Harraz termanggu di kerusi hospital itu sementara menanti kedatangan uminya. Dia baru saja memaklumkan perkara ini kepada uminya. Baru uminya ingin bertanya lanjut dia sudah mematikan panggilan. Fikirannya kusut. Dia dalam ketakutan yang dia cipta sendiri.
Bunyi derapan kaki yang menghampiri menyentakkan Harraz. Uminya bersama adiknya menghampiri dirinya.
"Umi..." Lemah suaranya memanggil uminya.
Tengku Haslina merenung tajam anaknya.
"You better tell me everything, didnt you?"
Harraz menelan air liurnya kesat. Ya, waktu seperti ini sememangnya adalah masa yang tepat. Kalau dia tak terangkan sekarang bila lagi? Dia perlukan uminya untuk menenangkannya!
"She......"
"—your wife Tengku Harraz Firdaus?"
Harraz tertunduk lemah. Kebenaran yang susah ingin ditutupinya!
"Ya..."
Tengku Haslina sudah tergeleng sendiri. Kecil hatinya apabila anaknya sanggup merahsiakan perkara sebegini. Ini bukan perkara kecil! Ini perkara besar! Melibatkan kehidupan anaknya sendiri.
"Kenapa Harraz tak pernah bagitahu umi? Umi ni dah tak penting ke dalam hidup Harraz??" Suara Tengku Haslina sudah mula meninggi.
"Umi...bbukan macam tu. Harraz..."
"—Harraz apa?! Harraz dah terlanjur dengan dia ke? Sampai sanggup rahsiakan daripada umi!" Marah Tengku Haslina.
"Tak umi! Kami tak pernah terlanjur. Harraz...Harraz terpaksa kahwin dengan dia. In fact kitaorang, ditangkap khalwat...." Ujar Harraz takut-takut.
Tengku Haslina sudah beristighfar panjang.
"Tapi umi..sumpah, Harraz tak kenal dia pun. Walaupun dah tiga bulan kami berkahwin Harraz tak pernah sayangkan dia pun. Harraz benci dia. Dia yang rancang Harraz ditangkap khalwat agaknya.." Tuduh Harraz melulu..
Hasya yang berada disebelah uminya sudah menekup mulutnya sendiri. Abangnya tak pernah sayangkan Khalisah! Sebab itulah Khalisah panggil abangnya Tengku! Ujar Hasya di dalam hati. Keras benar hati abangnya dengan perempuan yang bernama isteri.
"Harraz jangan tuduh melulu aja! Kalau kamu berdua ditangkap khalwat sekalipun, tak semestinya dia yang rancang!" Marah Tengku Haslina.
Harraz terdiam sejenak.
"Tapi...dia bukan perempuan baik mi...."
"Diam Harraz! Umi tak pernah ajar Harraz tuduh yang bukan-bukan dekat orang lain! Lagi-lagi dia isteri kamu sendiri Harraz, kalau dia dengar mesti dia kecil hati dengan kamu. Perempuan ni sensitif Harraz. Kalau kamu tak sayangkan dia sekalipun jagalah hati dan perasaan dia. Isteri ni pun manusia biasa. Sama macam kamu, ada hati dan perasaan jugak!" Tegur Tengku Haslina.
Harraz mula membisu. Entah kenapa teguran uminya benar-benar membuatnya rasa bersalah. Bukan perempuan baik? Ah, itu biasa saja. Apa yang dia selalu katakan setiap hari pada isterinya sendiri lagi teruk! Dia bukan sekadar tak jaga hati isterinya malah dia tak hiraukan untuk jaga langsung! Tiba-tiba, rasa bersalah yang tadi tenggelam kini muncul kembali. Terbayang pula dia wajah pucat isterinya. Wajahnya lantas menjadi pucat apatah lagi ketika ini doktor yang merawat isterinya sudah keluar daripada bilik rawatan.
"Keluarga Cik Khalisah?" Sapa doktor perempuan berbangsa melayu yang merawat Khalisah itu.
"Saya ibu mertua dia.." Ujar Tengku Haslina.
"Mari ikut saya ke bilik saya. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan..." Kata doktor itu sambil mengukirkan senyuman buat Tengku Haslina.
Tengku Haslina mengikut langkah doktor itu. Sampai di bilik doktor itu baru dia perasan bahawa anaknya turut ikut bersama di belakangnya.
"Harraz duduk dengan Hasya. Biar umi je masuk..." Arah Tengku Haslina.
"Tapi mi..."
"Umi tak peduli! Kamu duduk luar saja!"
Harraz akur apabila melihat uminya sudah meninggikan suara.
10 minit menanti akhirnya Tengku Haslina keluar daripada bilik itu. Langkahnya laju menghampiri anaknya. Dan...
