M- 9

1.2K 50 2
                                    

Hasya yang sudah berniat ingin bermalam di rumah abangnya itu sudah ke dapur. Mahu berkenalan dengan orang gaji abangnya.

"Errr...umur berapa? Nampak muda je.." Tegur Hasya kepada Khalisah. Khalisah yang ketika itu sedang memasak makanan malam melemparkan senyuman.

"25...awak..?" Jawab Khalisah.

"24. Kiranya akak lah ni kan? Kalau Hasya panggil akak boleh?" Tanya Hasya sopan.

Khalisah hanya mengangguk. Hasya. Nama adik suaminya Hasya. Baru dia tahu.

"Nama akak siapa? Nama penuh..." Soal Hasya lagi.

"Khalisah. Khalisah Adriana. Nama penuh Hasya?" Soal Khalisah pula.

"Tengku Hasya Mardiah. Panggil Hasya je tau..."

Khalisah tidak membalas. Sekadar tersenyum saja.

"Lambatnya kau masak harini." Mendatar suara Harraz yang baru saja muncul di dapur itu. Ikutkan hati ingin saja dia menengking isterinya itu kerana lambat buat kerja.

"Maaf Tengku. Tadi ayam masih beku.." Ujar Khalisah takut-takut. Tapi dia berkata benar. Ayam tadi terlupa nak dikeluarkannya. Dahlah suaminya cakap lambat ingin dia memasak ayam masak black pepper.

"Tengku? Selama ni abang tak pernah guna nama Tengku pun? Tak silap Hasya kat office pun abang suruh panggil abang Harraz je kan?" Celah Hasya tiba-tiba.

Harraz terdiam. Bisu. Tiada kata-kata yang ingin disangkal.

"Dah terbiasa nak panggil Tengku. Tengku dah halang dah tapi akak yang degil nak panggil. Hormat gitu." Kata Khalisah. Menyelamatkan keadaan. Namun kata-katanya hanya membuatkan Harraz naik angin. Dia rasa seperti diperli.

"Oh..apalah akak ni. Panggil jelah tuan ke apa. Umi dari dulu tak galakkan guna nama Tengku. Umi kata taknak orang terasa jurang kedudukan." Ujar Hasya.

Khalisah hanya tersenyum saja. Tak ingin membalas. Bagi Harraz pula, memang dia sengaja menyuruh isterinya memanggilnya Tengku. Biar isterinya sedar dimana kedudukannya. Perempuan seperti isterinya tak layak berdamping dengan dirinya yang berdarah kerabat diraja.

Mereka makan malam pada malam itu dengan suasana yang tegang. Adiknya pun perasan dengan perubahan sikap abangnya itu. Abangnya seakan-akan tidak suka dengan kehadiran Khalisah yang diajak makan bersama disitu.

"Akak tidur sini ke?" Soal Hasya yang ketika itu sedang teman Khalisah mencuci pinggan.

"Haah." Jawab Khalisah. Pada ketika itu dia tidak sedar yang jawapannya mendatangkan rasa pelik kepada Hasya.

Keadaan menjadi sunyi. Hasya pelik. Kenapa Khalisah selaku orang gaji abangnya tidur di sini? Yalah, abangnya lelaki. Khalisah pula perempuan. Mereka berdua pun tiada pertalian yang sah. Selama dia kenal abangnya, abangnya sentiasa menjaga batas. Tapi bagaimana boleh duduk berdua di dalam banglo besar ni?

Hasya tidak pula mahu bertanyakan pada abangnya. Tapi yang dia tahu, perkara ini harus dimaklumkan pada umi!

Setelah meminta diri untuk beredar masuk tidur, Hasya terus menuju ke biliknya. Bilik di tingkat 2 ditujunya. Selang dua bilik daripada bilik abangnya.

Khalisah yang sudah mencuci pinggan itu mengeluh perlahan. Semasa suaminya menghantar pinggan ke singki tadi sempat dia mengarahkannya masuk ke biliknya setelah adiknya masuk tidur. Nampaknya, memang dia tak dapat elak langsung lah ni.

