Bab 34

8.2K 201 2
                                    

Matahari mula ditutup oleh awan-awan. Ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi ternyata tidak menganggu majlis perkahwinan hari itu. Orang ramai mula memenuhi rumah Alexander dan di laman. Tidak sabar menanti penggantin disatukan. Karpet merah dibentangkan dan paderi yang sudah dilanjut usia menjadi saksi perkahwinan penggantin hari itu.

Dengan muzik yang beralunan, upacara majlis dimulakan. Penggantin mula melangkah di atas karpet merah tadi lalu menuju ke depan dan berdiri betul-betul di depan paderi.

Scarlet tersenyum bahagia untuk Florence yang melangsungkan perkahwinannya hari itu. Sejak dia menyedari kesilapannya dulu, dia terus mencari gadis itu untuk meminta maaf. Dia sungguh tidak menyangka Alexander orang yang sangat dicintai kawannya itu. Florence pula lembut hati memaafkan semua kesalahannya.

Logan disebelahnya dilihat. Senyuman di bibir lelaki itu cukup membuktikan bahawa Logan begitu bahagia. Akhirnya Alexander dapat mencari pasangan hidupnya yang hilang dulu.

"Now you may kiss your bride," kata paderi itu.

Leonard yang duduk di depan mengukir senyum. Begitulah dia bila dia bersetuju mengahwini Eileen. Rindu pula dia dengan suasana itu. Tangan Eileen digenggam erat. Maklumlah isterinya itu sekarang tengah mengandungkan anak sulung mereka. Dia tidak sabar menjadi seorang ayah.

Selesai upacara perkahwinan, orang ramai mula menikmati juadah makanan yang telah disediakan di laman itu juga. Florence terus menghampiri Scarlet dan Eileen yang sememangnya mahu menyapanya. Maklumlah penggantin perempuan!

"Dah masuk berapa ni?" Soal Florence lalu mengusap perut Eileen yang sedikit memboyot itu.

"Baru lapan bulan...kalau awak nak anak, awak mintalah dengan Alex tu!" Usik Eileen sambil memandang Florence. Florence sengih. Dia pantas menoleh pada Scarlet.

"Apa pandang aku macam tu?" Tegur Scarlet.

"Kau bila pulak ada baby? Aku tak sabar ni nak jadi aunty!" Ujar Florence begitu teruja. Bila tengok Eileen yang mengandung itu, dia terus teringatkan Scarlet yang sudah berkahwin dengan Logan. Bulat mata Scarlet lalu menepuk bahu kawannya itu.

"Kau ni kan ada hati nak kenakan aku! Nanti kau aku bagitau dekat Alex yang kau nak ada baby cepat!" Kata Scarlet dengan bibirnya terjuih ke depan. Eileen tergelak dengan gelagat Scarlet dan Florence.

"Ehemmm!"

Florence menoleh. Bibirnya tersenyum kelat. Alexander dengan selamba merangkul bahu isterinya itu di depan Scarlet dan Eileen.

"Seronok borak sampai gelak pun tak ingat dunia!" Kata Alexander sambil mengucup pipi Florence. Florence senyum malu. Apasal pula Alexander terlebih romantis ni?!

"Hah Lex kebetulan awak ada sini ni, apa kata awak ambil gambar kami dengan bini awak ni!" Pinta Scarlet teruja sambil menghulurkan kamera Nikkon pada Alexander.

Alexander hanya menurut. Paksalah dia menjadi jurugambar tidak bergaji hari itu. Dengan selfie mereka yang entah dia tangkap sahaja. Kalau dikatakan sehari itu lebih 100 gambar mereka ditangkap.

"Wei kesian dekat Alex ni! Sepatutnya dia ambil gambar dengan bini dia!" Kata Leonard sebaik dia dan Logan menghampiri kelompok itu. Kamera di tangan Alexander diambil. Logan memberi isyarat supaya Alexander menyertai mereka yang lain. Alexander senyum senang. Laju sahaja kakinya berdiri di sebelah Florence.

Leonard masuk kemudian lalu berdiri di sebelah Eileen. Scarlet di sebelah Florence. Gambar ditangkap oleh Logan sendiri. Bab mengambil gambar ini dia memang suka.

