Bab 32

6K 173 0
                                    

Scarlet melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Logan. Rasa takut cuba disembunyikan. Dia tahu Logan mula mengesyaki dirinya. Tambah lagi dialah orang yang begitu rapat dengannya. Wajah serius Logan dipandang.

"Scarlet, saya nak pecat awak..."

Matanya terbuntang luas. Terkejut. Laju matanya merenung anak mata lelaki itu. Kenapa dia dipecat? Logan melepaskan pen yang berada di tangannya di atas meja. Matanya masih memandang pada Scarlet.

"Kalau awak bersalah...cepat bagitau saya. Tapi sekarang saya tau awak tak akan mengakui kesalahan yang awak buat!" Suara Logan ditinggikan tanda kemarahannya tidak dapat ditahan lagi. Puas dia beri peluang untuk gadis itu berterus-terang dengannya namun Scarlet banyak kali mengelak untuk mengakui.

"Apa yang bos cuba cakapkan ni?" Soal Scarlet dengan suara yang bergetak. Sumpah jantungnya sekarang bagai nak tercabut. Nyawanya pun bagai di hujung tanduk.

Logan melempar senyuman sinis. Suratkhabar yang diberikan oleh Leonard kemarin dilontar di atas meja. Scarlet semakin terkejut. Logan tahukah rahsianya?

"Orang yang bagitau pada saya akan keadaan Alexander adalah awak. Orang yang pertama mengetahui ke mana Alexander menghilang adalah awak jugak. Dan..."

"Iya, semuanya saya yang buat..." Scarlet akhirnya mengakui. Kalau selamanya dia mengelak, sama sahaja layanan lelaki itu terhadapnya.

"Kenapa awak lakukan begitu?" Soal Logan semakin tegas.

"Sebab...saya lakukan semua tu untuk bos," jawab Scarlet dengan matanya berkaca.

"Kenapa untuk saya?!"

"Semuanya sebab saya cintakan bos...saya fikir bos masih memusuhi Alexander sebab tu saya ambil gambar dia lepas tu bagi dekat wartawan. Selama ni memang mereka nak cari Alexander yang menghilang penuh misteri. Saya lakukan semua tu untuk meraih cinta bos. Saya fikir kalau saya lakukan tu, bos akan lebih menghargai saya dan mungkin bos balas cinta saya..."

Keluhan dilepaskan. Logan meraup muka berkali-kali. Jadi betullah tekaannya selama ini. Scarlet memang mencintainya. Dia sahaja tidak memahami gadis itu.

"Kalau bos nak pecat saya, saya rela. Betul kata Florence, saya ni tak ubah seperti perempuan yang tak ada bermaruah yang terhegeh-hegeh dekat bos. Sedangkan bos tak mencintai saya..."

Scarlet mengesat air matanya lalu beredar dari situ. Logan buntu tidak tahu nak buat apa. Tapi dia terpaksa memberitahu Loenard tentang hal sebenar. Melihat Scarlet yang pergi, dia pantas menelefon Leonard. Air matanya mengalir lalu diseka.

"Leonard, saya nak bagitau dekat awak siapa angkara yang cuba menjatuhkan Alexander...betul kata awak semuanya dilakukan oleh Scarlet, PA saya sendiri tanpa pengetahuan saya..."

Pantas sahaja talian diputuskan. Dia berlari keluar dari situ lalu menuju ke pintu lif. Dia tidak mahu Scarlet meninggalkannya. Dia baru sahaja mencintai gadis itu tapi masanya belum sesuai untuk dia memberitahu gadis itu tentang perasaannya.

Sampai di lobi, dia mencari kelibat Scarlet. Namun hampa gadis itu tidak ada di situ. Langkahnya diatur ke tempat letak kereta di luar. Matanya menangkap susuk tubuh Scarlet yang baru memasuki keretanya. Cuaca pula seakan tidak mengizinkan ketika itu. Hujan renyai-renyai. Namun cepat sahaja dia menahan kereta gadis itu dari pergi.

"Scarlet, tolong jangan pergi!" Jerit Logan dalam keadaannya yang kebasahan. Scarlet yang berada di dalam kereta hanya memandang dengan tangisan yang Logan sendiri tidak mengerti.

Logan masih berdiri di situ berharap gadis itu mendengar katanya. Tidak dihiraukan hujan yang semakin lebat membasahinya. Orang ramai yang memandang tidak diendahkan.

Scarlet mengesat air matanya. Perlahan pintu kereta ditolak lalu dia keluar dari dalam kereta itu. Logan tidak menunggu lama lalu meluru memeluk erat tubuh gadis itu. Di dalam pelukan itu, Scarlet menangis semahunya.

"Maafkan saya, Scarlet..." ucap Logan lembut.

"Tak, saya yang salah..." Scarlet akhirnya bersuara setelah tangisan reda sedikit.

Pelukan dileraikan. Scarlet menatap wajah lelaki itu. Lembut tangan Logan mengusap wajah gadis itu. Dia harus beritahu gadis itu tentang perasaannya. Kalau tidak nanti dirinya yang akan merana.

"Scarlet, saya tau saya ni terlalu pentingkan diri sampai saya lupa nak jaga perasaan awak. Tapi tolong beri saya peluang sekali lagi untuk mencintai awak dalam hidup awak...saya tau awak terluka dan saya pun akan terluka jugak kalau awak tak balas cinta saya,"

Scarlet terpana seketika. Betul ke Logan juga mencintainya? Tapi sejak bila? Air matanya yang bergenang tadi mengalir keluar. Sejuk badannya tidak terasa. Ketika itu dia hanya mahu lelaki itu membuktikan cintanya pada dirinya.

"I love you...mahalkita...saranghaeyo... tapi saya tau awak tak akan percaya saya..." ungkap Logan dengan pandangan mata yang redup.

"Ungkapan I love you tu dah cukup untuk saya mengerti betapa awak mencintai saya...tapi saya tak boleh terima awak. Beri saya masa untuk fikirkannya..." ujar Scarlet lalu pandangannya dilarikan ke arah lain. Tidak sanggup dia merenung anak mata lelaki itu.

"Saya tunggu awak..."

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now