Badannya masih terasa bisa-bisa lagi walaupun sudah tiga hari berlalu. Suaminya sekarang langsung tidak melayannya. Segala yang disediakan langsung tak dihiraukan. Senang cerita dia dianggap seperti tidak wujud.
Hati yang lara cuba diceriakan. Khalisah ternyanyi-nyanyi kecil lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nur Faizah. Penangan cerita 7 Hari Mencintaiku. Baik novel mahupun cerita dua-dua dia baca dan tonton. Dalam hati, turut terasa ingin memiliki seorang suami seperti Khuzairi, watak di dalam cerita itu.
Sedang asyik dia menyanyi sambil mengelap tingkap, loceng rumah berbunyi. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati untuk membukanya.
Sudah tiga kali loceng berbunyi akhirnya dia mengalah. Pintu rumah dibuka juga.
Khalisah terkejut melihat tetamu yang datang itu.
Hasya? Dan.....
"Assalamualaikum. Auntie umi Hasya..." Sapa wanita yang bersama Hasya itu. Khalisah sudah terpempam.
"Waalaikumussalam puan. Puan nak jumpa Tengku, ya?" Ujar Khalisah dengan sopan. Sebelum itu disalamnya dahulu ibu mertuanya.
Ibu mertua Khalisah atau namanya Tengku Haslina tersenyum melihat Khalisah. Benar apa yang dikatakan anaknya itu. Orang gaji anak sulungnya begitu muda. Ini benar mendatangkan rasa curiga kepadanya.
"Panggil auntie je Khalisah. Takpayah berpuan-puan. Auntie datang ni bukan nak jumpa Harraz. Saja nak jumpa Khalisah.." Tutur Tengku Haslina. Mereka terus masuk ke dalam rumah.
"Jemputlah duduk dulu pu—auntie....Biar saya buat air dulu..." Pamit Khalisah.
Namun Tengku Haslina pantas menghalang.
"Duduk Khalisah. Sebenarnya auntie ada benda nak bincang dengan Khalisah..." Kata-kata Tengku Haslina membuatkan Khalisah cuak.
"A...apa dia auntie?" Soal Khalisah.
"Auntie tak rasa Khalisah ni orang gaji Harraz"
Khalisah menelan air liurnya kesat. Terasa pahit pula air liurnya ketika ini.
"Saya memang orang gaji Tengku auntie..." Suara Khalisah perlahan. Gentar untuk memandang wajah Tengku Haslina dan Hasya ketika ini maka, dia hanya menunduk ke lantai.
"Auntie kenal anak auntie...dia tak akan senang-senang benarkan seorang perempuan duduk di rumahnya. Berdua pulak tu. Dan Khalisah pulak masih muda. Auntie bukan apa tapi auntie kena tahu jugak kalau ada apa-apa." Jelas Tengku Haslina.
Khalisah kelu untuk berkata-kata.
"Khalisah jujur dengan auntie. Khalisah ni isteri Harraz ke?" Tebak Tengku Haslina.
Tangan Khalisah sudah menjadi sejuk. Ruangan ruang tamu dirasakan sejuk sekali biarpun penghawa dingin tidak dipasang.
"Or worst....Khalisah ni perempuan simpanan Harraz? Tapi auntie yakin anak auntie tak buat macam tu. Dari kecik auntie dan arwah suami auntie dah berikan ilmu agama yang cukup kepada Harraz..."
Kali ini terasa nafasnya pula tercungap-cungap. Jantungnya mengepam darah dengan laju seolah-olah sedang berespirasi anaerob. Hormon adrenalina yang terlebih tinggi rembesannya menyebabkan nafas Khalisah sudah tidak sekata.
"Akak ni isteri abang Harraz ke?" Kali ini Hasya pula bertanya.
Khalisah menarik nafas dengan dalam.
"Saya orang gaji. Betul. Hanya orang gaji." Dalam gentar Khalisah menjawab.
Tengku Haslina hanya mengangguk kecil. Raut wajah Khalisah cukup dia tahu. Walaupun Khalisah tidak mahu mengaku, namun dia sudah tahu kebenarannya. Dan dia perlu menyoalkan perkara ini kepada anaknya.
Setelah diam beberapa lama akhirnya dia meminta diri.
TBC
14-03-2017
Nervousness hit me badly 😓
Erra .-.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1