"WARGH!!!"
"Yah! Jangan la jerit! Bukannya orang buat apa pun." Dia mengetuk kepala aku.
"Tae? Betul ke ni? Ke khayalan je?" Aku mencubit pipi Taehyung.
"Sakit la. Kenapa kau ni?" Dia menepis tangan aku.
"Wah Tae! Bogoshipeo!" Aku memeluk Taehyung dengan erat. Dia pun membalas pelukanku.
"Tak nak bagi aku masuk ke?" Soalnya. Aku meleraikan pelukan.
"Shireo."
"Wae? Sejuk la dekat luar ni."
"Andwae. Kau kena jawab soalan aku dulu." Kata aku dengan serious.
"Haih kau ni.. tak berubah langsung. Apa yang kau nak nak jawab? Jangan soalan KBAT dah la." Dia menyerabutkan rambut aku.
"Kenapa kau balik sini? Kau balik sehari dua je ke atau kau duduk sini terus? Kau naik apa datang sini? Naik teksi ke? Kalau naik teksi, kenapa aku tak dengar bunyi enjin? Kau-"
"Yah! Jangan la soal aku sekaligus! Pening la!" Dia memotong percakapan aku. Aku mencebik.
"Akun jawab soalan yang aku ingat je la ehh." Aku mengangguk.
Okey la daripada dia tak jawab langsung.
"Erm.. yup. Aku duduk sini terus. Tak balik kejap then balik sana terus." Jawabnya. Aku tersenyum.
"Okey!"
"Macam budak-budak la kau ni." Dia ingin masuk tapi dihalang oleh aku.
"Kau nak buat apa?"
"Buat apa lagi? Nak masuk la. Sejuk la."
"Andwae." Terus aku menutup pintu. Aku tergelak kecik dan terus masuk ke dalam bilik.
"Padan muka. Tu la, dah lama sangat tak balik. Terima la denda dari Miyoung." Aku tersenyum senget. Aku baring di atas katil lalu berselubung dalam selimut.
Aku membuka lagu dari phone lalu meletakkan di sisi bantal. Sesekali aku mengikut nyanyi. Tak lama kemudian, dia pun tertidur.
•••
Aku keluar dari bilik apabila aku selesai bersiap untuk pergi ke sekolah.
Sampai di ruang tamu, aku ternampak Taehyung yang sedang terbaring sambil berpeluk tubuh akibat sejuk.
Apabila melihat keadaan Taehyung, aku berasa serba salah apa yang aku buat pada Taehyung malam tadi.
"Suka la tu dapat kenakan Taehyung?" Aku terkejut apabila ditegur oleh eomma. Aku memandang eomma lalu tersengih.
"Saje je nak main-main dengan dia." Kepala aku diketuk.
"Main-main apa macam tu? Kamu pun tau yang Taehyung tu tak boleh kena sejuk. Lagi nak buat dia macam tu." Aku menunduk.
"Nae.. Young tau."
"Kalau eomma tak balik malam tadi macam mana? Tak ke pengsan Taehyung tu?" Ala eomma ni, saje nak buat aku rasa bersalah. Eomma mengeluh lalu mengusap kepala aku.
"Haih kamu ni.. lain kali jangan buat macam tu lagi. Arasseo?" Aku mengangguk faham.
"Dah.. pergi makan. Eomma buatkan sandwich." Aku berjalan pergi ke meja makan lalu makan. Begitu jugak dengan eomma.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
FanfictieKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...