BAM!!
Aku memandang Yeon yang tengah berdiri lepas hentak meja aku dengan kuat.
"Waeyo Yeon? Salah ke apa yang aku cakap?" Minji berpura-pura tak tau. Eeii minah ni. Kang ada jugak yang makan kasut saiz 6 ni.
"Kau ada bukti ke yang kitorang ni tengah bercinta? Ada ke?! Kalau ada, tunjuk la! Aku nak tengok. Mana bukti tu?!" Jerkah Yeon yang tengah bengis. Aku hanya mendiamkan diri. Aku tau sangat kalau Yeon dah marah. Tak ada sape boleh halang.
Minji datang ke arah kami berdua. Dia mengeluarkan phonenya lalu membuat sesuatu.
TING!
Satu kelas mendapat notification serentak. Aku mengeluarkan phone aku. Noti dari website sekolah?
"Tengok la apa yang aku hantar dekat website sekolah. Korang semua pun boleh tengok." Katanya sambil tersenyum sinis. Aku pun membuka video yang dihantar oleh Minji.
Kelihatan aku dengan Taehyung tengah bermesra dekat depan sekolah pagi tadi. Begitu jugak dengan Yeon dan Jimin.
"Pfft. HAHAHAHAHAHA!!!" Aku tergelak besar. Semua memandang aku pelik.
"Kau dah kenapa? Giler?" Soal Minji. Aku berdiri depan Minji.
"Kau ni lawak tau Minji. Kau tak pernah tengok adik-beradik mesra ke? Oops.. aku terlupa. Kau kan anak tunggal. Mana ada adik-beradik." Aku tergelak lagi. Kali ni, Yeon turut gelak sekali. Lama-kelamaan, semua kelas mentertawakan Minji. Minji menggenggam tangannya.
"Apa bukti yang dua namja tu oppa korang? Mana bukti?"
"Perlu ke ada bukti? Dulu diorang ni atlet sekolah ni kott. Semua orang tau. Takkan kau tak tau Minji. Ketinggalan zaman la kalau kau tak tau." Ujar Wooshin.
"Dia kan duduk gua. Mana la nak tau." Kata-kata Somi membuatkan satu kelas tergelak kecuali Minji.
"AKU BENCI KORANG!!" Terus dia berlari keluar kelas.
"AKU DARI DULU BENCI KAU LA!!" Jerit Doyeon. Aku duduk kembali. Begitu jugak dengan Yeon.
Aku dan Yeon berhigh-five.
•••
Aku dengan Yeon jalan kaki balik ke rumah.
"Padan muka dengan Minji tu. Tu la, kalau tak tau pape.. tak payah la berlagak yang dia tau. Sekali kena. Padan la muka dia tu." Kata Yeon. Aku mengangguk setuju.
"Tapi aku pelik jugak. Asal dia tak tau yang Tae dengan Jimin atlet sekolah?" Soal aku pelik.
"Dia kan baru masuk sekolah ni tahun ni. Yang Tae Oppa dengan Jimin pulak graduate tahun lepas. Memang la dia tak tau apa-apa pasal Tae Oppa dengan Jimin." Ujar Yeon.
"Ouh.. yela.. aku terlupa pulak." Aku tersengih.
"Kau memang. Semua benda lupa." Yeon menjeling aku. Aku mencebik.
"Aku lupa perkara yang tak penting je. Buat semak kepala aku je nak ingat Minji uhh." Aku menggulingkan mata. Yeon tergelak kecik.
"Whatever la Yeon. Ni aku nak tanya kau.. biler kita nak jumpa Kim Seosaengnim? Asyik tangguh je. Nanti kita tak pergi pulak camp tu." Katanya.
"Erm.. kita pergi je la rumah Kim Seosaengnim. Nak jumpa dekat sekolah pun payah. Baik kita jumpa dekat rumah dia je." Aku memberi cadangan.
"Kau tau ke rumah Kim Seosaengnim?" Aku mengangguk lalu menunjukkan ke arah sebuah rumah. Yeon memandang rumah tersebut.
"Ni la rumah Kim Seosaengnim." Kataku. Yeon mengangguk faham. Tanpa menunggu lama lagi, aku terus menekan loceng rumah Kim Seosaengnim.
Tak lama kemudian, pintu dibukak.
"Eo? Apa yang kamu berdua buat dekat rumah saya?" Soal Kim Seosaengnim.
"Bukannya apa saem. Kitorang nak jumpa saem sebab kitorang nak join camp tu." Yeon berkata. Kim Seosaengnim menayangkan muka pelik.
"Perlu ke kamu datang rumah saya? Kita kan boleh jumpa dekat sekolah je."
"Memang la. Tapi hari ni kitorang tak nampak saem pun. Sebab tu kitorang putuskan untuk datang rumah saem." Ujarku.
"Ouh yea.. hari ni saya tak datang. Erm.. jom la kita masuk dulu." Heol.. baru sekarang nak pelawa masuk  ̄ω ̄
Aku dan Yeon pun masuk ke dalam rumah Kim Seosaengnim dan duduk di sofa.
"Kamu berdua nak minum pape tak?"
"Tak apa saem. Kitorang datang just nak bagitau pasal camp tu je." Yeon menolak dengan sopan. Kim Seosaengnim mengangguk.
"Tunggu kejap ehh. Saya pergi ambik borang." Aku dan Yeon mengangguk. Lalu, Kim Seosaengnim masuk ke dalam biliknya.
Aku memandang Yeon yang tengah tengok sekeliling rumah Kim Seosaengnim. Mulut dia melopong.
Heol.. dah kenapa dia ni? Tak pernah tengok rumah besar ke apa?
Aku menyiku pinggang dia. Dia memandang aku.
"Apa?"
"Tak payah la jakun sangat tengok rumah Kim Seosaengnim." Kataku.
"Biar la. Bukannya selalu aku dapat tengok rumah besar giler macam ni." Dia mencebik. Baru je aku nak membalas, Kim Seosaengnim keluar dari biliknya. Dia datang ke arah kami berdua.
"Nah. Ni borang camp tu. Nasib baik saya bawak balik borang ni." Dia menghulurkan borang tersebut kepada kami berdua.
"Kamsahamnida saem." Aku mengambil borang tersebut lalu memberi kepada Yeon satu lagi borang.
"Kalau boleh, saya nak kamu berdua hantar borang ni esok. Takut kamu lupa pulak." Aku dengan Yeon mengangguk faham.
"Tapi.. macam mana kamu berdua boleh tau rumah saya?" Soalnya. Yeon memandang aku.
"Haritu saya ada jalan-jalan dengan oppa saya. Dia cakap ni rumah saem." Ujarku.
"Oppa kamu? Nugu?"
"Taehyung." Kim Seosaengnim terdiam sejenak. Nak ingat balik mungkin. Tiba-tiba dia menepuk tangannya.
"Ahh.. bekas atlet sekolah kita tu? Yang gila-gila tu? Yang acah macho tu?" Amboi saem.. macam perli je ayat last tu  ̄ω ̄
Aku hanya mengangguk.
"Ye ye.. saya ingat. Kamu Yeonhee?"
"Eo?" Yeon menayangkan muka blur.
"Macam mana kamu tau rumah saya?"
"Saya ikut Miyoung je saem. Oppa saya tak pernah pulak tunjuk rumah saem walaupun dah banyak kali lalu sini." Yeon tersengih.
"Jimin ke?" Yeon mengangguk.
"Maybe dia terlupa nak tunjuk la tu. Haih.. kamu berdua ni saeng bekas atlet sekolah kita rupanya. Nanti kamu boleh la mewarisi pulak." Aku dan Yeon tersengih.
"Okey la saem. Kitorang balik dulu. Mianhae sebab ganggu saem." Aku meminta diri untuk pulang.
"Tak ada la. Kamu berdua tak ganggu saya pun. Oh ye, nanti masa camp nanti.. kamu ajak la oppa kamu berdua tu. Boleh la dia jadi fasilitator untuk camp tu." Ujar Kim Seosaengnim.
"Nae saem. Nanti kami bagitau oppa kami. Annyeong saem." Aku dan Yeon menunduk hormat sebelum keluar dari rumah Kim Seosaengnim.
Dan, kami pun pulang ke rumah masing-masing.
To Be Continue
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] that annoying namja | jungkook.
FanficKim Miyoung mengikuti salah satu kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah selepas berkali-kali dipaksa oleh kawan baiknya, Park Yeonhee. Sampai di sebuah program, Miyoung terasa terganggu dengan seorang namja yang asyik bising dari tadi. Dan ianya mem...