M- 6

1.2K 42 0
                                    

Bunyi ketukan di pintu rumah dan suara garau terpekik memanggil seseorang menyentakkan Khalisah. Dia yang sedang makan itu segera membasuh tangannya di singki. Pinggannya hanya dibiarkan di atas meja. Yang penting dia perlu membuka pintu rumah dahulu. Kalau tidak habislah dia dikerjakan dengan suaminya.

Pintu dibuka dan gerangan seorang lelaki yang tak dikenalinya di sebelah suaminya membuatkan Khalisah terkejut. Segera ditutupnya pintu itu kembali. Berlari dia mengambil tudung sarungnya di atas meja. Lalu dia membuka kembali pintu. Dapat dirasakannya aura yang dibawa suaminya itu. Marah. Pasti suaminya marah dengan tindakannya itu tapi dia perlu menutup auratnya. Bukankah itu lagi penting?

Harraz merengus memandang wajah perempuan yang semakin hari semakin dia benci itu.

"Siapa ni, Raz?" Tanya lelaki yang bersama Harraz itu. Imran namanya.

"Maid." Ujar Harraz mudah. Tak ingin dia mengaku perempuan itu isterinya. Dia menginginkan seorang perempuan yang tinggi maruahnya dan pandai menjaga kehormatan diri. Bukan perempuan yang rendah maruahnya dan semurah perempuan yang kini isterinya. Ah, dia lebih rela telan 10 mol asid pekat hidroklorik daripada mengaku Khalisah itu isterinya.

Satu perkataan yang meluncur daripada mulut Harraz itu cukup menghancurkan hati Khalisah. Namun dia tetap mengoyakkan senyuman yang manis kepada suaminya dan kawan suaminya itu.

"Buat aku dengan kawan aku air cepat!" Arah Harraz tegas setelah dia melabuhkan punggungnya di sofa itu. Imran datang ke rumahnya kerana ingin berbincang mengenai kerja. Bukan tak boleh bincang di pejabat tapi dia rasakan badannya tak berapa sedap. Kerana itu dia lebih selesa bincang di rumahnya.

Khalisah tergesa-gesa membuat air seperti yang diarahkan. 5 minit kemudian air oren sudah siap dibancuhnya. Dua biji cawan dan sejag air oren diletakkan dalam dulang untuk dibawa ke ruang tamu. Tempat suaminya dan kawannya berbincang.

"Kau tak reti tuang sekali ke air tu!" Tengking Harraz. Terkejut Khalisah dibuatnya dan secara tak sengaja kertas-kertas yang telah disusunkan atas meja habis bersepah kerana dilanggar Khalisah.

Papp!

Tangan Harraz menepuk meja kuat. Marah betul dia dengan Khalisah yang kalut semacam itu.

"Kau kemas balik sekarang!" Dalam nada yang tinggi Harraz mengarah Khalisah mengemas kembali. Menggigil-gigil tangan Khalisah disebabkan rasa takut dan malu yang bercampur.

"Eh, tak apa. Tak apa. Saya boleh kutip." Celah Imran. Sejujurnya dia terkejut dengan kawannya itu. Selama ni Harraz amat berlembut dengan perempuan. Tapi kenapa dengan orang gajinya sendiri karakternya berubah?

"Biarlah dia kemas. Dah memang 'tugas' dia." Rungut Harraz tak puas hati. Tak suka dia apabila kawannya itu mencampur urusannya.

"Kesianlah dia. Muka penat aje aku tengok. Tak apalah, setakat kutip kertas je kan..." Ujar Imran pula.

Harraz menjeling tajam pada Khalisah. Dia rasa orang seperti Khalisah itu tak layak disimpati. Kerana perempuan seperti Khalisah itu sudah banyak diluar. Perempuan tak ada harga diri dan sanggup jatuhkan maruah sendiri kerana harta. 

Siap kau nanti. Desis hati Harraz.

TBC
13-03-2017
Sesibuk mana pun kau jangan lupa solat. Orang yg tak solat hidupnya tak diberkati Allah.
#reminderforyouwhoreadthis & #reminderformyselftoo
Erra .-.

MAAFWhere stories live. Discover now