Khalisah terduduk lemah di tepi dinding itu. Air matanya yang mengalir di pipi dibiarkan mengalir. Dia terasa dunianya kini kelam tiada cahaya, tiada harapan.
Termenung sendiri Khalisah di situ. Kakitangan hospital yang lalu lalang di depannya hanya dipandang sepi. Tidak hirau dipandang pelik orang lain. Biarlah dia begini. Dia keseorangan. Ibunya sudah pergi meninggalkannya. Bukan pergi yang akan kembali tapi tak akan pernah kembali selamanya.
Kata-kata doktor dua puluh minit yang lepas masih terngiang-ngiang di fikirannya.
Ditunggu dengan penuh harapan Khalisah Adriana di depan pintu bilik pembedahan. Dia terlalu berharap ibunya dapat diselamatkan walaupun doktor sudah memaklumkan kepadanya pembedahan keatas ibunya agak berisiko atas faktor usia.
Ibunya sudah berusia 70 tahun. Dengan sakit jantungnya dan kegagalan ginjal berfungsi cukup membimbangkannya. Menurut doktor, kedua-dua ginjal ibunya sudah rosak dan memerlukan pembedahan segera untuk membuangnya.
Penantian selama dua jam akhirnya berakhir. Khalisah terus berdiri sebaik saja doktor yang membedah ibunya keluar daripada bilik pembedahan.
"Macam mana doktor?" Khalisah sudah bertanya dahulu.
Terdengar doktor itu mengeluh cukup membuatkan jantung Khalisah berdegup kencang.
"Ibu cik tak dapat kami selamatkan." Sebaik saja ayat itu meluncur daripada mulut doktor itu, Khalisah terjelepok. Dunianya seakan berhenti.
Ibunya..sudah meninggal dunia?
Menangis dan menangis hanya mendatangkan kepenatan. Khalisah akhirnya berhenti menangis. Dia bangun daripada situ dan beredar pergi. Dia mahu mengucup ibunya buat kali terakhir sebelum pihak hospital mula menguruskan jenazah ibunya.
Khalisah tergesa-gesa pergi. Langkahnya laju sehingga dia terlanggar seorang lelaki. Akibat momentum yang tinggi, Khalisah dan lelaki yang baru dilanggarnya terjatuh ke lantai.
Khalisah kalut. Dia segera bangun dan mengambil begnya yang turut terjatuh bersamanya itu.
"Saya mintak maaf! Saya tak sengaja!" Ucap Khalisah kepada lelaki itu. Muka lelaki itu dipandang. Dan tika itu seperti ada arus elektrik yang mengalir di dalam dirinya.
Lelaki itu hanya terangguk kecil. Lalu beredar pergi.
Khalisah menjadi pelik tapi hanya membiarkan. Cuma dia menjadi tertanya-tanya siapa lelaki itu.
Namun tak lama kemudian dia meneruskan langkahnya untuk mendapatkan ibunya buat kali terakhir.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1