"Mana Khalisah?" Soal Harraz kepada Hasya. Dia turut melihat di sekeliling rumah banglo uminya itu sekiranya ada kereta uminya. Tiada. Dan itu cukup melegakan Harraz.
"Akak kat dalam bilik. Tingkat 2 hujung sekali.." Ujar Hasya. Sejujurnya dia pun takut ingin membantu abangnya. Kalau terkantoi dengan umi pasti dia turut terkena tempiasnya. Tapi dia tak sampai hati melihat abangnya merayu-rayu ingin bertemu isterinya sendiri. Lagipun abangnya sudah berubah dan perubahan itu memang dapat dilihat dengan mata. Takkan nak hukum lagi?
"Okey. Haa, betul eh umi tak ada?" Soal Harraz inginkan kepastian. Mana tau uminya ada bersembunyi ke. Fikirnya.
"Umi tak ada.. Umi pergi jumpa kawan. Pukul 10 umi kata dia balik. So, abang cuma ada 30 minit je.." Jawab Hasya.
Harraz mengangguk sambil mengerling jam ditangannya. Sudah 9.25 malam dan paling lambat dia harus keluar jam 9.55 malam.
Kemudian, dia terus mendaki anak tangga untuk menuju ke bilik yang isterinya berada. Pintu bilik diketuk perlahan.
Kali pertama. Senyap.
Kali kedua. Sama.
Kali ketiga. Derapan kaki menghampiri pintu bilik didengari Harraz.
Harraz cuba mengukirkan senyuman. Dia sebenarnya tak kuat lagi untuk berjumpa Khalisah. Terasa bersalah lagi keatas semuanya. Ah, kalau ikutkan rasa bersalahnya memang sampai bila-bila lah dia takkan mampu betulkan segala-galanya.
Klekk
Pintu itu dibuka oleh Khalisah. Dia pun tak tahu siapa yang mengetuknya. Kalau umi pasti akan memanggil namanya. Begitu juga Hasya. Cuma kali ini siapa? Kenapa jaatungnya berdegup dengan kencang tatkala ingin membuka pintu bilik itu?
Khalisah terpana.
Harraz?! Ah, dia tahu pasti Harraz meminta pertolongan Hasya untuk bertemunya.
"Khalisah..." Namanya meniti dibibir Harraz.
"Boleh kita bincang sekejap?" Pnta Harraz.
Khalisah hanya mengangguk. Dia kebelakang sedikit untuk memberi Harraz laluan masuk ke dalam biliknya. Lidahnya kelu tika ini. Dia berasa berdebar untuk berjumpa Harraz. Bukan kerana takut tapi kerana agak lama tidak berjumpa membuatkan rasa rindunya menggasak di dada. Gila! Sepatutnya dia takut dengan Harraz tapi sumpah, perasaan takut mahupun trauma langsung tak ada tika ini. Yang ada cuma rasa rindu saja.
Raut wajah Harraz yang tenang itu membuatkan Khalisah tenang. Jujur dia katakan itu kali pertama dia lihat wajah suaminya setenang itu. Dan entah kenapa raut wajah sebegitu begitu mendebarkannya. Dia terasa ingin menyentuh saja muka suaminya itu.
"Khalisah...saya..saya nak mintak maaf!" Ujar Harraz sekaligus memecahkan keheningan.
Khalisah sudah terkebil-kebil mendengarnya. Ah, betul lah kata umi tempoh hari yang Harraz ingin bertemu dengannya kerana ingin meminta maaf. Tapi kenapa umi tak benarkan?
"Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak Khalisah. Saya sepatutnya sebagai suami, saya kena jaga awak. Lindungi awak. Sayang awak. Tapi saya....saya dera awak! Saya tak terima awak! Saya banyak berdosa dengan awak Khalisah. Saya mintak maaf banyak-banyak. Saya tahu awak mesti susah nak maafkan saya. Tapi saya akan buat apa saja untuk awak maafkan saya...." Ujar Harraz. Dia memandang Khalisah dengan penuh pengharapan berharap akan dimaafkan. Namun dia tahu itu mustahil. Siapa je yang nak maafkan lelaki dayus macam dia? Uminya pun masih tak maafkan dia apatah lagi isterinya yang melalui penderitaan itu sendiri?
Khalisah sudah menelan air liurnya berkali-kali. Dia memang dah maafkan suaminya itu. Kerana dia bukan seorang yang pendendam apatah lagi suaminya itu sudah berubah. Kenapa kita harus menghukum orang yang sudah berhijrah yakni berubah? Beriman, berhijrah, berjihad. Itu proses nak berubah. Suaminya sudah berubah, dan itu cukup membahagiakan dirinya.
"Khalisah.....please. Saya tahu memang susah nak maafkan saya. Dosa saya tu besar kan? Tapi, saya akan cuba buat apa yang awak nak Khalisah. Asalkan awak akan maafkan saya!" Rayu Harraz sepenuh hati. Air matanya sudah mengalir di pipinya.
Khalisah memghampiri Harraz. Tangannya hinggap di pipi suaminya itu dengan lembut lalu diusap air mata itu. Tanpa dipinta air matanya turut sama mengalir. Tipulah kalau dia kata yang hatinya tidak sakit tapi dia sudah ubatinya. Biarpun parutnya masih ada dan menjadikannya cacat, cintanya yang mendalam terhadap suaminya sudah menutupi parut itu. Ya, kerana cintanya terlalu mendalam.
"Saya cintakan awak Khalisah. Maafkan saya...." Ujar Harraz syahdu. Tangan isterinya yang berada dipipinya turut sama dipegang. Makin merembes-rembes air matanya keluar apabila melihat isterinya itu turut mengalirkan air mata.
Khalisah tergamam. Ucapan daripada suaminya itu menusuk ke kalbunya dan mengusik jiwa wanitanya. Dia tak salah dengar kan? Lelaki di depannya ini baru mengungkapkan kata cinta bukan?
Khalisah mengukirkan senyuman yang manis buat suaminya. Ungkapan itu lahir daripada hati suaminya. Dapat dirasakan keikhlasan itu.
"Tolong maafkan saya..." Pinta Harraz lagi.
Khalisah terangguk kecil.
"Saya—"
Saat itu terembul wajah seseorang di muka pintu.
"Harraz dah jumpa Khalisah kan? So, apa lagi?" Ujar Tengku Haslina yang baru muncul tika itu. Jam baru saja 9.45 malam dan entah kenapa dia terdetik ingin pulang awal. Dan apabila pulang dia ternampak kereta anaknya yang diparkir di luar rumah.
Harraz terkedu. Begitu juga Khalisah.
Harraz menghela nafas perlahan.
Melepaskan Khalisah? Mampukah dia...?
TBC
06-04-2017
Vote pls (•̩̩̩̩_•̩̩̩̩)
Erra .-.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1