Mereka keluar dari teksi ketika betul-betul berhenti di depan rumah agam dua tingkat itu. Besar seakan pemilik rumah itu seorang jutawan terkaya. Florence melihat segala gerak-geri Alexander yang begitu terpegun rumah besar itu.
"Jom kita masuk!" Ajak Florence lalu menarik tangan Alexander masuk ke dalam rumah tersebut. Di belakang seorang jururawat bersama beg di bahunya turut mengekori mereka untuk memastikan Alexander tidak bertindak di luar jangkaaan. Itulah apa yang doktor Nicole terangkan padanya.
"Rumah siapa?!" Soal Alexander dengan wajahnya tercenggang.
"Ni...lah rumah awak, Alex. Saya tau awak tak percaya tapi ni memang betul-betul rumah awak sampai sekarang masih di bawah nama awak. Saya tau awak keliru tapi saya bawa awak ke sini sebab saya nak awak ingat segala memori lama awak..." jelas Florence dengan pandangan redup memandang Alexander yang sepertinya tidak percaya.
"Saya kaya ke sampai saya tinggal dalam rumah besar ni?" Soal Alexander lagi sambil tangannya mula menyentuh pasu-pasu bunga di ruang tamu itu.
"Awak memang kaya, seorang jutawan muda! Alex, saya nak bawa awak ke bilik awak...awak mungkin keliru tapi ni lah kenyataan. Jom kita naik atas,"
Mereka naik ke atas. Alexander dari tadi terus terpegun dengan keindahan rumah itu. Mereka masuk ke dalam bilik yang dirinya tidak pasti tapi dia seakan mula teringat sesuatu tentang bilik itu.
Alexander memandang pada cermin besar di depannya itu. Begitu lama lalu dia memandang pada katil saiz king itu. Entah mengapa dia bagai tidak percaya. Dia tidak percaya dia selama ini hidup dalam kemewahan. Dia fikir semua itu cuma mimpi...
"Alex, awak dah mula ingat ke?" Tanya Florence lembut yang berdiri tidak jauh dari lelaki itu.
"Biarkan saya bersendirian dekat sini..." pinta Alexander sekalipun tidak memandang ke arah Florence.
Florence akur. Dia melangkah keluar bersama jururawat tadi. Mereka menunggu di ruang tamu atas. Mereka khuatir sekiranya Alexander bertindak di luar dugaan. Tambah lagi kalau lelaki itu berniat mahu melarikan diri.
"Jangan khuatir, nurse. Saya percaya dia akan baik-baik je!" Kata Florence dengan senyuman diberikan pada jururawat yang mula gelisah itu.
Florence setia menanti. Matanya meliar memandang keadaan rumah itu. Dia berjalan menghampiri pagar tingkat itu lalu matanya memandang ke bawah. Dari situ dia boleh tengok ruang tamu bawah yang banyak menyaksikan segala kenangan di antara dia dan Alexander. Tanpa disedarinya air mata jernih mengalir keluar dari tubir matanya...
"Florence..." panggil Alexander.
Florence cepat mengesat air matanya di pipi sebelum dia menoleh memandang pada lelaki itu. Dia mengukir senyum pada Alexander yang berjalan menghampirinya. Dia tidak sedar bila masa lelaki itu berdiri di hadapannya. Tangannya digenggam erat...
"Awak lepas nangis ke?"
Florence cepat melarikan pandangan matanya ke tempat lain. Dia membisu. Tidak juga dia membalas pertanyaan lelaki itu tadi.
"Pandang saya..."
"Kalau saya pandang awak, semuanya takkan sama seperti dulu...Alex, saya muncul dalam hidup awak ni sebab saya nak tengok awak sembuh je,"
"Kalau awak nak tengok saya sembuh, saya akan cuba sembuh. Tapi saya nak awak selalu ada di sisi saya setiap masa...saya dah ingat semuanya apa yang selama ni saya cuba lupakan sebab saya tak dapat nak bezakan mana satu realiti dan mana satu mimpi saya...semuanya menyakitkan saya," luah Alexander dengan air mata yang sudah bergenang merenung Florence.
"Alex, ni realiti awak...selama ni awak hidup dalam realiti awak. Semuanya bukan mimpi," terang Florence cuba menyakinkan lelaki itu.
Alexander pantas menyeka air mata di pipinya. Pandangan matanya mula liar memandang seluruh dalam rumah itu. Seakan kenanan mengamit dirinya untuk memerhati setiap oenjuru rumah itu. Setiap tempat dia nampak bayang Florence yang sangat dirinduinya.
"Saya ingat lagi waktu tu saya marah...dekat awak. Saya emosi sangat masa tu...tak sangkakan masa tu memang realiti saya. Saya marah dan terus marah sebab otak saya seakan menghasut saya. Masa tu kepala saya rasa nak pecah je!" Luah Alexander bila pandangannya tertumpu pada ruang tamu di bawah.
