Suasana yang hingar-bingar di airport itu semakin membuatkan Harraz kegelisahan. Sudah berkali-kali dia menoleh ke belakang. Masa untuk masuk ke balai pelepas pun langsung tak dihiraukannya. Apa yang menarik perhatiannya kini ialah Khalisah. Patutkah dia berpatah balik? Tapi...ini keputusan uminya!
Harraz menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang lagi. Wajah uminya dan Khalisah dipandang silih berganti. Dia tak sanggup berpisah dengan Khalisah! Tak sanggup! Tapi kenapa uminya tergamak buat dia macam ni?
Harraz tekad! Dia berpatah balik. Berlari-lari anak dia kearah Khalisah lalu lantas dipeluk tubuh Khalisah tanpa sebarang amaran.
Khalisah terkejut. Namun hanya membiarkan saja.
"Umi.....please..... Harraz tak nak pergi! Harraz tak nak jauh dengan Khalisah!" Rayu Harraz. Wajahnya sendu. Ditatap muka uminya dengan mata yang berkelip.
Tengku Haslina sudah tergeleng. Mengeluh perlahan dia.
"Harraz! Pulau Perhentian tu tak jauh mana pun! Umi tak suruh Harraz pergi lama tau! 3 hari je umi suruh pergi sana tengok tapak site. Takkan tak boleh?" Ujar Tengku Haslina geram. Geli hati pun ada juga. Suruh uruskan kerja di Terengganu selama 3 hari lagaknya macam disuruh tinggal terus di sana!
"Tak nak! Harraz tak nak! Kalau umi suruh jugak Harraz nak bawak Khalisah sekali! Muktamad!" Balas Harraz lantang. Dia menyilangkan tangannya di dada dan memalingkan mukanya daripada uminya. Tanda protes.
Khalisah tertawa kecil. Tengku Haslina lagilah. Tak tau nak marah ke nak ketawa dengan anak lelaki tunggalnya tu. Umur dah 29 tahun tapi macam budak 9 tahun!
"3 hari jelah abang...bukannya 3 bulan. Abang jangan risaulah Lisa okey je. Nanti kalau rindu kita call ke skype jelah", Khalisah mencelah.
Mendengar kata Khalisah Harraz sudah memandangnya semacam.
"Lisa sanggup berpisah dengan abang? Sampai hati Lisa....Lisa tak sayangkan abang ke?" Rajuk bunyinya.
"Hish abang ni! Apa kalau Lisa sanggup berpisah dengan abang Lisa tak sayang abang eh? Abang ni macam budak-budaklah. Lisa sayang abang sangat-sangat tau. Kalau ikutkan hati Lisa pun tak nak berpisah dengan abang. Tapi ni kan abang kena kerja. Sekejap je kan.." Khalisah memujuk suami kesayangannya itu.
Harraz sudah mengeluh lemah.
"Tapi... Alah. Umi! Harraz taknak pergi! Suruhlah orang lain pergi! Rizman kan ada! Dia cuti harini. Ah, tak pun biarkan jelah Aidil dengan Asyraaf pergi berdua. Harraz tak payah. Lagipun memang tak dinafikan diorang berdua kerja bagus. Boleh percaya punya. Boleh eh umi... Harraz tak payah pergi..." Rayu Harraz.
Tengku Haslina sudah tergeleng. Macam-macam pulak perangai anaknya ini selepas berbaik dengan menantunya. Sampaikan berpisah pun tak mahu. Bila dah sayangkan...macam gini lah ragamnya.
Terlayar kembali kisah 6 bulan lalu difikiran Tengku Haslina.
"Harraz dah jumpa Khalisah kan? So, apa lagi?" Ujar Tengku Haslina yang baru muncul tika itu. Jam baru saja 9.45 malam dan entah kenapa dia terdetik ingin pulang awal. Dan apabila pulang dia ternampak kereta anaknya yang diparkir di luar rumah.
Harraz terkedu. Begitu juga Khalisah.
Harraz menghela nafas perlahan.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1