Harraz melonggarkan tali lehernya kerana rasa panas. Penghawa dingin yang terpasang langsung tidak rasa dinginnya. Malah, seluruh benda di dalam pejabatnya cukup merimaskan. Dirinya tak keruan lagi.
Ah! Bodoh! Makinya sendiri.
Panggilan daripada uminya 10 minit yang lepas benar-benar menyesakkan fikirannya sekaligus mengundang kemarahannya.
Telefon bimbit yang berada atas mejanya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Harraz yang sedang menaip itu menghentikan kerjanya, telefon segera diambil dan panggilan itu diangkat.
"Hello..Assalamualaikum. Who are this?" Sapanya dahulu. Entah siapa pemanggilnya tidak pula dilihat terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam Harraz. Umi ni..." Balas si pemanggil merangkap umi kepada Harraz, Tengku Haslina.
Harraz tersenyum apabila mendengar suara uminya.
"Umi....rindu lah!"
"Yelah rindu. Semenjak pindah rumah banglo ni dah lama tak jenguk umi kan..?"
Harraz tergelak kecil.
"Alah...sorrylah umi. Harraz busy sikit. Nanti ada masa Harraz datang jumpa umi eh.."
"Hmm yelah..oh ni Harraz. Umi nak tanya kamu sesuatu.."
"Sesuatu? Apa dia umi? Tanya jelah.."
"Harraz ambik maid ya?"
Harraz terdiam sejenak. Macam mana uminya tahu? Adiknya bagitahu ke?
"Err..."
"Umi pergi rumah kamu tadi..." Jawapan daripada Tengku Haslina membuatkan Harraz terkedu.
"Yang umi peliknya kenapa muda sangat maid kamu tu....?" Soal Tengku Haslina.
Tengku Harraz menelan air liurnya kesat.
"Apa yang peliknya umi? Dah dia yang mintak nak jadi maid kan..." Jawab Harraz dalam masa yang sama menutup rasa gugupnya.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1