M- 3

1.1K 46 0
                                    

Khalisah melangkah dengan teragak-agak ke bangunan itu. Terus dia menuju ke lif dan ditekan butang bernombor 6. Tingkat 6 dituju.

Teringat pula dia dengan pesanan kawannya sebentar tadi.

"Apartment aku kat tingkat 6. Pintu nombor 6.."

Dan talian terus termati di situ.

Sebaik saja lif itu tiba di tingkat 6, Khalisah keluar daripada lif. Dia berjalan melewati pintu-pintu yang bernombor. Pintu bernombor 6 yang dicarinya.

Dari kedudukannya ketika ini sudah dapat dilihat pintu bernombor 6. Khalisah dengan hati yang gembira berjalan menuju ke pintu itu. Dia mula menekan loceng tapi sudah dua kali ditekannya tiada siapa yang membuka pintu.

Khalisah mengamati pintu di depannya itu betul-betul. Keningnya bertaut.

Tak kunci?

Ditolaknya pintu itu sedikit dan sah pintu itu tak berkunci.

Mungkin Ain keluar buang sampah kut. Desis hati Khalisah.

Tanpa teragak-agak, pintu ditolak dengan lebih luas untuknya masuk. Sempat matanya menangkap kelibat beberapa orang lelaki tua yang memakai jubah dan kopiah yang berada tidak jauh darinya. Khalisah berasa pelik namun hanya membiarkan saja. Dia masuk dan langsung tidak mengunci pintu itu.

Khalisah terpesona melihat hiasan dalam apartment itu. Ringkas tapi agak cantik!

Tanpa rasa bersalah Khalisah segera menghenyakkan punggungnya di sofa berwarna coklat di depannya sementara menunggu kawannya, Ain.

Hampir 20 minit juga Khalisah menunggu dia mula menjadi bosan. Selendang yang melilit kepalanya dibuka dan diletakkan diatas meja. Kardigan hitam yang dipakainya untuk menutup baju tak berlengan itu pun turut dibuka. Panas. Lagipun dia tak perlu risau tentang aurat, kawannya itu memang tinggal sendiri.

Kali ini Khalisah sudah mula penat. Matanya sudah kuyu. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat sebelum satu sergahan lelaki membuka matanya kembali.

Muka lelaki yang bengis di hadapannya dipandang tanpa berkelip.

Harraz? Lelaki yang berjaya membuatnya jatuh cinta pandang pertama? Apa dia buat di sini?

"Kau siapa?!" Kasar lelaki itu bertanya. Khalisah tersentak. Lantas baru dia tersedar yang auratnya sudah dilihat lelaki itu. Terus kalut dia mengambil tudungnya dan kardigannya di atas meja. Namun kerana rasa takut dan gementar yang teramat, dia langsung tak dapat mencapai apa-apa. Semuanya berterabur.

"Kau keluar sekarang!" Amarah Harraz mula memuncak. Khalisah diheret ke pintu.

Khalisah yang bertubuh kecil itu tak mampu melawan. Tangannya berasa sakit kerana digenggam oleh Harraz kuat.

Harraz membuka pintu rumahnya dan menolak Khalisah keluar. Khalisah menarik tangannya kuat ketika itu. Harraz yang belum bersedia itu terdorong kearah Khalisah. Badannya dan Khalisah melekat dan kerana kesan inersia yang tinggi kepalanya menghampiri kepala Khalisah. Secara tak sengaja bibir mereka bertemu.

"Astaghfirullah al adzim..." Tegur seorang lelaki tua berkopiah yang dalam lingkungan 50-an itu. Dibelakangnya terdapat 3 orang lelaki lebih kurang sama umur dengannya.

Khalisah tergamam. Begitu juga Harraz. Apatah lagi mereka semua berkopiah. Takkanlah....

*****

"Aku terima nikahnya Khalisah Adriana binti Aizat dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai." Selesai lafaz itu dituturkan 3 orang saksi yang lain mengangguk serentak.

Lafaz akad itu sah. Ini bermakna Tengku Harraz Firdaus dan Khalisah Adriana sudah sah bergelar suami isteri. Pada hari ini, di saat ini, di dalam pejabat agama mereka berdua disatukan.

Harraz memandang Khalisah dengan penuh aura kebencian. Di fikirannya kini hanya kebencian terhadap Khalisah yang menguasai.

Perempuan ni..mesti sengaja nak jatuhkan maruah aku! Marah Harraz dalam hati.

Dadanya berombak laju. Tiba-tiba dia tersenyum memandang Khalisah. Bukan senyuman yang manis tapi sinis. Senyuman itu mempunyai makna yang tersirat.

Harraz menarik tangan Khalisah kasar keluar daripada pejabat agama dan terus menuju ke keretanya.

"Kau perempuan murahan kena bayar balik apa yang kau dah buat ni!" Tengking Harraz tanpa mempedulikan orang lain. Dia ingin membalas dendam! Dia tahu, pasti perempuan ni ada agenda tersendiri. Mungkin ingin menjatuhkannya.

Khalisah yang sudah ketakutan itu segera menurut masuk ke dalam kereta lelaki yang baru bergelar suaminya apabila ditolak kasar ke dalam kereta. Dia tak mampu kata apa-apa. Bukan dia tak cuba jelaskan namun lelaki itu langsung tak mahu dengar.

"Aku benci perempuan tak ada maruah macam kau!" Sebaik saja kata itu dikatakan, Harraz segera memandu keretanya meninggalkan pejabat agama itu. Tak peduli ingin berlembut dengan wanita itu walaupun dia memang amat menghormati wanita selama ini. Ah, perlu ke hormat wanita yang nak jatuhkan diri kau sendiri? Akalnya berkata. Dan Harraz pun turut bersetuju. 

Aku kena ajar perempuan macam ni cukup-cukup! Kerana dia, maruah aku sebagai seorang bussinessman tercalar! Bisik hati jahat Harraz.

Khalisah hanya terdiam. Apa yang akan terjadi dengan dirinya selepas ini?

TBC
06-03-2017
Be grateful for everything that you have 😉
Erra .-.

MAAFWhere stories live. Discover now