M- 4

1K 41 0
                                    

Berdentung bunyi yang terhasil apabila baldi berisi air sabun itu berlaga dengan dinding berwarna putih itu. Air sabun di dalam baldi sudah membasahi lantai dan mengenai kaki Khalisah.

"Kau ni bebal ke apa?! Kau mop lantai ni tak reti lap ke? Aku nak terjatuh tahu tak?!" Berombak dada Harraz menahan amarahnya terhadap Khalisah. Hampir saja tadi dia terjatuh kerana terpijak lantai yang basah itu.

"Sa–ssaya m–mintak ma–af." Ucap Khalisah perlahan. Dirinya jangan cakaplah, sudah takut habis dijerkah sebegitu. Bermacam-macam dah dia buat untuk suaminya itu. Namun satu pun tak mampu menyenangkan hati suaminya. Salah ke apa yang dia buat? Dia hanya mahu mencuci lantai agar suaminya balik dari tempat kerja akan lebih selesa.

"Ah! Persetankan maaf kau tu! Bagi aku kata maaf kau tu tak bernilailah pada aku! Perempuan murahan macam kau ni tak layak nak mintak maaf kat aku! Kerja kau hanya menyusahkan aku je!" Tengking Harraz. Bergema rumah banglo 3 tingkat itu dengan suaranya.

Khalisah menunduk memandang lantai saja. Tak berani dia ingin menatap wajah bengis suaminya. Jujur dia katakan yang dia terkejut apabila dia sampai di rumah ini minggu lepas. Lelaki yang dia cintai selama ini kerana sikap penyayangnya berubah 100%! Mana lelaki yang dia lihat di hospital dulu? Benarkah ini?

"Tu jelah yang kau tau! Tunduk kat lantai! Kau ingat aku ni apa hah?! Berapa kali aku nak cakap? Bila aku tengah cakap pandang aku! Memang sahlah kau ni bodoh! Benda yang senang macam ni pun tak boleh ingat!" Ujar Harraz yang masih bernada tinggi itu. Ingatkan balik daripada tempat kerja boleh hilangkan stressnya. Ah, tapi bila balik makin stress pula dia melihat perempuan yang dia benci itu. Perempuan di depannya ini dia akui memang tak pernah sesaat pun ingin dia mengaku isteri.

Khalisah takut-takut memandang wajah suaminya itu. Sempat dia tenung wajah suaminya itu. Bengis memang bengis namun tak dinafikan suaminya itu memang handsome.

Harraz merengus kasar. Sakit pulak hatinya apabila disuruh dipandang dirinya terus dipandang sampai tak berkelip pula.

"I want you to clean all this mess. And in 15 minutes i know dinner will serve on table! Sharp!" Selesai berkata Harraz terus beredar daripada situ. Buat panas hati je tinggal lama-lama.

Menyampah aku tengok jalang macam dia ni. Konon buat muka tak bersalah depan aku. Ingat aku bodoh sangat agaknya nak terpedaya dengan dia. Desis hati Harraz.

Sebaik saja suaminya beredar, Khalisah terus mengeluh. Inilah dia rutin hari-harinya. Dimarahi dan ditengking. Oh, boleh ditambah juga, dibenci. Tapi dia tak akan berputus asa untuk mengambil hati suaminya!

TBC
08-03-2017
Have yourself some courage.
Erra .-.

MAAFWhere stories live. Discover now