"Tengku nak saya tolong?" Tanya Khalisah kepada Harraz yang sibuk mengikat tali leher itu. Nampak terkial-kial suaminya mengikat tali leher. Dan tak silap dia, kali ini sudah masuk kali keempat suaminya membuka simpulan yang dia sendiri buat.
Masuk kali ketujuh akhirnya Harraz mengalah.
"Sinilah. Kata nak tolong tadi!" Bentak Harraz. Terkedek-kedek Khalisah lari menuju kearah suaminya.
Khalisah mendekati suaminya dan mengikat tali leher dengan berhati-hati. Tak sampai seminit dia sudah selesai. Dia mengoyakkan senyuman yang manis buat suaminya.
Harraz terkedu melihat senyuman isterinya itu. Bagaimana isterinya masih mampu tahan dengan dirinya yang selama ini menyeksa isterinya itu? Rasa bersalah menjelma namun Harraz bijak mengawalnya. Lantas diusir perasaan tidak enak itu.
"Kain dia licin. Susah aku nak ikat." Ujar Harraz ego. Bukan nak ucap terima kasih namun diberi alasan kononnya dia sebenarnya tak perlukan pertolongan isterinya langsung.
Harraz menuju ke dapur untuk bersarapan. Nasi goreng yang dimasak oleh isterinya dimakan sehingga habis.
Khalisah setia menemani suaminya hingga habis makan. Memang itu peraturan apabila suaminya sedang makan. Dia kena berdiri di samping suaminya sehingga suaminya habis makan. Berdiri ya. Duduk langsung tak dibenarkan. Kata suaminya dia jijik nak makan dengan perempuan tak ada maruah sepertinya. Pedih hatinya namun lama-kelamaan dia sudah biasa. Dilupakan aja kata suaminya itu.
Selesai makan, Harraz terus beredar pergi. Khalisah hanya mampu menghantar pemergian suaminya dengan pandangan mata aja. Teringin sekali sebenarnya dia untuk menyalam tangan suaminya setiap kali suaminya pergi. Tapi, macam biasalah. Angan-angan sajalah.
******
Khalisah yang sedang memotong sayur itu terhenti kerjanya. Loceng pintu yang berbunyi membuatnya pelik. Jam baru pukul 1 tapi takkan suaminya dah balik?
Dia akhirnya bangun juga untuk membuka pintu. Manalah tahu suaminya sudah pulang. Mahu naya dia dikerjakan.
Pintu dibuka dan seorang perempuan muda yang cantik bertudung menjamah pandangannya. Air liurnya ditelan kesat.
Perempun muda itu...
Ya, dia adik Harraz. Perempuan yang terlantar sakit di hospital dulu. Wajahnya ceria, ini bermakna dia sudah sihat?
Khalisah berasa lega. Tak sangka ginjal yang didermakannya dulu kepada wanita ini diterima oleh badan.
"Awak orang gaji dekat rumah ni ke?" Tanya perempuan muda itu.
Khalisah hanya mengangguk. Takkan dia nak mengaku dia isteri Tengku Harraz Firdaus pula. Mau suaminya balik nanti dia yang kena.
"Saya datang sini nak jumpa abang saya. Abang tak ada ke?" Tanya perempuan muda itu. Tengku Hasya Mardiah namanya.
"Adik Tengku?" Soal Khalisah sengaja.
Hasya mengangguk. Pasti orang gaji baru abangnya. Tapi dia agak pelik. Selama dua tahun abangnya duduk sendiri, abangnya tak pernah ambil orang gaji. Dan yang lagi pelik kenapa wanita muda yang diambil abangnya? Atau...abangnya ada hubungan dengan wanita ini? Wanita simpanan abangnya ke?
Hasya tergeleng sendiri apabila dia sudah mula berfikiran negatif. Naik pelik Khalisah dibuatnya apabila Hasya tiba-tiba menggelengkan kepalanya.
"Jemputlah masuk dulu. Tapi saya tak tahulah bila Tengku balik.." Tutur Khalisah sopan.
"Saya telefon abanglah bagitau dia dah sampai. Tadi pagi dah cakap dengan dia tapi mesti dia lupa tu." Ujar Hasya pula. Dia membuka kasutnya dan masuk ke dalam rumah banglo abangnya itu. Rumah banglo ni baru saja abang beli dengan pakciknya. Pelik juga dia.
Hampir setengah jam menunggu, akhirnya Harraz sampai di rumah. Tersenyum saja wajahnya ketika melihat adiknya itu. Khalisah yang melihat hanya mampu tersenyum tipis. Bertambah pedih hatinya kerana selama ini tak pernah langsung suaminya senyum begitu.
Hasya dipeluk erat oleh Harraz. Lagaknya macam sudah bertahun tidak berjumpa.
Khalisah yang ketika itu ingin menghantar air tersenyum kelat. Suaminya memang abang yang penyayang. Lihat ajalah betapa erat dia memeluk adiknya. Malah siap memimpin adiknya untuk duduk di sofa lagi.
Kenapalah dia hanya abang yang penyayang, bukan suami yang penyayang? Tanpa sedar, hatinya yang masih terluka kini kembali mengalir darahnya.
TBC
13-03-2017
Time flew very fast nonstop 🍃
Erra .-.
YOU ARE READING
MAAF
Short StoryJiwa yang terseksa memudarkan perasaan cinta. Akan adakah peluang kedua disaat perkataan maaf dituturkan? Cerita pendek erraexo 🍃 Siri 1