikan pelukan.
"Kau jahat. Sampai hati buat kitorang macam ni." Air mataku mula mengalir perlahan.
"M..mian.." Dia menunduk. Aku memandang Taehyung.
"Ikut kitorang balik? Eomma rindu kau." Dia memandang Taehyung.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
FanfictionKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...