Ppang!
Satu tamparan hinggap di pipi Harraz. Pedih!.
Harraz sudah terkebil-kebil memandang uminya yang baru saja menamparnya.
"Umi tak sangka anak umi sanggup buat macam tu dekat isteri dia sendiri!" Ujar Tengku Haslina dengan dada yang berombak kencang. Luruh jantungnya apabila diberitahu doktor yang Khalisah mengalami kecederan luaran dan dalaman. Malah, kesan berbirat-birat dan lebam cukup untuk doktor merumuskan Khalisah didera. Dan Tengku Haslina yakin anaknya sendiri yang mendera menantunya. Yalah, kalau bukan anaknya siapa lagi? Hanya mereka berdua tinggal di banglo itu.
"Umi...kenapa tampar abang?" Tanya Hasya. Terkejut dengan uminya.
"Hasya...patut ke seorang suami dera isterinya sendiri?" Soal Tengku Haslina kepada Hasya. Hasya mula menjadi pelik.
"Tak?" Jawabnya ragu-ragu. Bukan kerana tidak tahu tapi lebih kepada pelik. Kenapa uminya menyoal soalan sebegitu?
"Tak, kan? Tapi kalau Hasya nak tahu lelaki yang Hasya panggil abang ni. Dia....dia dera isteri dia sendiri! Khalisah masuk hospital sebabkan suami dia dera dia!"
Harraz tergamam. Di sudah terduduk di lantai. Menangis lesu di situ.
Uminya dah tahu...uminya tahu segalanya. Tak guna dia sembunyikan lagi....
"Umi...Harraz mintak maaf.." Ucap Harraz. Dia sudah merayi di hadapan uminya. Orang lain yang lihat dirinya sudah tidak dipedulikan.
Tengku Haslina merengus.
"Kamu patut mintak maaf pada isteri kamu! Bukan umi Harraz! Dahlah umi nak lawat Khalisah..." Ujar Tengku Haslina.
"Harraz nak ikut umi...." Pinta Harraz.
"Tak perlu! Buat apa kamu nak lawat orang yang kamu sendiri dera? Buatnya kamu pukul lagi si Khalisah tu naya je!" Ujar Tengku Haslina selamba. Biar! Anaknya patut tahu kesalahan dirinya! Kesalahan yang anaknya lakukan terlalu besar! Dera isteri? Ah....salah dia ke kerana tidak mendidik anaknya dengan betul?
"Umi......bagilah Harraz lawat Khalisah. Harraz nak mintak maaf pada dia.....Harraz tahu kesalahan Harraz terlalu besar. Tapi, berilah Harraz peluang untuk tebus segalanya..." Harraz merayu lagi. Air matanya yang selama ini tak pernah mengalir, akhirnya mengalir juga bersaksikan umi dan adiknya. Ego yang selama ini dia junjung tinggi tika ini rendah serendahnya.
"Umi tetap tak benarkan..." Tegas Tengku Haslina berkata.
"Umi........."
Tengku Haslina mengeluh. Timbul pula rasa kasihan melihat anaknya sebegitu.
"Harraz nak jumpa Khalisah?" Tanyanya.
Harraz pantas mengangguk.
"Harraz nak jumpa Khalisah mi.. Harraz nak mintak maaf. Harraz janji Harraz takkan dera dia lagi umi..." Rayu Harraz buat sekelian kalinya.
"Kalau nk jumpa Khalisah, Harraz betulkan diri Harraz sendiri dulu...." Ujar Tengku Haslina.
"Umi..."
"Umi nak kamu jumpa pakar psikologi untuk rawat kamu. Bila kamu dah betul-betul baik, baru umi akan benarkan. Buat masa ni biar umi aja yang jaga Khalisah..."
"Tapi...."
"Muktamad. Kalau kamu taknak ikut apa yang umi cakapkan terpulanglah... Umi takkan bemarkan kamu jumpa Khalisah sampai bila-bila. Umi bukan apa, umi cuma taknak Khalisah tertekan. Kalau nak jumpa, jumpalah dia bila fikiran kamu tenang. Kalau kamu masih tak boleh terima Khalisah, umi yakin kamu akan buat balik perangai lama kamu... Sedarlah Harraz. Apa yang kamu buat ni bukan benda kecil.... Silap-silap Khalisah boleh buat aduan pada polis mengenai perkara ni..." Selesai berkata, Tengku Haslina lantas menuju ke wad Khalisah ditempatkan bersama Hasya.
Harraz terpempan. Terduduk lemah dia disitu. Kata-kata uminya cuba ditelan satu persatu.
Mungkin betul...dia perlu betulkan dirinya terlebih dahulu.
TBC
22-03-2017
Remember this👉 Pray hard and study smart 🌻
Erra .-.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1