"Woi!" Harraz memanggil Khalisah yang masih tak sedarkan diri di dalam biliknya itu. Sudah seharian dia biarkan isterinya di lantai yang sejuk itu.
Apabila tiada balasan daripada Khalisah, Harraz menyepak perlahan pula badan Khalisah. Turut tiada jawapan.
Harraz mula cuak.
"Eh, perempuan! Bangunlah!" Panggil Harraz lagi. Dia mencangkung di depan Khalisah dan menggoncang tubuh Khalisah.
"Khalisah Adriana!" Disebut juga nama isterinya yang sepanjang perkahwinannya tak pernah disebut langsung. Namun hampa. Turut tiada jawapan.
Dia dah mati ke? Soal hati Harraz. Wajahnya sudah berubah pucat. Dengan pantas telefon diambil dan didail nombor kawan rapatnya, Arif yang merupakan seorang doktor.
Harraz bermundar-mandir sementara menunggu kawannya datang. Dia sudah tak senang duduk. Bimbang jika perlakuannya semalam menyebabkan Khalisah mati. Ini bermakna dia sudah menjadi seorang pembunuh! Dia bukan pembunuh! Bukan! Ah, sungguh dia takut tika ini.
Harraz sudah menggigil ketakutan sendiri. Khalisah yang tadi terbaring di lantai sudah diletakkan atas katil. Entah kenapa tika ini perasaan bersalah bertandang di hatinya. Wajah Khalisah yang pucat tidak bermaya itu mengusik jiwanya. Perasaan kasihan yang langsung tidak dibenarkan hadir di hatinya sebelum ini hanya dibiarkan. Kala ini dia seperti tersedar dengan segala-galanya.
Bunyi loceng bergema di dalam rumah banglo itu. Harraz yang terdengar bunyi loceng itu segera membuka pintu. Kawannya sudah sampai!
"Apa yang emergency nya ni?" Ujar Arif terlebih dahulu. Dia yang baru sampai di kliniknya terkejut apabila Harraz menelefonnya dan memberitahu ada emergency yang memerlukan bantuannya.
Harraz yang berwajah pucat itu hanya diam membisu. Dia hanya menarik lengan Arif dan membawanya ke biliknya.
Arif terkejut.
"Siapa wanita ni?" Soalnya.
"Kau tengokkan dia please! Dia dah mati ke?" Harraz berkata dengan nada yang lemah. Ketakutan sudah menyelubungi dirinya.
"Dia siapa?" Arif cuba bertanya lagi sambil merawat Khalisah. Sungguh dia terkejut dengan keadaan perempuan di atas katil itu. Dahi perempuan itu mempunyai darah kering. Lengannya berbirat begitu juga dan kaki. Dan apabila diselakkan sedikit bajunya, badannya turut berbirat. Kes dera?
"Wehh Harraz. Kau jangan main-main dengan aku. Siapa perempuan ni? Ni kes dera tau tak!?" Ujar Arif dengan suara yang sedikit meninggi.
Harraz masih membisu. Entah kenapa dia tak mampu menjawab pertanyaan kawannya. Patutkah dia katakan perempuan itu isterinya? Tapi, apa pula kata kawannya nanti? Dia akan dikatakan kaki pukul. Eh, tapi bukan kau kaki pukul ke? Hari-hari kau pukul isteri kau. Akalnya pula berkata.
Harraz kembali menggigil. Pelik Arif dibuatnya.
"Raz...kau dah kenapa?" Soal Arif. Wajah kawannya sudah pucat.
"D—dia.....isteri aku.." Ujar Harraz. Dan tika itu air mata mengalir di pipinya.
Arif terkedu.
"Betul ke ni? Kau ke yang dera isteri kau sendiri!?" Tanya Arif. Terkejut dia dengan pengakuan kawannya itu.
Pertanyaan Arif tidak Harraz jawab. Air matanya masih mengalir di pipinya tanpa henti. Rasa bersalah begitu menggasak di dalam dirinya.
Arif sudah tergeleng kepala. Dia kembali ke sisi perempuan yang di dakwa isteri kawannya. Stetoskop di dalam begnya dikeluarkan. Dia merasa nadi Khalisah.
"Ya Allah! Harraz! Kita kena bawak isteri kau pergi hospital! Nadi dia terlalu lemah!"
Kata-kata itu menyentakkan Harraz. Dia dengan segera terus mencempung tubuh isterinya dan dibawa ke keretanya. Kerana dirinya yang tidak boleh fokus, Arif yang memandu keretanya ke hospital.
Sungguh dia rasa bersalah dengan isterinya! Bagaimana kalau isterinya itu tidak mampu diselamatkan? Pasti dia akan berasa bersalah seumur hidupnya!
Ya Allah! Kenapalah dia bertindak sejauh itu? Mana imannya? Umi...! Dia perlukan uminya sekarang! Dia takut! Terlalu takut!
TBC
20-03-2017
Manusia yang angkuh adalah manusia yang tak pernah nak mengaku kelemahan diri.
Erra .-.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1