Bab 7

6.4K 150 0
                                    

"Naim!!" Yes! Nama tu, aku ingat balik! "Lepaslah!!"

"Okay.."

SPLAHHHH!!

Aku mengetap bibir kuat! Geram aku! Dia humban aku ke air pantai. Sakit lah bontot aku! Dipercikkan lagi air ke muka ku. Habis basah balik.

Lantas ku berdiri tanpa menghiraukannya.

"Kalau nak minta temankan bukan macam ni!" Terus ku berjalan balik ke base. Nak pandang dia pun aku taknak!

"Apani.. Sorry laa" pujuk nya ketika ku berjalan di depan. "Okay stop! I minta maaf okay?" Katanya lagi kini berdiri bersemuka dengan ku.

"Tepi. Aku takde mood!"

Terus diabaikan. Sebaliknya tangan nya pula melingkar di pinggang ku dari belakang. Aku anggap je tiada apa disisi ku. Yang ada cuma angin.

Aku jalan terus hingga ke base sambil menghiraukan tangan itu.

"Bro! Kau nak tinggal sana ke sini?"

"Terserah!"

Dengar ku perbualan rakannya yang lain.

Ku terus kan perjalanan ku hingga ke khemah. Zila, Bella dan Nelly pula kini sudah memakai jaket masing-masing.

Duduk sambil rehat meminum air. Dahaga pula rasanya.

"Lepaslah! Pergi!" Halau ku.

"I takkan pergi, maafkan dulu"

"Aku maafkan"

"Bye. Jumpa nanti" terus dikucup sisi kepala ku dan dileraikan tangan dari pinggang. Rimas tau!

Lari pun dia kat sana. Mata ku jeling.

Jus oren ku tuang ke dalam cawan dan mengambil jaket ku sebelum duduk bersama yang lain yang hanya menjadi pemerhati ku dari tadi.

"Thea, lelaki semalam kan?" Soal Nelly. Cuma dia seorang je yang nampak lelaki ni kelmarin berbanding dengan Zila dan Bella.

"Ya. Entah apa dia buat kat sini pun aku tak tahu!" Marah ku pula.

Yelah. Tak sangka pun boleh terjumpa kat sini!

"Tapi HOT kut dia tu!" Zila.

"Tapikan, korang berdua dah kenal ke? Aku nampak kau tak kisah pun dia buat macam tu.." celah Bella.

"Entah. Ada orang ke tadi?" Sindir ku. Malas aku nak layan. "Jom masak! Lapar pula rasanya"

Kontina ayam dan daging yang sudah berempah dikeluarkan. Kita masak separuh dulu untuk harini terus untuk makan malam nanti.

Separuh lagi untuk besok. 2 malam tinggal ni kenalah berjimat, taknak pergi kedai yoo..

Nasi dimasak atas dapur kecil. Satu lagi dapur kami letak kuali dan minyak untuk memasak.

Kami tak duduk dalam khemah, nanti basah, jadi kami semua duduk diluar atas tanah yang berlapik dengan plastik.

Haha! Minah high heels duduk atas tanah berlapik plastik. Tak salah pun. Dah kami pun ada lasak nya juga, who care?

"Korang lepas ni nak buat apa?" Soal Zila yang sibuk dengan makanan nya.

"Entah. Rehat-rehat, tidur kut..." jawab Nelly.

"Aku nak tukar baju track suit. Segan pula pakai macam ni bila lelaki kat depan tu asyik pandang sini jee.." jawab Bella sambil menunjukkan baju nya.

"Setuju!" Jawab ku. "Aku pun nak tukar baju ni, dah lah basah tak selesa kalau pakai lama-lama. Kalau nak mandi nanti, baru tukar balik" ujar ku pula.

Habis makan, terus kami semua mengambil baju track suit kami. Kat pantai tempat berkhemah ni, ada disediakan tandas.

So, tak risau lah kalau nak pergi tandas pun. Masalahnya, agak jauh kebelakang dari base kami. Seram pula bila terfikir kalau nak gi tandas malam-malam.

Pantai kat sana tu keras!

Alaaa time ni laa jugak dengar suara mama. Okay, kuat kan semangat je.

*******
Votes
Read
Comments

Hot! Hot! SOLDIER!Where stories live. Discover now