#26

1.3K 100 1
                                    

Aku menunggu Yeon keluar dari kelasnya.

Apabila aku melihat Yeon keluar dari kelas, aku terus menarik tangan Yeon.

"Hoi. Yang kau jalan laju gila ni dah kenapa? Tak lari pun la cafe tu." Kata Yeon. Aku terhenti lalu menghadap dia.

"Ish kau ni. Nak break bukannya nak bagitau orang." Yeon merungut.

"Yeon.."

"Mwo?"

"Mianhae. Aku tak sepatutnya tinggalkan kau sorang-sorang semalam." Aku menunduk. Yeon menepuk kedua-dua belah bahu aku. Aku memandang dia. Dia tersenyum.

"Aku tau. Kau sayang dekat Wonwoo right? Aku pun tak sepatutnya terus salahkan Wonwoo tu. Ikut kau la. Nak percaya, percaya la. Kalau tak nak, sudah." Ujarnya.

"Tapi aku lebih sayang kau. Kau chingu aku yang paling gila-gila semenjak aku sekolah dekat sini." Aku tersengih. Yeon tergelak.

"Dah la. Buat drama apa duhh. Jom kita pergi makan!" Yeon menarik tangan aku pergi ke cafe sekolah.

•••

Sedang satu kelas tengah khusyuk tulis nota yang saem bagi, tiba-tiba pintu kelas kitorang diketuk. Automatik kami semua memandang pintu kelas.

Aku memandang Jungkook apabila dia mengetuk tangan aku dengan menggunakan pen.

"Apa kau nak?" Malas aku nak layan, aku menyambung menulis nota.

"Aku rasa kelas kita bakal dapat budak baru la." Aku memandang Jungkook sekilas lalu membuat kerja.

"Biar la dia. Yang kau sibuk sangat dengan budak baru tu kenapa?" Done! Aku meletakkan pen lalu meregangkan badan.

"Kau dah siap? Bukannya nak tunggu aku!" Terus dia menyambung semula menyalin nota di depan. Aku membuat poker face.

Heol. Siapa suruh busy body sangat pasal budak baru tu?

"Siap!" Dia menghentak pen. Aku menolak kepalanya.

"Tak payah la menghentak bangang." Dia menggosok kepalanya.

"Tak payah la tolak kepala aku bahalol." Dia menolak kepala aku semula. Eh eh dia ni.

"Dah la tu woi. Fikir sweet la?" Aku memandang Yuju dengan poker face.

"Biar la. Tau la jeles." Jungkook menjelir lidah. Yuju menggulingkan matanya lalu memandang ke depan semula.

"Baiklah kelas! Sila berhenti menulis kejap!" Semua memberi perhatian kepada saem. Aku malas nak ambik tau lalu menyembamkan muka aku di atas meja.

"Hari ni kita ada pelajar baru. So, please be nice to him. Masuklah dan perkenalkan diri kamu."

"Kan aku dah kata. Kita ada budak baru." Bisik Jungkook. Aku mengiringkan kepala aku menghadap Jungkook lalu membuat poker face. Aku mengiringkan kepala aku menghadap ke kiri pula.

"Nae. Annyeonghaseyo. Naneun Jeon Wonwoo imnida." Terus aku menegakkan badan aku apabila budak baru tu memperkenalkan dirinya.

Aku memandang dia. Dia juga turut memandang aku lalu tersenyum. Baru je aku nak senyum balik, baru aku perasan. Aku memusingkan badanku ke memandang belakang lalu menghadap ke hadapan semula.

[C] that annoying namja | jungkook.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang