Aku dan Yeonhee berlari ke rooftop.
"Hah.. hah.. kau.. kau rasa.. saem tau tak.. kita dekat.. sini? Hah.." Soal Yeonhee tercungap-cungap.
"Molla. Harap tak la.." Aku mengelap peluh yang mengalir di pipiku. Kitorang berdua duduk di lantai dan bersandar di dinding.
"Sampai bila kita nak duduk sini? Dah 1 masa habis ni." Kata Yeonhee dengan risau.
"Erm.. sampai rehat?"
"Kau gila apa sampai rehat?!" Aku menekup mulut Yeonhee.
"Ish kau ni! Jangan la menjerit! Nanti kantoi la!" Kata aku dengan geram. Dia mengangguk. Aku melepaskan tanganku dari mulutnya.
"Kalau macam tu, masa ketiga la kita masuk kelas." Dia mengangguk setuju dengan cadangan aku.
•••
"Fuh.. nasib baik saem tak ada." Aku dan Yeonhee masuk ke dalam kelas lalu duduk di tempat duduk masing-masing. Aku mengambil air lalu meneguk.
Semasa aku sedang meneguk air, satu tangan merampas botol air aku.
"Jebon mana pulak tarik botol aku ni? Tak nampak ke aku tengah minum?!" Aku memandang orang tersebut.
"Kau kenapa tolol?! Aku tak cari pasal dengan kau kan!" Kataku dengan geram.
"Sape yang kau cakap tolol hah?""Alahai pekak ke?" Dia memandang aku dengan geram. Aku hanya berlagak selamba.
"Choi Minji! Pergi duduk tempat kau balik!" Jerit Wooshin. Oh yeah.. thanks Wooshin. Kau la ketua kelas yang terbaik. Untuk hari ni je la.
"Kau tunggu ehh Miyoung. Kau tunggu je la." Katanya.
Ceh. Kau nak buat apa? Belasah aku? Berani ke? Orang pukul sikit pun dah menjerit macam orang giler, ada hati nak gaduh dengan aku.
Baru je dia nak pergi, aku menahan.
"Hoi. Bagi la balik botol air aku."
"Tch. Bukannya cantik pun botol air kau ni."
"Kesah pulak."
"Nah la!" Dia menghulurkan botol air aku. Bila aku nak ambek botol air aku, dia menyimbah air kepada aku.
Wth! Aku terdiam. Minji membaling botol air kepada aku dengan senyuman senget.
"CHOI MINJI!!" Jerit Yeonhee lalu berlari ke arah kami berdua.
"Apa yang kau tak puas hati hah dengan Miyoung?! Dia tak buat pape pun kan!" Katanya dengan geram. Classmate yang lain hanya mendiamkan diri dan memandang kami bertiga.
"Aku benci dia! Apa yang dia buat, semua sokong! Apa yang aku buat, semua bantah!"
"Tu sebab cadangan kau mengarut!" Kata sesetengah classmate aku.
"Dah la! Setakat dia simbah air dekat aku, hal kecik je la. Aku boleh buat lagi teruk dekat dia." Aku berdiri di depan Minji dan memandang dia buat seketika.
"Aku dah lama sabar dengan kau. Tapi kali ni aku lepaskan kau. Lain kali, jangan harap." Bisik aku lalu berjalan pergi.
"Young! Tunggu aku!" Yeonhee berlari mengejar aku.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
Hayran KurguKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...