Dengan susah payah Khalisah menyapu minyak gamat di belakang badannya itu melalui cermin. Lebam kerana dibelasah suaminya tadi.
Dia mengeluh perlahan. Sakit. Memang terlalu sakit tapi dia tak mampu melarikan diri. Dia hanya merelakan suaminya memukul dirinya andai itu dapat meredakan kemarahan suaminya. Dia tahu suaminya marah kerana kawan suaminya itu asyik mengambil berat tentang dirinya. Seusai saja kawan suaminya itu beredar terus dirinya ditolak kuat dan diterajang tanpa belas kasihan.
Tanpa disedari air matanya gugur dan menitis di tapak tangannya. Dia menyeka namun hanya sia-sia. Makin lebat lagi air matanya turun adalah.
Dia yang tadi menyapu minyak gamat di belakang badannya kini menyapu pula di kedua belah lengannya. Boleh dikatakan habis satu badannya lebam-lebam. Hanya muka saja yang tidak lebam.
Setelah selesai menyapu minyak gamat, Khalisah mengerling jam di dinding.
8.00 malam. Dah tiba masanya untuk dia menyediakan makan malam.
Khalisah keluar daripada biliknya dan menuju ke dapur. Dia hanya memanaskan lauk yang dimasaknya tengah hari tadi di dalam ketuhar gelombang mikro saja.
Makanan dihidangkan diatas meja. Dia kemudian mendaki tangga untuk ke bilik suaminya yang terletak di tingkat dua itu.
Pintu bilik diketuk.
"Tengku. Makan malam dah tersedia." Ujar Khalisah. Lima minit dia menunggu jawapan balas daripada suaminya namun hampa. Bilik suaminya itu senyap.
"Tengku! Makanan dah siap terhidang!" Ujar Khalisah lagi. Kali ini agak kuat suaranya.
Turut tiada balasan daripada suaminya itu. Namun apa yang menarik perhatiannya itu adalah bunyi orang yang terbatuk-batuk. Khalisah amati bunyi itu betul-betul.
Suaminya demam? Itulah yang disoalkan di dalam hatinya.
Dia mula menjadi risau. Pintu diketuk sebelum dia cuba bukanya. Selalunya pasti berkunci jika suaminya itu ada di dalam bilik itu. Harini tak tahu pula dia. Namun dia berharaplah pintu bilik suaminya itu tidak berkunci.
Klakk!
Alhamdulillah. Pintu bilik terbuka. Ucap Khalisah syukur dalam hatinya sendiri.
Harraz yang berselubung selimut itu sudah berulang kali batuk. Kehadiran isterinya itu ke biliknya pun tidak dihiraukannya. Ah, dia terasa tubuhnya terlalu lemah. Nak angkat kepala pun tak larat. Balasan dia ke kerana belasah isteri sendiri tadi? Eh, tak ada maknanya lah. Dia demam sebab terlalu penat bekerja. Tak dinafikan memang dari pagi tadi badannya sudah rasa sengal-sengal.
Khalisah tanpa rasa takut segera mendekati suaminya itu. Dia meraba dahi suaminya dan terus membulat matanya.
Panas!
"Tengku demam ni..." Ujar Khalisah. Harraz hanya berkerut mukanya. Tanda tak suka Khalisah ada dibiliknya. Nak halau tekaknya terasa perit untuk berkata. Maka dia hanya membiarkan saja kehadiran Khalisah di situ.
"Biar saya buatkan Tengku bubur ya? Lepastu makan ubat..." Ujar Khalisah. Dia keluar daripada bilik suaminya dan 30 minit kemudian dia kembali.
Dia mengusap perlahan pipi suaminya yang sedang tidur itu. Kerana suaminya tidurlah dia berani mengambil kesempatan.
Harraz terasa pipinya diusap lembut. Entah kenapa dia dapat merasakan dirinya disayangi. Sentuhan itu terasa hangat. Penuh dengan kasih sayang. Baru saja dia ingin menikmati lagi sentuhan itu, usapan telah berhenti. Dia terus membuka matanya dan wajah isterinya menjamah pandangannya.
Dia merengus marah. Kalau dia tak terlantar sakit ni mau ditengking habis-habisan perempuan di depannya ini.
"Tengku bukak mulut ya? Biar saya suap Tengku..." Ujar Khalisah lembut. Bubur yang panas itu ditiup dahulu sebelum disuakan sesudu kepada suaminya.
Harraz menggeleng tanda taknak. Mukanya tegang.
"Makanlah sikit..." Pujuk Khalisah lagi.
Harraz bengang. Dengan kekuatan yang masih bersisa dia menolak sudu yang disuakan Khalisah kepadanya. Habis terabur bubur itu di lengan baju Khalisah. Harraz mula menjadi pelik apabila Khalisah masih mampu tersenyum. Malah dengan tenang dia melipat lengan bajunya hingga ke siku lagi.
Harraz terpandang lengan Khalisah yang lebam itu. Dia diburu rasa bersalah. Terasa ingin ubati saja lengan itu namun apabila Khalisah kembali bersuara rasa bersalahnya lenyap. Muka Khalisah dipandangnya penuh kebencian.
"Aku taknak.." Kata Harraz dengan suaranya yang serak itu.
Khalisah tersenyum manis.
"Makanlah, sikit aje. Nanti kalau tak makan macam mana nak makan ubat? Tak nak sihat ke? Nanti kalau tak sihat Tengku kena duduk rumah. Dan bila duduk rumah Tengku kena mengadap saya je. Tengku mesti tak suka kan?" Ugut Khalisah. Saja dia menggunakan psikologi. Kerana dia tahu Harraz pasti akan makan juga kerana ingin cepat sihat.
Harraz mahu tak mahu akhirnya makan juga. Walaupun hanya lima sudu namun ia cukup melegakan hati Khalisah.
Khalisah menghulurkan dua biji panadol pula pada suaminya. Harraz tanpa apa-apa kata terus mengambil panadol itu dan ditelannya. Lalu, terus dia meneguk air suam yang diberikan oleh isterinya itu.
Khalisah berpuas hati. Kemudian dia mengemaskan selimut di badan suaminya itu pula.
"Tidur tau. Rehat puas-puas. Semoga cepat sembuh." Ucap Khalisah ikhlas. Ingin saja dia menyambung lagi dengan ayat Khalisah cintakan abang. Namun bermimpi sajalah dia. Sampai bila-bila agaknya ayat itu akan tersimpan dalam dirinya. Takkan pernah terluah kerana kebencian yang mendalam suaminya terhadap dirinya.
TBC
13-03-2017
Sometimes give up is the best option than wasting time a lot
Erra .-.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1