M -17 [AKHIR]

1.8K 56 6
                                    

Pintu balkoni yang masih terbuka itu membantutkan niat Harraz daripada merebahkan tubuhnya atas katil. Dia menuju ke balkoni. Dilihatnya isteri kesayangannya masih di luar menghirup udara sejuk pada malam itu. Terus dipeluk pinggang isteri kesayangannya.

"Kenapa tak tidur lagi, hmm?" Tanya Harraz. Khalisah yang tadinya mengelamun sendiri tersentak. Dicuba untuk pusing menghadap suaminya namun kerana pelukan yang terlalu erat sang suami dia tak berjaya. Dibiarkan saja kedudukan mereka begitu.

"Saja ambik angin waktu malam. Tenangkan fikiran kejap." Ujar Khalisah.

Harraz mencium belakang kepala isterinya. Terlalu sayang dengan wanita dalam pelukannya itu.

"Lisa macam ada masalah je sampai nak tenangkan fikiran..." Balas Harraz.

Khalisah diam sejenak.

"Lisa tak ada masalah pun. Cuma Lisa fikir balik yang keadaan sekarang macam mimpi. Tak sangka Lisa akan hidup macam ni." Kata Khalisah perlahan.

"Tak sangka akan hidup macam ni? Maksud Lisa?" Tanya Harraz ingin tahu.

"Yalah.. Lisa tak sangka akan hidup macam ni. Disayangi awak, dicintai awak. Lepastu duduk dengan awak dalam rumah besar ni pulak tu sedangkan selama ni saya tak pernah bayangkan macam ni pun. Yelah lagipun...awak tau-tau jelah kan kita kahwin macam mana... Awak tak sukakan saya.."

Harraz terpana. Rasa bersalah menggasak jiwanya.

"Abang mintak maaf sebab pernah sakiti Lisa. Abang tak pandai hargai Lisa. Abang layan Lisa macam hamba... Abang—"

"Shhhhhh...nak ungkit benda lepas buat apa...."

"Tapi abang tak boleh lupakannya Lisa. Rasa bersalah ni akan abang bawa sampai abang mati"

"Lupakanlah abang. Perkara yang lepas kita kuburkan sama-sama. Perkara sekarang yang perlu kita ingat dan kumpul kenangannya.." Ujar Khalisah. Tangannya diletakkan diatas tangan suaminya

Suasana menjadi sunyi seketika.

"Sayang..." Ujar Harraz sekaligus memecahkan kesunyian.

"Hmm?"

"Macam mana sayang begitu mudah boleh maafkan abang?" Soal Harraz. Dia meleraikan pelukannya pada isterinya. Dipusingkan isterinya bagi menghadap dirinya.

Khalisah tersenyum.

"Sebab Lisa sayang abanglah..." Tutur Khalisah lembut.

Harraz mengeluh.

"Tu abang tau. Tapi...takkanlah sebab tu je?" Rungut Harraz.

"Betullah. Sebab Lisa sayangkan abang. Lagipun buat apa Lisa nak berdendam dengan abang. Lisa faham keadaan abang waktu tu. Terpaksa terima benda yang tak pernah dijangka akal memang sukar. Memanglah apa yang abang buat tu bukan benda kecil tapi abang dah tunjukkan kesungguhan untuk berubah. Itu dah cukup untuk Lisa maafkan abang..." Jelas Khalisah. Sempat dia menghadiahkan seulas senyuman yang manis buat suaminya.

"Tapi kenapa begitu mudah?" Tanya Harraz tak puas hati lagi

"Mudahlah sebab cinta. Apalah abang ni, Lisa dah bagitau pun still nak tanya lagi.."

"Abang bukan apa. Abang cuma nak jawapan yang detail je."

"Okeylah macam ni. Allah SWT pun maafkan hambaNya kenapa pulak bukan Lisa? Lagipun Lisa nak contohi sifat Rasulullah S.A.W. Tak pernah berdendam biarpun baginda sering dicaci ketika menyebarkan agama Islam. Lisa bukannya baik mana tapi Lisa cuba untuk jadi yang lebih baik hari demi hari. Berdendam ni hanya menghitamkan hati je abang.."

Harraz tersenyum mendengar jawapan isterinya.

"Bertuah abang dapat Lisa sebagai isteri abang..." Ucap Harraz.

Khalisah turut tersenyum.

"Lisa pun bertuah dapat abang sebagai suami Lisa. Lisa sayangkan abang sangat-sangat tau. Dan kalau abang nak tau Lisa dah jatuh hati dengan abang sejak kali pertama kita bertemu.."

"Kali pertama? Dekat apartment tu?" Tanya Harraz. Tangannya tika itu menyentuh pipi isterinya. Sejuk. Lalu diciumnya sekejap.

"Abang hangatkan pipi sayang abang..." Ujar Harraz selamba.

Khalisah sudah merah mukanya.

"Suka sangat ambik kesempatan." Gumam Khalisah. Tergelak saja Harraz mendengarnya.

"Okey. Lisa bagitau abang. Masa dekat apartment abang ke?"

"Taklah. Kali pertama kita jumpa kan dekat hospital." Bagitau Khalisah.

Dahi Harraz berkerut.

"Tak ingatlah tu. Adalah...masa kita terlanggar satu sama lain tu."

Dan mata Harraz terus membulat.

"Lah...! Tu Lisa ke?" Ujar Harraz kuat. Boleh dengar jiran-jiran.

"Yelah. Masa tu Lisa dah tersuka dekat abang tau tak? Cinta pandang pertamalah gitu. Tapi Lisa mula jatuh cinta masa abang ambil berat pasal adik abang tu. Okey, Lisa mintak maaf sebab tercuri dengar masa tu.." Kata Khalisah. Tersengih sebentar dia mengingati semua itu.

Harraz tergamam. Takkanlah orang yang mendermakan ginjal untuk adiknya seperti yang dikatakan oleh jururawat adalah isterinya?

"Lisa jangan cakap yang Lisa orangnya.."
Khalisah hanya tersenyum lalu tersengih. Bahunya sengaja dijungkitkan.

"Kenapa Lisa tak pernah bagitau abang perkara ni selama ni? Abang betul-betul cari orang yang dermakan organnya untuk Hasya tapi tak pernah jumpa! Rupa-rupanya orang tu ada dekat dengan abang je? Kalau abang tau benda ni lebih awal mesti abang takka–"

"Hey! Abang ni gediklah. Orang suruh lupakan, dia nak sebut lagi perkara tu." Marah Khalisah.

Harraz tergelak. Dinaikkan tangannya separas bahu.

"Okey. Janji abang takkan sebut lagi. But still, kenapa tak bagitau perkara ni?"

"Tak penting pun..." Jawab Khalisah ringkas.

"Hesy! Tak penting dia kata? Geramnya abang....!" Marah Harraz. Dicuitnya manja hidung isterinya.

"Alah abang ni. Kalau Lisa tak bagitau abang pun, abang masih sayangkan Lisa, kan?"

"Memanglah. Tapi abang rasa macam i don't deserve you..." Ujar Harraz. Dia tersenyum tawar.

"You deserved me, abang. Sebab tu sekarang kita dah bahagia macam ni. Tak lama lagi pun keluarga kita akan bertambah." Ujar Khalisah ceria.

Harraz yang tadinya berasa sedih mula teruja apabila anak dikaitkan. Dilekap tangannya pada perut isterinya. Tika itu anaknya itu bergerak. Makin terujalah dia dibuatnya. Anaknya akan lahir bulan hadapan.

"I love you my Lisa..." Ucap Harraz penuh romantis

Muka Khalisah sudah memerah. Malu!

"Love you too abang..." Balas Khalisah malu-malu. Tak mampu dia menatap wajah tampan suaminya itu.

Harraz mengambil kesempatan dengan mencium dahi isterinya.

"Jom sayang masuk. Kesian baby sejuk..." Ujar Harraz.

Khalisah menurut. Belum sempat dia melangkah masuk tibuhnya sudah dicempung oleh suaminya. Dia hanya tergelak. Dipaut lagi lengannya pada leher suaminya malah dieratkan lagi pautannya.

Tersenyum bahagia mereka. Masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain. Biarpun dulu kelihatan seperti tiada sinar bahagia buat mereka namun rancangan Allah amat cantik. Segalanya adalah rahsia sehingga ia benar-benar berlaku. Kerana hati yang bersih daripada dendam kebahagiaan datang pada Khalisah Adriana.

Belajarlah untuk memaafkan orang lain. Kerana Allah saja yang berhak menghukum hambaNya. Bukan kita manusia yang banyak noda dan dosa ini. Semoga bahagia buat Khalisah Adriana dan Tengku Harraz Firdaus selamanya.

THE END

Alhamdulillah. Tamat sudaa short story ni  😂😂
06-05-2017

MAAFWhere stories live. Discover now