Aku memandang siling bilikku. Aku teringat kejadian petang tadi.
Tak sangka benda macam tu terjadi dekat Taehyung. Aku mengeluh. Rasa bersalah pulak dekat dia sebab fikir dia macam-macam.
Aku mencapai phone yang berada di atas perut aku. Nombor Yeon aku dail.
"Kenapa call aku ni Young?"
"Tak ada apa la. Esok kau busy tak?"
"Esok? Tak kott. Kenapa? Nak ajak keluar ke?"
"Boleh dikatakan macam tu jugak la. Pagi esok dalam pukul 8:30 macam tu, kau datang rumah aku tau." Ujarku.
"Okey. Nanti aku suruh Jimin hantar aku pergi rumah kau. Kita nak pergi tempat tu naik apa?"
"Aku pun tak tau la nak naik apa. Takpe.. takpe.. esok aku tau la macam mana. Jangan lupa ehh."
"Nae~" Aku menamatkan panggilan. Aku meletakkan phoneku ke meja kecik di sisi katil aku.
Aku keluar dari bilik lalu berdiri di depan bilik Taehyung. Perlahan-lahan aku mengetuk pintu bilik dia.
"Eo Young.. kenapa ni?" Katanya dengan lemah. Aku tersenyum nipis.
"Aku nak tanya, erm.. tempat yang kau.. err.." Aku rasa serba salah nak cakap sebab kejadian tu.
"Ouu.. kenapa?" Dia seakan-akan faham dengan situasi aku.
"Dekat mana? Kan aku cakap aku nak kemas barang tu." Ujarku.
"Dekat taman yang tersorok sikit tu. Kau tau kan?" Aku mengerutkan dahi. Taman yang tersorok?
"Yang dekat hujung simpang tu ke?" Soalku. Dia mengangguk.
"Ouu.. yang tu ke. Okey.. esok aku kemas. Aku nak turun dulu." Baru je aku nak pergi, dia memanggil aku. Aku memandang dia.
"Waeyo Tae?"
"Gomawo." Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya.
"No prob Tae."
"Dah la. Cakap nak turun. Blah la." Terus dia menutup pintu.
Eh eh dia ni. Eeii.. sabar je la dapat oppa cenggini.
•••
Selesai aku bersiap, aku terus keluar dari rumah. Aku duduk di pondok yang berada di luar rumah.
"Young?" Aku menoleh ke arah eomma yang sedang menyiram pokok bunganya.
"Nae eomma?"
"Kamu nak pergi mana pagi-pagi macam ni?" Eomma menyoal. Aku bersila.
"Nak keluar kejap. Ada hal." Ujarku. Eomma mengangguk.
"Jangan balik lambat sangat."
"Nae eomma."
"Annyeong Eomma Kim!" Tiba-tiba Yeon muncul lalu memeluk eomma. Eh eh dia ni. Tu eomma aku ke eomma dia?
"Yeon.. lama tak nampak. Busy sangat ke sampai dah lama tak jumpa eomma." Aku mencebik. Tengah jealous ni.
"Mianhae eomma. Yeon tak busy tapi Yeon tak ada masa nak jumpa eomma. Eomma tau la Jimin tu macam mana." Eomma tergelak.
"Ha.. ngutuk aku la tu."
"Eomma Kim sihat?" Jimin bertanya sambil tersenyum. Aku dekat sini tunggul ke apa?
"Kau dah kenapa duduk sini?" Taehyung mengambil tempat di sebelah aku.
"Kau tengok la tu." Aku memuncungkan bibir ke arah eomma, Jimin dan Yeon. Dia pun memandang mereka.
"Ewah ewah.. kita ke diorang anak eomma ni?" Kata Taehyung.
"Kan." Sokong aku. Aku dan Taehyung hanya melihat mereka bertiga.
Tiba-tiba phone aku berdering. Aku memandang screen phone aku.
Yeon Babe
"KAU DAH KENAPA CALL AKU?!" Jeritku. Diorang terkejut lalu melihat ke arah aku dengan Taehyung.
"Young!!" Dia berlari ke arah aku.
"Tak tau malu betul. Dah la bermanja dengan eomma orang." Aku menyindir. Dia tersengih.
"Alolo.. jealous ke?" Dia mencuit dagu aku. Aku membuat muka menyampah.
"Dah la. Jom kita pergi sekarang. Annyeong Tae. Aku pergi uruskan hal kejap." Taehyung mengangguk. Aku menarik tangan Yeon lalu pergi ke taman hujung simpang.
•••
"Wahh.. cantiknya taman ni. Siap hias-hias bagai." Dia memandang sekeliling taman tersebut. Aku turut tersenyum.
Tae tipu. Dia cakap tangan dia dengan Jimin tu tak berseni.
"Kita buat apa dekat sini Young? Nak buat birthday ke apa?" Dia menyoal.
"Tak ada la. Nak kemas semua ni." Dia memandang aku dengan pelik.
"Kemas? Kenapa pulak? Jap jap.. kenapa kau yang kena kemas pulak? Mana orang yang buat semua ni? Asal tak dia je yang kemas?" Yeon menyoal dengan bertalu-talu.
"Ish kau ni. Kan haritu Taehyung dengan Jimin mintak pendapat kau untuk confess dekat someone." Dia terdiam kejap. Tengah fikir kott.
"Ouu yea.. ada. So, apa kena mengena?"
"Ni la tempat yang Tae nak confess dekat orang tu. Tapi nak buat macam mana kan? Yeoja tu dah tak ada." Aku tersenyum nipis memandang Yeon.
"Tae cakap dia tak sanggup nak kemas semua ni. Tu yang aku offer nak tolong dia." Ujarku. Dia mengangguk faham.
"Dah la. Jom kemas." Aku dan Yeon pun mula kemas taman tersebut.
To Be Continue
OUR BOYS WIN AT BILLBOARD GUYS!! I REALLY PROUD TO BE ARMY ㅠ.ㅠ
Tak boleh nak share gambar sebab internet lembab.. internet memang jealous dengan aku  ̄ω ̄
Namjoon said, "We are just a small team in Korea, our company was not big, our name was not big at the debut, but now, it is all screaming"
STOB IT I START CRY AGAIN😭😭😭
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
FanfictionKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...