#39

1.3K 101 0
                                    

"Huwargh... balik pun akhirnya." Aku menggeliat. Badan aku terasa penat.

Aku menyandang beg dan keluar dari bilik music.

"Miyoung!" Aku memusingkan badanku ke belakang. Kelihatan Minji sedang berjalan ke arahku.

"Waeyo Minji?"

"A..aku nak minta maaf. Aku selalu cari pasal dengan kau. Tapi semua tu bersebab." Dia menundukkan wajahnya.

"Sebab apa?" Aku menyoal.

"Jaera." Apa masalah duhh budak sorang ni. Aku menggeleng.

"Tak apa la Minji. Aku maafkan kau. Perkara lepas, tak payah la diingat-ingatkan balik. Dah jom kita balik." Aku memaut leher Minji. Kami berdua berjalan ke depan sekolah.

•••

Aku mencapai phone dan meniarap di atas katil. Diorang nak baju macam mana masa buat persembahan nanti?

Aku membuka apps Kakaotalk dan pergi ke group Bangtan Junior.

Bangtan Junior

k_myoung : korang
k_myoung : masa buat persembahan nanti, korang nak pakai baju apa?

h.momo : aku tak kisah

yujuice : aku pun tak kisah

k_myoung : aku ingatkan nak pakai baju yang BTS perform dekat Music Bank or masa diorang perform dekat M! Countdown

mingyu.kim : aku nak yang dekat Music Bank

minhyukiee : aku nak dekat M! Countdown

park-soyeon : aku pun nak baju macam dekat M! Countdown

yujuice : Music Bank!!

h.momo : M! Countdown la..

k_myoung : tiga orang nak macam dekat M! Countdown.. 2 orang nak dekat Music Bank
k_myoung : Jungkook je belum undi
k_myoung : aku ikut majoriti

h.momo : alright

jeon.jk : yow
jeon.jk : kenapa mention nama aku ni?

k_myoung : tak baca atas-atas ke?

jeon.jk : malas ╰( ̄▽ ̄)╭

yujuice :  ̄ω ̄

jeon.jk : jangan marah
jeon.jk : aku dah baca la
jeon.jk : aku nak baju yang diorang perform dekat M! Countdown
jeon.jk : sebab masa Wings Tour pun diorang akan pakai macam tu kalau nak perform lagu Spring Day

k_myoung : okey
k_myoung : so, sila la cari baju tersebut cepat-cepat ye
k_myoung : jangan nak dekat persembahan baru nak cari
k_myoung : memang lebam biji mata kau aku tumbuk

Lepas semua dah cakap okey dengan ugutan aku, aku baring menghadap siling.

Apa aku nak buat sekarang ni? Dah la tengah bosan ni. Tak lama kemudian, aku dah pun terlelap.

•••

"Young! Ireona!" Aku terasa badan aku digoncang dengan kuat. Dengan tak rela, aku membuka mataku.

Kelihatan Sunyoung sedang mencengkak pinggang. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Wae?" Soalku dengan suara yang mamai.

"Jom teman aku pergi jumpa dengan chingu aku." Pintanya. Aku memandang dia.

"Halah.. kenapa aku jugak yang kena? Kacau je la orang tidur." Aku memberontak.

"Boleh la Young. Nanti kau kau nak apa-apa, kau mintak je la. Tapi benda yang masuk akal je la." Dia memujuk aku. Aku mengeluh.

"Okey fine. Kau tunggu dekat luar. Nanti aku datang. Dah. Keluar cepat." Aku menendang punggungnya. Dia menarik muka lalu keluar dari bilikku.

Aku meregangkan badan buat seketika. Aku turun dari katil lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

Aku mencuci muka dan memberus gigi. Kemudian, aku keluar dari bilik air. Hoodie hitam yang tersangkut di dalam almari aku ambik lalu menyarungkan ke badan aku.

Selepas itu, aku mengambil bandana yang berwarna putih lalu ikat di pergelangan tangan aku. Aku mencapai topi yang berada di kepala katil lalu memakai topi tersebut.

Done! Aku menilik pakaianku di cermin buat seketika. Kemudian aku keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"Eo? Kamu nak pergi mana Young?" Soal appa yang sedang duduk di sofa.

"Teman Sunyoung Eonnie. Tak tau la dia ni. Tetiba je suruh orang teman lepak dengan chingu dia." Aku menjeling Sunyoung. Dia menarik muka. Appa hanya menggelengkan kepalanya.

"Okey la appa.. kitorang pergi dulu. Annyeong!" Sunyoung menarik tangan aku.

"Ish kau ni. Jalan la perlahan-lahan.. nak terjatuh aku tau tak?" Rungutku. Dia hanya memakak kasut dengan selamba. Aku merengus lalu memakai kasut.

Kemudian, kami berdua masuk ke dalam kereta milik Sunyoung. Aku memakai seatbelt. Begitu jugak dengan Sunyoung.

"Kenapa kau tetiba je ajak aku ikut kau ni? Selalunya kalau kau nak pergi mana-mana and aku nak ikut kau.. mesti kau tak bagi. Ni mesti ada something ni." Aku mengecilkan mataku memandang dia. Dia memandang aku sekilas.

"Molla. Just wait and see." Dia mengenyitkan matanya. Aku menggulingkan biji mataku. Menyampah.

Aku membuka dashboard dan aku ternampak mask. Aku mengambil mask tersebut.

"Boleh tak aku nak pakai?" Aku memandang Sunyoung. Meminta izin. Dia hanya mengangguk.

Aku menutup semula dashboard lalu memakai mask tersebut. Aku membuka tingkap lalu tengok cermin sisi kereta. Kemudian aku tutup tingkap balik.

"Nanti kalau chingu kau tu tanya aku ni siapa, just cakap yang aku ni saeng kau tau. Jangan bagitau nama aku." Ujarku. Dia sekadar mengangguk.

"Kau ni memang macam ni kan?" Soalnya. Aku mengerutkan dahi.

"Mwo?"

"Pelik." Katanya ringkas. Lagi berkerut dahi aku.

"Maksud kau? Apa yang peliknya?" Soalku.

"Tengok la pakaian kau. Hoodie, topi.. tambah pulak dengan mask. Fesyen apa ni Miyoung oi." Katanya. Aku menurunkan mask.

"Hipster. Maybe." Jawabku.

"Ada-ada je la kau ni." Dia menggelengkan kepalanya. Aku menayangkan muka blur.

Malas aku nak layan. Aku just mendengar lagu dari corong radio. Aku mengikut nyanyi sekali tanpa aku sedar.

To Be Continue

[C] that annoying namja | jungkook.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang