Lagi 10 minit aku tak nampak diorang ni, confirm aku cancel terus planning besok! Aku taknak pergi camping lagi.
Dah lah diri sorang-sorang kat sini. Kasut ni tinggi gila 5 inci, mekap rasanya macam dah nak luntur, rambut pula kusut serabai!
"Thea! Sorry sesangat, aku pergi cari parking kat bawah tadi. Sorry, jangan marah ehh" rayu Nelly yang baru memuncul kan diri.
Pergh! Cantik babe aku ni, sama cantik macam aku! Angkat bakul sendiri nampak.
Badan ramping, kasut killer heels 5 inci, mekap macam artis, rambut ikal hingga paras dada, bibir tu aku geram, merah menyala. Tak jadi terus aku nak marah.
Well, kitorang kan orang pompuan, sungguh cantik di luar, tak tahu pula di dalam. Rahsia didalam nya pula kami sedikit lasak.
Tak caya? So, apa kes kami sanggup camping kat pantai, 2 malam? Hehee tak takut makhluk lain ke? Tak sebenarnya, walhal kami yang makhluk tu tiap-tiap malam kacau dorm orang. Hehehe
2 new message from Babes chat!
Bella: Girls aku ngan Zila dah ada kat dalam, supermarket ni
Zila: Korang masuk cepat!Ek eleh! Leceh lah macam ni, tadi aku yang tunggu diorang, lepas tu tetiba dah terpacak kat dalam.
"Jom!" Ajak Nelly terus memaut tangan ku.
Ops! Kita bukan yang suka sama sejenis. Kalau orang perempuan pegang tangan, elok je pandang. Itu ertinya menjaga keselamatan diri.
So, mula-mula kami dah rancang tadi pagi nak beli barang makan; ayam, daging, udang, sotong, mee segera, beras bawa dari rumah je, coklat, keropok, gula-gula, aiskrim. Ini kerja Zila dengan Bella. Diorang dah main tarik sorong troli pun dari tadi.
Nelly, katanya nak ambil minuman dan bahan rempah untuk masakan. Dia bawa troli sorang.
Dan aku, situasi yang paling berat. Aku perlu mencari dapur gas kecil yang boleh diisi dengan tong gas kecil jugak. Lepas tu, kena beli khemah yang boleh memuatkan kami berempat, bantal juga selimut nipis juga lampu, bateri dan seangkatan dengannya.
Disebabkan seorang daripada kami tiada siapa pun yang mempunyai khemah dan peralatan macam tu, terpaksa lah juga aku beli. Nasib baik kaya. Hahaha.
Korang boleh percaya ke, minah high heels cantik tinggi lampai tengah cari khemah? Hahaha! Lu pikir lu sapa?! Waa pun boleh buat taw!
Troli ku sorong ke zon khemah, hello? Kita kat dalam Giant, So basically, semua barang ada kat sini, kau nak cari benda yang susah nak jumpa pun, kat sini lah tempatnya; Giant.
Dapur kecil tadi aku dah grab 2 kotak masuk dalam troli aku, misi sekarang aku di bahagian khemah. Aku letak troli dihujung dulu sementara aku nak cari khemah size besar, beg ngan phone aku pegang, takut kena curi siot! Untuk keselamatan.
Buk!!
"Ouch! Aku langgar apa tadi?! Pehal benda keras sangat ni!"
"Cik?"
"Gahh!! Kau yang langgar aku?! Sakit tau kepala" terus ku usap lembut kepala ku yang terhantuk badannya.
"Come, anggap je I yang bersalah, padahal you yang langgar tadi" jawabnya sambil tangan beralih mengusap lembut kepala ku.
Aku pandang dia; Ceh! Muka handsome, kulit seakan perang, badan sasa, tinggi 6 kaki, baju Polo hitam kolar v, minyak harum bau Polo, wuishh!
"Dah puas tengok?" Senyum nya pula.
Ehh ada lesung pipit lah kat dua belah pipi dia, mendalam. Apa?! Aku pun ada lah lesung pipit juga, lagi manis.
Sengaja ku lemparkan senyuman manis ku, erti menunjukkan lesung pipit ku yang indah nan permata. Pui, ayat puitis mana aku curi?
"Dah. Thanks and Sorry" terus ku berpaling semula mencari size khemah yang ku idamkan.
"Cari khemah?" Soalnya yang masih berdiri ditepi ku.
"Eh tak. Ni tengah cari kain nak buat baju raya" perli ku. Dah nampak kat kawasan khemah, cari khemah lah!
"Size?"
"Oh pekerja eh?"
"Nope. Cinta hati you"
"O ho ho" bergetar jiwa. Heshtag tulang rusuk kiri gerak-gerak. "Size besar untuk empat orang please?"
Dah dia offer nak carikan, biarlah dia. Aku pun tengah malas ni nak cari benda tu. Mana aku faham nak cari khemah macam ni!
"Thea!"
*******
Votes
Read
Comments

ANDA SEDANG MEMBACA
Hot! Hot! SOLDIER!
Teen FictionNur Thea Chantika Binti Marof, gadis 24 tahun yang masih belajar di Universiti Negara, hanya menunggu keputusan sahaja lagi untuk mendapat ijazah. Menduduki tahun terakhir nya belajar didalam bahagian Kaunselor, seterusnya akan menjadi guru di bahag...