Bumm!!
Bunyi sesuatu yang kuat menganggu lena Khalisah Adriana. Dia bingkas bangun daripada pembaringannya. Sempat dia mengerling jam dinding di biliknya itu. 4.00 petang. Pasti dia terlelap.
"Woi! Perempuan...!" Jeritan yang kuat itu sudah dijangkakan oleh Khalisah. Dia bergerak dengan cepat menuju ke tingkat 2.
Pintu bilik suaminya diketuk dahulu sebelum masuk.
Tok tok.
"Masuk!" Ujar Harraz daripada dalam bilik
Khalisah menguak pintu bilik suaminya. Terkejut dia apabila melihat suaminya. Bajunya sudah berwarna-warni. Begitu juga dengan seluar. Di lengan dan dagu turut ada sedikit warna.
Kepalanya ditoleh pula ke kanan sedikit. Lantai habis berwarna-warni.
"Kau bersihkan ink printer ni. Tadi aku angkat terjatuh..." Suara Harraz hanya mendatar. Tiada tengkingan seperti selalu dan itu mengejutkan Khalisah.
"Kau dengar tak ni?" Soal Harraz lagi. Khalisah dengan kalut mengangguk.
"Saya faham, Tengku.." Jawab Khalisah. Tengku? Ya, sudah dimaklumkan oleh suaminya itu daripada awal perkahwinan. Panggilan terhadap suaminya hanyalah Tengku. Lihatlah betapa bencinya suaminya dengannya. Sudah sebulan dia memanggilnya suaminya dengan Tengku.
"Dah, aku nak mandi. Sediakan sekali baju aku.." Kata Harraz lalu diambil tuala mandinya dan menuju ke bilik air tanpa menoleh kearah isterinya langsung.
Khalisah memandang kotoran berwarna itu sepi. Nampaknya dia perlu menyental lantai bilik ini menggunakan tangan. Kerana dia tahu bukan mudah untuk membersihkan ink printer. Apatah lagi ada sebahagian yang sudah kering.
Khalisah sudah menyediakan peralatan untuk mencuci. Span diperah di dalam baldi yang bersabun dan dengan kudratnya yang tak seberapa terus disental lantai itu. Nasib baik hanya sedikit yang kena lantai, kalau tidak mahu jenuh juga dia kena menyentalnya.
Setelah 10 minit menyental akhirnya hilang juga kotoran berwarna itu. Khalisah tersenyum sendiri. Bangga kerana berjaya membersihkannya. Dia mula mengangkat peralatan mencucinya dan berkira-kira untuk keluar sebelum matanya menangkap frame gambar keluarga suaminya. Dia memgambil frame itu untuk melihat dengan lebih dekat.
Suaminya kelihatan bahagia disamping seorang wanita agak berusia dan seorang gadis muda. Pasti itu ibu dan adik suaminya yang dilihatnya di hospital dulu. Entah bila agaknya dia dapat berjumpa dengan mereka. Yalah, lihat saja keadaan sekarang. Suaminya memang tak anggap dirinya sebagai seorang isteri. Memang pastilah perkahwinan ini tidak diketahui oleh keluarga suaminya.
Bunyi pintu bilik air yang terbuka mengejutkan Khalisah. Secara tak sengaja terus terjatuh frame ditangannya.
Prangg!
Kaca frame itu pecah. Bingkai frame itu patah. Dan Khalisah mula memucat. Dipandangnya muka suaminya yang sudah merah itu. Pasti suaminya marah.
Harraz yang hanya melilitkan tuala dipinggangnya itu memandang wanita di depannya itu seperti mahu menelannya aja. Frame gambar keluarganya yang sudah berkecai itu semakin menaikkan amarahnya. Terus di dekati pesalah yang menjatuhkan framenya.
Setapak. Dua tapak. Tiga tapak. Dan..
Panggg!
Laju tangan Harraz menampar pipi mulus Khalisah. Khalisah yang tidak dapat menyeimbangkan badannya terus terjatuh ke lantai. Tangannya terkena kaca daripada frame yang berkecai. Dia meringis kesakitan. Menahan sakit di pipi dan di tangan. Terasa pijar segalanya.
Air matanya yang hampir gugur ditahannya. Ini kali pertama suaminya mengasarinya. Memang benar suaminya itu amat menyayangi keluarganya. Jika tidak, pasti suaminya hanya akan menengkingnya saja.
"Kenapa kau berani pegang barang aku hah perempuan?!" Tengking Harraz. Terhinjut bahu Khalisah kerana terkejut.
"Saya...tak sengaja. Maafkan saya Tengku.." Ujar Khalisah terketar-ketar.
Harraz menahan gelodak amarahnya. Ikutkan hatinya ingin saja dibunuh perempuan yang paling dibencinya ini. Tali pinggang yang berada tidak jauh daripadanya menangkap pandangannya. Dia mengambil tali pinggang itu. Dililitkan sedikit pada tangannya.
Zapp!
Tanpa belas kasihan mahupun ihsan Harraz melibas wanita yang tidak pernah diakui sebagai isterinya. Tepat libasannya pada tubuh isterinya. Raungan, pekikan dan rayuan daripada isterinya tidak dihiraukan. Kemarahan diturutkan dan dengan itu semakin kuat libasan terhadap tubuh isterinya. Tidak cukup dengan itu ditendangnya pula belakang isterinya.
"Lain."
Zapp!
"Kali."
Zapp!
"Kau."
Zapp!
"Jangan."
Zapp!
"Usik."
Zapp!
"Barang."
Zapp!
"Aku!"
Harraz berhenti melibas. Tali pinggang dijatuhkan ke lantai. Tubuh isterinya yang mengerekot menahan sakit itu dipandangnya puas. Entah kenapa dia rasa puas. Dia rasa seronok melihat isterinya meraung.
"Kalau kau usik apa-apa lagi barang aku especially barang yang related to family aku, aku tak akan teragak-agak nak belasah kau lagi. Keluarga aku segalanya pada aku. Even its just a frame, its precious for me. Kau faham tak?!" Keras suara Harraz.
Khalisah yang mendengar itu hanya mengangguk. Tak larat rasanya ingin mengeluarkan suaranya. Tubuhnya terasa sakit. Ingin bergerak pun terlalu sukar untuknya.
Kenapa harus dia diperlakukan seperti ini?
TBC
09-03-2017
This story may be a lil cliche but idc.. I just wrote what i want. Just to relieve some stress..
Erra .-.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1