Dengan rasa gemuruh, Khalisah menuju ke bilik suaminya. Baru saja dia ingin mengetuk pintu sudah terbuka dulu.

Wajah suaminya yang bengis menyapa pandangannya. Dia kemudian masuk ke dalam apabila disuruh. Pintu bilik yang bertutup membuat Hasya gusar.

"Aku tak suka kau rapat dengan adik aku!" Marah Harraz.

Khalisah yang menunduk ke lantai itu membuatkan Harraz naik angin.

"Hei! Baru kahwin 2 bulan dengan aku takkan dah lupa apa yang aku benci! Bila aku cakap pandang aku!"

Serta-merta wajah Harraz dipandang Khalisah. Tika itu air matanya sudah mengalir di pipi.

Harraz yang melihat terkedu. Namun dia cuba membekukan hatinya. Tak mahu mengasihani langsung dengan perempuan di depannya itu.

"Kalau kau rapat lagi dengan adik aku tu, nahas kau! Aku tak suka orang yang aku sayang rapat dengan orang yang aku benci..." Ujar Harraz tanpa langsung menjaga hati isterinya. Ah, peduli apa dia. Semenjak dia berkahwin dengan perempuan di depannya itu hatinya sudah dikeraskan dan dibekukan untuk perempuan itu.

"Pergi buatkan aku air nescafe panas.." Arah Harraz yang kini sudah menghadap komputer ribanya.

Khalisah bergegas menuju ke dapur untuk membuat air untuk suaminya. 5 minit kemudian dia kembali bersama air yang diminta.

Pintu diketuk sebelum dibuka. Dan Khalisah sungguh terkejut melihat suaminya. Baru tadi dia lihat suaminya berseluar panjang dan memakai tshirt. Tapi sekarang suaminya sudah tidak memakai baju. Hanya memakai seluar pendek saja.

Perkara itu membuatkan Khalisah berdebar. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak memandang suaminya. Tangannya menggigil ketika mahu meletak air di depan suaminya. Semakin dekat dia dengan suaminya semakin berdebar rasanya.

Kerana dia terlalu menggigil, air nescafe itu tertumpah sedikit dan mengenai komputer riba Harraz.

Khalisah terdiam. Dalam hatinya sudah memarahi dirinya berulang kali.

"What have you done bitch!" Jerkah Hareaz tanpa tertahan lagi. Dia segera mengelap komputer ribanya dengan tisu.

Wajah Khalisah dijeling tajam. Kemarahan yang menguasai menyebabkan dia mengambil air nescafe yang masih panas itu dan disimbahkan pada badan isterinya.

Khalisah mengadu sakit. Air mata merembes-rembes keluar dengan lajunya. Rasanya pasti meninggalkan kesan di lengan dan badannya itu. Kulitnya terasa melecur. Dan kerana itu dia segera bangun dan menuju ke bilik air dalam bilik suaminya itu.

Tindakan Khalisah yang seperti melarikan diri itu menimbulkan marah yang makin menggunung.

Khalisah yang memakai tudung itu direntap tudungnya. Tubuh Khalisah ditolak ke lantai. Tali pinggang yang memang dia biasa gunakan untuk membelasah isterinya diambil dan terus dipukul tubuh isterinya.

Khalisah hanya menangis dan menangis. Tiada langsung jeritan daripadanya. Dia tahan daripada menjerit kerana tidak mahu adik suaminya terjaga. Tubuhnya terasa lemah sekali apabila suaminya sudah berhenti memukulnya.

Harraz puas. Segala kemarahannya hari ini sudah dilepaskan. Dia tak tahu kenapa tapi memukul isterinya mendatangkan keseronokan. Dia tak mampu berhenti apatah lagi perasaan benci masih menebal di hati.

Macam manalah mahu berhenti membenci jikalau setiap hari hatinya disirami dengan kebencian yang dicipta sendiri?

TBC
13-03-2017
I want to escape from problem but problem wont solve by itself. (English hancur tapi cikgu cakap jangan pernah malu cakap english. So..who cares? Muahahah)
Erra .-.


MAAFWhere stories live. Discover now