Bab 18

6.5K 185 35
                                    

A/n: Sorry sbb lama x update. 1. Xde idea 2. Xde masa 3. Sis kerja 😌

************

Selesai menguruskan semua dokumen perkahwinan, kami pula pergi ke rumah orang tua Naim yang berada di kampung Jerudong.

"Jom keluar, biar abang yang tanggung semua dan cakap kat mama abah perkara yang sebenar" ajak Naim dan sebaik sahaja ku keluar dari pintu kereta, baju kurung yang tersarung di badan ku luruskan, dan tudung ku betulkan.

Aku memakai baju kurung adalah pintaan Naim kerana sebentar tadi kami telah menguruskan semua surat pernikahan di jabatan ugama.

Tangan Naim ku genggam erat sambil memulakan langkah mengikut dibelakang nya.

"Mama abah abang boleh terima saya ke ni?" Soal ku cemas ketika kami berdiri di depan pintu rumah milik orang tua nya.

"InshaAllah boleh, abang janji akan jaga sayang sampai bila-bila" jawabnya dengan senyuman.

Sebaik salam dan pintu dibuka, aku terpanar ketika seorang perempuan lingkungan umur ku memeluk suami ku sendiri.

"I miss you sayang..." aku terasa hati, mungkin. Genggaman tangan ku yang berpaut sama Naim ku lepaskan dan menjarakkan sedikit diri ku kebelakang.

"Lepas please. Aku nak jumpa mama abah aku" jawab Naim. Sejurus nya memulakan langkah ke dalam begitu juga aku yang mengikuti nya dari belakang, tangan gadis itu menghalang ku dari masuk.

"Wait, you ni siapa? Pakai baju kurung bertudung macam ni, aku rasa hm.. sayang, you bawa pembantu rumah baru eh? That's why you balik sini?"

Aku pembantu rumah?!

"Sorr-"

"Eh takpe, kau pembantu rumah pergi belakang kat dapur, tolong bakal mak mertua aku eh siapkan makan tengah hari, sekejap lagi aku nak dating dengan bakal suami aku" arahnya dengan senyuman.

Aku makin lah panas hati. Aku isteri sah dia! Apa aku harus lakukan dimasa ini? Pandangan ku bertaut sama Naim, aku tak tahu apa perasaan aku ketika melihat anak matanya. Aku kesal sedikit.

"Jom masuk, jangan pedulikan dia" Naim menarik tangan ku mengikutinya masuk ke dalam rumah seraya meninggalkan gadis tadi dibelakang berseorangan.

"Abang..." panggil ku.

"Shh abang tahu, nanti abang explain, yang penting sekarang abang nak bagi tahu mama abah yang kita dah kahwin secara halal, ya sayang?" Ujarnya.

Diwaktu otak ku berserabut pun kata-kata nya masih manis di dengar.

"Abang takkan ceraikan sayang kan?" Soal ku tetiba.

Kedua pipi ku di sentuh dengan kedua tapak tangan nya, sambil mata tepat memandang ku.

"Abang takkan pernah ceraikan sayang kecuali takdir yang memisahkan kita" jawabnya dengan sekali lafaz.

Aku pun menuruti sahaja apa yang dikatakannya, kerna aku percaya, jodoh ditangan Tuhan.

*********

Comments : 🙂❤️

Votes
Read
Comments

Hot! Hot! SOLDIER!Where stories live. Discover now