Bab 2

9.7K 333 0
                                    

Leonard melangkah masuk ke dalam syarikat Xander itu dengan penuh yakin. Sebagai kawan rapat pada Alexander membuat hidupnya begitu bebas.

"Hai, Leo!" Sapa gadis di tempat penyambut tetamu.

Leonard senyum lebar. Dia berdiri di depan pintu lif. Lambat pulak pintu lif ni nak buka! Desis hati Leonard. Maklumlah dia khuatir ada gadis yang mengedik dengannya.

Pintu lif akhirnya terbuka. Laju sahaja dia masuk lalu menekan punat 20. Namun kala pintu lif tertutup ada tangan seseorang menahannya. Leonard merengus.

"Hai...sorry!" Tegur gadis itu lalu melangkah masuk.

Leonard menekan punat 20 sekali lagi. Gadis tadi tidak dihiraukan. Bukannya ada apa-apa dengan dia.

"Leo, Alex ada tak?" Tanya gadis itu.

Leonard hanya diam. Nak tegur buat apa! Malas...pintu lif terbuka akhirnya. Laju kakinya melangkah keluar dari situ meninggalkan gadis itu di belakang.

"Alex, your ex datang cari kau!" Kata Leonard bila masuk ke dalam bilik kerja Alexander.

Alexander tidak terkejut. Malah dia berasa marah. Perempuan tak pandai malu! Waktu itulah gadis tadi muncul dengan senyuman manis.

"Hai, Lex! Nice to meet you..." sapa gadis itu begitu gembira.

Alexander senyum sinis. Dia kembali menyambung kerjanya tanpa menghiraukan gadis yang berdiri di hadapannya itu. Leonard sudah lama meninggalkan mereka di situ.

"Alex, I know you still love me...So, that's why I datang jumpa you hari ni,"

"I dah lupakan you dalam hidup I sejak hari you curang dengan I, Eileen...You know what I don't like wasting my time over you...Perkara dah berlalu dah basi pun!" Kata Alexander.

"Tapi I tak percaya! Buktikan yang you dah tak sukakan I? I tengok you masih single je..." balas Eileen tidak mahu mengalah.

"I single tak bermaksud I masih cintakan you...Cetek sungguh fikiran you sama macam perempuan kat luar sana tu! Lebih baik kau blah sebelum aku panggil security aku untuk halau kau keluar dari sini!" Jerkah Alexander di hujung ayatnya itu.

Eileen mendengus kasar. Alexander pula melemparkan senyuman sinis.

"I akan datang lagi esok! For your information, I akan buat you jatuh cinta dengan I semula..."

"Oh, I will see the progress then," perli Alexander bersama senyum kemenangan bila gadis itu menghentak kakinya tanda geram dipermainkan begitu.

"Aku nak kata ni pada kau...cuba kau cermin diri kau tu sebelum nak pikat aku balik!"

Eileen merajuk lalu keluar dari pejabat Alexander dengan menghentak kakinya ke lantai. Kalau hari-hari dia datang mengacau habis retaklah lantai officenya nanti. Huh!

"Apasal dia jumpa kau, Lex?" Soal Leonard yang baru masuk.

"Peninglah aku dengan perempuan masa ni! Tak reti bahasa pulak!" Rungut Alexander lalu menghempas pennya di atas meja.

"Maksud kau?" Tanya Leonard sambil melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan meja kawannya itu.

"Dia datang tadi nak aku go back dengan dia. Aku cakap aku tak nak. Lepas tu dia cakap aku ni masih suka dengan dia, nak muntah pulak aku dengar! Kau tau lagi tadi dia nak pikat aku balik. Aku perlilah dia suruh balik rumah tengok cermin. Tu yang buat dia geram tadi hentak kaki tu. Kalau dia datang esok alamat retak jugak lantai office aku ni," cerita Alexander dengan reaksi meluat dengan Eileen tadi.

"Tapikan, bro...tak salahkan kalau kau bagi dia peluang kedua? Aku dengar dia dah putus dengan kekasihnya tu. Mungkin sebab tu kut dia nak kau semula," cadang Leonard sambil memandang pada Alexander.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now