Masa berlalu dengan cepatnya. Petang menginjak. Tetamu yang hadir di majlis itu mula beransur pulang. Laman yang tadi dipenuhi orang kini sunyi. Alexander pantas mendekati Florence yang ketika itu makan bersama kawannya. Pandai betul Florence cuba melarikan diri darinya!

"Saya penat...saya naik atas dulu!" Beritahu Alexander pada Florence di depan Scarlet dan Eileen. Florence angguk sahaja. Maklumlah malu. Alexander beredar dari situ.

"Romantik jugak laki kau tu!" Puji Scarlet dengan ikhlas.

"Depan korang je dia romantik tu!" Nafi Florence sambil menghirup minumannya.

"Saya nak bagitau sesuatu ni dekat awak, Florence..." Eileen turut menyampuk. Wajah Florence dipandang.

"Malam pertama ni awak kena hati-hati..." pesan Eileen dengan senyuman di bibirnya yang Florence sendiri tidak mengerti. Scarlet di sebelahnya sudah menahan gelak.

"Kenapa pulak?" Soal Florence dengan muka blurnya.

"Awak kena elak dari Alex kalau awak tak nak Alex baham awak...faham?!" Dahi Florence berkerut seribu. Eileen senyum lebar.

"Okeylah...kau dah habis makan ni lebih baik kau masuk bilik kau sekarang! Alex tentu tunggu kau!" Scarlet pantas mencapai pinggan Florence bersama cawannya lalu diletakkan di atas meja. Florence masih blur.

"Pergilah!" Arah Eileen pula seakan menghalaunya pergi dari situ.

Florence terpaksa. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, Leonard pula memberi pesan padanya. Logan di sebelahnya hanya tersenyum penuh makna.

"Hati-hati!" Pesan Leonard dengan senyuman nakal.

Florence senyum lalu dia menaiki anak tangga menuju ke bilik Alexander. Tapi itu dulu sekarang bilik itu juga menjadi miliknya. Pintu dibuka perlahan lalu dia masuk. Air mencurah-curah kedengaran di dalam bilik air. Mungkin Alexander tengah mandi!

Florence tidak tahu nak buat apa. Waktu pintu bilik air dibuka, Alexander keluar dengan tuala sahaja membaluti bawah tubuhnya. Florence mengusap tengkuknya banyak kali. Kekok!

"Mandilah..." tegur Alexander sambil mencapai bathrobe di dalam almari.

Florence pantas mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Sebenarnya dia masih tertanya-tanya apa Eileen maksudkan padanya tentang perkara yang dia harus berhati-hati? Leonard pun ada pesan juga tadi. Wajah Alexander tadi pun hanya selamba sahaja.

Selesai mandi, bathrobe terus dipakai. Dia lupa nak bawa pakaian. Dia keluar dan matanya bertembung dengan mata Alexander yang tengah bersandar pada kepala katil. Tualanya digantung di dinding lalu dia menuju ke katil.

"Belum tidur lagi?" Tanya Florence bila Alexander masih bersandar. Alexander senyum sebelum kakinya melangkah menutup suis lampu bilik itu. Lampu malam pula masih terbuka.

Florence baring. Comforter ditarik sehingga paras dadanya. Bantal peluk sengaja diletakkan di antara mereka. Entah mengapa jantungnya berdegup laju. Dia tidur mengiring, tidak sanggup menatap wajah suaminya itu.

"Good night!" Bisik Alexander di telinga Florence.

Florence kejung namun matanya masih terpejam. Dia terasa bantal peluk di antara mereka diambil. Berdebar-debar jantungnya.

"Arghhh!" Jerit Florence memenuhi bilik itu bila tangan sasa itu menarik tubuhnya dekat dengan suaminya itu. Pinggangnya dirangkul kemas. Kejung terus badannya dengan tindakan Alexander yang begitu pantas itu. Jantungnya pula bagai mahu melompat keluar.

"Saya tak makan awak malam ni...saya nak peluk awak je...tapi esok dah tak ada excuses untuk saya baham awak!" Ujar Alexander sebelum dia mengucup pipi isterinya itu.

Florence telan air liur. Baham?! Jadi itulah yang dimaksudkan kawannya tadi? Dengkuran halus Alexander kedengaran. Florence terkebil-kebil tidak dapat melelapkan matanya.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now