Bab 26

5.4K 171 0
                                    

Florence melangkah masuk ke dalam wad Alexander. Scarlet menantinya di luar. Entah sejak kemarin, Scarlet seakan beria-ria mahu menemaninya menjenguk Alexander di hospital itu.

Katil Alexander dihampiri...Ternyata Alexander sedang menantinya. Florence melemparkan senyuman lalu mengenggam jari jemari lelaki itu.

"Alex, awak dah makan ke?" Tanya Florence sekadar basa-basi. Maklumlah dirinya berada kekok sekali bila berduaan dengan Alexander.

"Florence..." panggil Alexander perlahan. Florence senyum...

"Jawab soalan saya tadi," pinta Florence.

Alexander angguk.

"Good! Sekarang ni saya nak tanya awak banyak perkara. Kalau awak tak dapat jawab bagitau saya...at least awak bagi signal dekat saya pun tak apa," kata Florence sambil merenung mata lelaki itu.

"Saya nak tanya Casey mana? Kenapa dia tak jenguk awak dekat sini?" Soal Florence bila perasan Casey tidak menjenguk Alexander. Dia pun sangat merindui ibu angkatnya itu...

"...Casey dah meninggal..." jawab Alexander perlahan namun matanya mula digenangi dengan air mata. Florence terkejut! Air mata ditahan sedaya mungkin.

"B-bila? Dia sakit ke?" Soal Florence dengan suaranya bergetar menahan tangis.

Alexander diam...namun matanya terarah pada Florence yang sudah mengalirkan air mata di pipi. Cepat tangannya mengesat air mata itu sambil mengusap lembut pipi gadis itu.

"Tolong bagitau saya, Alex..." rayu Florence begitu mahu tahu.

Alexander memberi sign menggunakan tangannya menandakan dia tidak mahu cerita. Tapi kenapa? Florence melepaskan tangisnya...mama, ampunkan Florence sebab tak jenguk mama...

"Jangan sedih..." pinta Alexander.

Florence tidak berhenti menangis. Alexander tidak tahu nak buat apa lalu laju tangannya mencapai buku tulis bersama pen. Dia menulis sesuatu lalu dilihatkan pada gadis itu. Florence terkedu.

Casey pergi sejak awak pergi tinggalkan saya...saya kehilangan dua orang yang saya sayangi dan cintai. Dia sakit tua sebab tu dia tak larat dah. Sebelum dia pergi, dia bagitau saya sesuatu...

"Apa dia cakap?" Soal Florence begitu pantas.

Alexander menulis lagi...siap sahaja dia lihatkan pada Florence.

Casey sayangkan awak sangat-sangat...dia cakap dia harap awak temukan kebahagiaan awak di dunia ni.

"Kalau saya tak pergi hari tu, saya tak akan kehilangan mama..." keluh Florence bersama linangan air mata di pipi. Namun cepat dikesat bila Alexander memerhatikannya.

"Saya nak tanya...syarikat awak siapa yang jaga?" Tanya Florence lagi.

Alexander diam. Kenapa lelaki itu tidak mahu mengeluarkan suaranya? Florence menanti...Alexander mula menulis.

Saya ada syarikat ke?!

Florence terkejut lagi. Wajah Alexander ditatap kebingungan. Apa dah jadi dengan memori lelaki itu?

"Awak memang ada syarikat...nama syarikat tu syarikat Xander. Syarikat tu awak yang usahakan sendiri semenjak..."

"Semenjak apa?" Tanya Alexander ternanti dia meneruskan katanya tadi.

"Awak ingat tak orang tua awak?" Florence menyoal tanpa henti.

Alexander angguk kecil. Florence menarik nafas lega.

"Kenapa awak tak ingat pada syarikat awak tu?"

Alexander menulis lagi. Florence menanti.

Saya betul-betul tak ingat...dalam fikiran saya sekarang ni saya cuma ingat awak je...setiap masa saya akan ingat awak...

Florence telan air liur. Apasal pulak Alexander hanya ingat pada dia sahaja? Florence mula tidak selesa bila mata lelaki itu terus merenungnya...

"Saya rasa dah cukup kut saya soal awak hari ni...esok saya akan tanya lagi soalan yang lain. Okeylah kalau macam tu saya balik dulu," kata Florence cuba berlagak tenang.

Florence bingkas bangun. Dia sempat senyum sebelum dia berpaling.

"Saya cintakan awak, Florence..."

Langkah Florence terhenti di situ. Dia dapat dengar dengan jelas lagi Alexander mengungkapkan rasa cintanya pada dirinya.

.....

"Kenapa kau ambil gambar Kawan aku?" Tegur Florence bila ternampak Scarlet menangkap gambar Alexander tadi.

Scarlet kalut lalu menyembunyikan Alcatel di belakangnya. Dia senyum kelat bila terpandangkan wajah serius Florence di depannya.

"Mana ada! Aku ambil selfie akulah..." balas Scarlet dengan rasa gemuruh tiba-tiba.

Florence datang menghampirinya dengan wajah menakutkan. Scarlet mula rasa takut sekiranya Florence tahu agendanya datang ke situ.

"Kau kenal Alexander ke?" Soal Florence sambil merenung mata kawannya itu.

"Tak kenal! Apasal kau tanya aku?"

"Aku pelik dengan kelakuan kau kebelakangan ni...betul ke kau tak ambil gambar Alexander?" Soal Florence untuk ke sekian kali.

"Betullah!" Jawab Scarlet laju.

Florence senyum nipis. Scarlet pula rasa hampir nak meletup sahaja jantungnya di dalam.

"Jomlah kita balik!" Ajak Florence.

Scarlet senyum...nafas lega dilepaskan. Dia mengekori langkah Florence pergi dari bangunan hospital itu. Tapi dia senyum puas bila dapat mengambil gambar Alexander. Esok hari pasti kecoh!

.....

"Florence!" Panggil Eileen yang baru tiba di bangunan hospital itu bersama Leonard di sisinya.

Florence menoleh lalu tersenyum pada mereka. Scarlet di sebelahnya mula berasa takut berganda kali. Tambah lagi bila terpandangkan Eileen.

"Awak baru habis jenguk Alex ke?" Tanya Eileen begitu ramah.

"Dah tadi. Ni nak balik!" Jawab Florence.

Leonard memandang pada Scarlet...terasa begitu familiar sekali dengan wajah itu, tapi di mana? Eileen juga turut memandang pada Scarlet yang sudah pucat lesi!

"Oh, kenalkan ni Scarlet, kawan saya...Scarlet, ni Eileen dan sebelah dia ni husband dia, Leonard namanya," Florence memperkenalkan mereka dengan senang hati.

"Husband?!" Soal Scarlet pelik memandang pada Eileen.

"Saya dah kahwin beberapa tahun lepas...dan awak mesti PA..." kata-kata Eileen terhenti di situ bila Scarlet cukup pantas memintas.

"Jomlah Florence kita balik!" Kata Scarlet cuba mengelak untuk bercakap dengan Eileen.

"Okeylah, saya balik dulu!" Kata Florence pada Eileen dan Leonard.

Scarlet cepat beredar di situ. Florence mengekorinya dari belakang.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now