Bab 21

3.5K 88 16
                                        

        Kini, 2 bulan telah berlalu dari tarikh perkahwinan ku. Rahsia tetap rahsia dari keluarga juga rakan-rakan.

Alangkah baik nya jika orang mengetahui akan status ku sebagai isteri orang. Bukan kah senang untuk ku keluar berjalan kan? Tetapi apakan daya, aku hanya mampu berdiam diri untuk seketika waktu.

Keluarga ku langsung tidak mempedulikan keberadaan ku, hanya melalui Farhana aku berhubung bertanyakan khabar mereka. Sekali sekala ada juga aku bertemu dengan adik ku, dia selalu mengirimkan makanan katanya tak nak aku kebuluran.

Allahuma, dia anggap aku ni lari rumah agak nya haha, aku masih selamat di sini di bawah jagaan suami ku. Aku tinggal di rumah nya yang besar, cukup selesa untuk ku diami dan aku tak merungut dengan pemberian nya terhadap ku.

Bersyukur aku mempunyai seorang suami yang selalu memberi aku semangat untuk tidak berputus asa, mendoakan keharmonian rumah tangga kami, kerana dia juga lah aku sedikit sebanyak mempelajari ilmu agama, aku bertekad untuk menjadi isteri yang taat dan mulia di sisi nya,InshaAllah.

Sekejap lagi suami ku akan balik ke rumah, menjadi suatu rutin harian untuk ku menyediakan makanan juadah petang dan pakaian salinan nya.

    "Okay.. jus oren dah sedia sejukkan dalam peti ais, pisang goreng menu hari ini pun dah tersedia.." omel ku sendiri, "Lagi... nak buat apa eh?" Fikir ku sejenak, memandangkan tiada lagi nak di buat, aku merehatkan badan ku buat seketika menunggu nya pulang.

Dan ketika itu aku dibuai lena melelapkan mata ku sambil berbaring di sofa ruang tamu.

...........

      Azan maghrib sayup kedengaran di telinga, sambil ada tangan yang mengusap kepala ku menyebabkan ku terbangun dari tidur ku.

     "Bangun sayang... sedap nya dia tidur" Naim.

Masih mamai lagi apa yang di katakan nya. Aku mengeliat dan berbaring mengiring menghadapnya.

    "Dah maghrib ni jom bangun, abang dah makan tadi pisang goreng yang sayang masakkan, sedappp" puji nya dan menunjukkan 'thump ups'.

Pisang goreng?

Maghrib?

....

    "Allah abang!!" Kejut ku. "Sayang tertidur, sorry abanggg pleaseee pleaseee" ampun ku sejurus bangun duduk dari baringan ku di atas katil. Katil?

     "Elok jee dia tidur kat sofa tadi sampai tak sanggup abang nak kejutkan, pastu abang angkat sayang baring kat bilik" kata nya lembut sambil mengusap kepala ku. "Sayang penat ke? Buat apa tadi?" Soal nya.

     "Tadi buat kerja sikit, bersihkan dapur, tandas, ruang tamu dan bilik-bilik kosong yang lain, ni yang penat sikit sampai tak sedar sayang tertidur tunggu abang balik tadi..." kata ku dengan senyuman, bangga dengan diri ku dapat membersihkan rumah sehingga cantik tersusun macam nak raya hehe.

    "Elehh kenapa buat kerja rumah ni? Bosan ke duduk rumah seorang?" Angguk ku ketika di tanya. "Kesian isteri abang ni, kenapa tak ajak kawan datang sini?"

    "Diorang mana tahu kita dah kahwin, ni kan rahsia.." ujar ku. "Lagi pun kita orang dah ada haluan masing-masing, ada yang kerja sambilan, ada yang dah ada boyfriend, jadi sayang ada abang saja lah jadi kawan..."

    "Alolooo apa sayang manja-manja ni... abang kan ada, whatapps jelah abang balas kalau tak busy" pujuk nya.

Sejurus itu lantas dia menarik tangan ku untuk berdiri dan mengikuti nya ke tandas ambil air wudhu, dah masuk waktu maghrib.

..................

A/n : Hi? 🤭 sis baru nak active wattpad balik 🤭 stay tuned!

Vote please

Hot! Hot! SOLDIER!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang