M- 14

1.6K 53 5
                                    

"Umi! Dah dua minggu pun. Kenapa Harraz masih tak boleh jumpa Khalisah?!" Tanya Harraz tak puas hati. Benar, sudah dua minggu berlalu sejak Khalisah dimasukkan di hospital. Malah, Khalisah pun sudah lama keluar daripada hospital tapi kenapa uminya masih tak benarkannya melawat isterinya sendiri.

"Umi takut nanti kamu dera dia lagi." Ujar Tengku Haslina. Senang saja jawapannya. Lagipun bukan dia saja-saja, sejujurnya dia kasihan dengan Khalisah. Kenapa anaknya sendiri dera isterinya? Malu! Dia malu kerana mempunyai anak yang tak pandai hormat isteri sendiri.

"Umi, umi dah janji! Harraz dah jumpa pun doktor! Doktor kata Harraz tak ada apa-apa pun. Lagipun Harraz dah menyesal umi! Harraz tau salah Harraz! Harraz tak pandai jaga isteri sendiri! Harraz tau umi! Harraz tau! Tapi kenapa umi tak benarkan Harraz jumpa Khalisah kerana kesalahan Harraz? Harraz bukannya nak buat apa pun mi! Harraz cuma nak mintak maaf aje umi! Hanya mintak maaf umi!" Balas Harraz. Tanpa dipinta setitis air matanya jatuh. Ya Allah, sungguh dia sudah insaf! Dia sedar selama ni dia amat benci perempuan yang dinamakan Khalisah tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Tak dinafikan dia kini sudah mula menyayangi isterinya sendiri. Baru kini dia sedar bahawa ada seorang yang setia bersamanya biarpun tidak pernah dia layan dengan baik. Dan kerana kesetiaannya itu membuatkan dia menyayangi wanita itu.

"Kamu simpan jelah maaf kamu tu. Umi tarik balik kata-kata umi. Umi takkan benarkan kamu jumpa Khalisah."

"Tapi kenapa umi!?"

"Lelaki dayus tak layak bersama dengan perempuan sebaik Khalisah.." Ujar Tengku Haslina

Sudah merembes-rembes air mata Harraz keluar.

"Umi malu dengan Khalisah, Harraz! Umi malu! Anak umi yang selama ni hormatkan kaum wanita tapi bila dengan isteri sendiri...dia dera! Umi malu kamu tau tak?! Lagi-lagi bila lihat parut pada Khalisah, hati umi ni hancur Harraz! Sebab parut tu terhasil daripada perbuatan anak umi sendiri!" Jerit Tengku Haslina. Bergema villa yang dihuninya itu.

Harraz terdiam. Air matanya berhenti mengalir.Dia kemudian menarik nafas panjang.

"Baiklah umi. Lelaki dayus tak layak dengan perempuan sebaik Khalisah. Ya, Harraz memang lelaki dayus. Harraz tau Harraz salah. Semua perbuatan Harraz berdosa! Harraz tau! Dan kata-kata umi tu, maksud umi, umi nak Harraz berpisah dengan Khalisah kan? Okey, Harraz akan lepaskan Khalisah kalau itu umi dapat benarkan Harraz berjumpa Khalisah untuk mintak maaf. Harraz akan buat umi..." Ujar Harraz lirih. Tanpa menunggu kata-kata uminya lagi Harraz terus beredar daripada vila uminya. Dia terus masuk ke keretanya dan beredar daripada situ. Sepanjang pemanduannya hanya air mata yang menemaninya. Egonya sebagai lelaki sudah hanyut bersama rasa kesalnya.

******

Harraz termanggu sendirian di depan tasik itu. Suasana yang sunyi itu sedikit sebanyak memberikan ketengan keatasnya. Agak lama dia termenung sendiri sehingga azan asar berkumandang.

Dia berasa sebak. Syahdu rasanya apabila dia mendengar laungan azan itu. Sungguh selama ni dia terpesong. Memang selama ni dia masih tunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim namun itu tak sebaris dengan kelakuannya. Hipokrit! Dia memang hipokrit! Apa gunanya dia solat, bersedekah semua jika dia tak mampu menerima takdir bahawa Khalisah isterinya? Dia hukum isterinya itu seperti dia tidak menerima takdir. Sebagai seorang muslim sudah pasti di tahu rukun iman dan harus percaya keenam-enamnya tapi rukun iman yang keenam? Dari kecil disebut beriman kepada qada' dan qadar tapi tika dia menikahi Khalisah...dia lupa akan perkara itu! Allah...mana imannya?

Harraz sudah terngongoi menangis sendirian disitu. Menyesali akan segala perbuatannya. Habis saja azan berkumandang dia terus menuju ke masjid yang tak jauh daripada situ. Solat asar ditunaikan dengan penuh keinsafan.

Saat ini, dia tahu apa yang harus dia lakukan. Dia kena usaha untuk betulkan segalanya! Mungkin uminya tak benarkan dia berjumpa Khalisah tapi dia harus fikir cara lain untuk berjumpa. Dan ya, dia tahu apa!

Telefon bimbit dikeluarkan. Terus saja dia mendail nombor seseorang.

5 minit bercakap membuatkan Harraz tersenyum akhirnya. Siapa lagi kalau bukan adiknya, Hasya dia menelefon untuk meminta pertolongan.

Alhamdulillah, adiknya berjanji untuk membantunya berjumpa dengan Khalisah. Dan malam inilah malamnya!

Harraz tersenyum dalam kelat. Mungkin malam ini Khalisah akan memaafkannya dan mungkin juga Khalisah akan meminta cerai daripadanya?

Harraz mengeluh lemah. Dia harus kuat! Apa saja permintaan Khalisah akan ditunaikan kerana dia sedar semua ini salahnya. Ya, salahnya dan akan dia ingat sampai mati semua ini.

Padan muka kau Harraz.

TBC
28-03-2017
Nak berjaya usaha bukan mengeluh.
Erra .-.

MAAFWhere stories live. Discover now