Florence masih ingat ketika itu. Alexander marah sangat sebab dia keluar dengan Leonard. Dia terpaksa masa itu sebab dah janji. Segala barang tidak tentu arah dan dia yang menyusunnya semula. Semua sebab salah dia.
"Maafkan saya...saya dah tuduh awak curang dengan saya...saya terlalu percayakan orang lain daripada awak...Florence, jikalau saya betul-betul sembuh lepas ni, sudi tak awak terima saya semula?"
Florence diam. Dengan apa yang Alexander lakukan terhadapnya dulu, tidak mungkin dia memaafkan lelaki itu dengan begitu mudah. Dia memang masih mencintai lelaki itu tapi keadaan mereka dah berubah seiring dengan masa yang berlalu. Hati siapa yang tidak pedih bila dituduh di atas kesalahan yang kita tidak buat langsung?
"Saya tak janji..." ucap Florence perlahan lalu cepat dia menjauhkan diri dari Alexander.
"Alexander, silakan duduk sekarang. Saya nak periksa keadaan awak..." arah jururawat itu.
Alexander melepaskan keluhan. Dia duduk di atas sofa itu. Sempat lagi matanya melirik pada Florence yang ketika itu turut memandang ke arahnya. Namun cepat sekali gadis itu melarikan pandangannya. Jururawat tadi mula memeriksa dirinya. Satu suntikan diberikan padanya membuat dirinya khayal sehingga dia tidak sedarkan diri.
"Saya dah beri suntikan...kejap lagi dia akan bangun sebab saya nak tahu samaada dengan dunia luar ni otak dia dapat berkerjasama atau tak. Sebelum tu, saya nak cik Florence tolong saya untuk tutup dan kunci segala jendela dan pintu rumah. Ini bagi mengelakkan dia melarikan diri," jelas jururawat itu begitu serius.
Florence angguk. Mereka berdua bergerak untuk menutup segala jendela di situ lalu bergegas turun ke bawah. Semua jendela dan pintu ditutup untuk memudahkan segala keadaan. Setelah begitu yakin semuanya tertutup, Florence kembali ke naik ke tingkat atas. Di sofa empuk itu Alexander dibaringkan. Dia dan jururawat itu hanya menanti Alexander membuka matanya.
Detik-detik jam membuat Florence berasa gugup sekali. Dia takut sekali sekiranya Alexander tidak mampu untuk mengenalpasti dunia realiti. Jururawat tadi kembali berdiri di sebelahnya. Mereka hanya perlu menunggu Alexander bangun dan selepas itu mereka akan balik.
"Florence..."
Florence pantas menoleh pada Alexander yang menyebut namanya. Namun matanya masih terpejam rapat. Hanya mulutnya sahaja bergerak.
"Florence..." panggil Alexander lagi sebelum dia mencelikkan matanya lalu memandang keadaan sekelilingnya dengan pandangan pelik.
Alexander bangun lalu dia membuang pandang ke arah tepi nya. Entah apa yang dipandangnya, Florence pun tidak tahu. Tapi melihat dari segi pergerakkannya itu, sama seperti dia berada di dalam wad.
"Cik Florence, kita kena bawa dia balik sekarang...sebab keadaan dia masih sama,"
"Kita tunggu kejap lagi, nurse. Saya mohon..." rayu Florence sambil menarik tangan jururawat itu supaya tidak mendekati Alexander.
Mereka menunggu lagi namun keadaan Alexander masih seperti tadi. Tidak bergerak. Masih memandang ke tepinya. Florence hampir sahaja mahu menangis di situ. Jururawat tadi pun mengemas barangnya lalu membantu Alexander bangun.
Kala itu matanya bertembung dengan mata Alexander. Florence cepat beredar dari situ. Dia tidak puas hati dengan perubahan yang diberikan oleh lelaki itu. Dia menahan sebuah teksi lalu menanti kedatangan Alexander bersama jururawat tadi.
"Alex, esok saya tak dapat jenguk awak sebab saya sibuk..." kata Florence sebaik Alexander muncul di situ bersama jururawat di sisinya.
Alexander terkesima. Dia mengharap sangat gadis itu datang menjenguknya setiap hari.
"Kenapa?" Soalnya.
"Saya cuma...cuma tak dapat. Sorry,"
Florence pun menutup pintu kereta itu. Dia dah beritahu kepada jururawat tadi dia tidak akan mengikuti mereka pulang ke hospital. Dia betul-betul kecewa. Kereta teksi itu pun bergerak dan Alexander masih memandangnya. Florence menangis semahunya. Laju dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia khuatir lelaki itu tidak dapat sembuh...
YOU ARE READING
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)
RomanceAlexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florenc...