Bab 1

11.5K 399 1
                                    

Tuan Alexander memandang lagi dirinya di dalam cermin tersebut. Dia memastikan penampilannya buat kali terakhir. Setelah puas hati dia beredar menuju ke katilnya. Iphone 4S dicapai lalu memeriksa notification. Tertera nama Eileen yang menghantar mesej melalui watsapp kepadanya. Alexander senyum sinis. Dasar perempuan!

"Tuan, sudah siap ke? Encik Leonard sudah tunggu dekat bawah," tegur Casey, pengasuh Tuan Alexander yang sudah berusia.

Alexander senyum lalu keluar dari biliknya. Casey berlalu menuju ke ruang dapur.

"Alex, panjang pun umur kau! Ni jom kita pergi sekarang. Dalam kereta nanti aku cerita kisah sensasi lagi hangat ni!" Kata Leonard begitu teruja.

Alexander senyum lagi. Cukup bagus dia berkawan dengan Leonard sebab apa lelaki itu mempunyai banyak maklumat yang boleh diguna pakai. Kaki gossip! Entah gosip apa pulak Leonard nak cerita dengan dia. Mereka berjalan menghampiri kereta Audi milik Leonard.

"Kau tau tak bekas Gf kau dulu tu sekarang tengah hangat bercinta dengan musuh syarikat kita. Kau ada dengar tak?!"

"Aku tak nak dengar! Cerita lain tak ada ke?!" Tegas suara Alexander.

Leonard tersengih. Datang bulan agaknya kawannya itu. Dia memandu kereta Audinya dengan tenang.

"Jangan marah, bro. Aku ni cuma sampaikan apa yang sensasi masa kini. Dah bekas pun buat apa kau nak marah-marah lagi,"

"Leo, she's the one who hurt me more. So, please...aku tak nak dengar lagi cerita pasal dia dan lelaki tu sekali. Menyampah je! Aku marah sebab aku benci!" Balas Alexander dengan intonasinya naik sedikit.

"Chill-lah, bro! Banyak lagi perempuan dekat luar sana nak dijadikan girlfriend...Bukan dia aje perempuan di dunia ni," ujar Leonard dengan gembiranya.

Alexander diam. Dia membuang pandang ke luar. Entah selepas ini apa lagi yang terjadi dekat dia. Ada girlfriend sanggup menikamnya dari belakang.

"Bro, dah sampai!"

Alexander tersedar lalu memandang pada Leonard. Betullah! Mereka sudah sampai di depan restoran Mc Lovin'.

🌹 🌹 🌹

Florence menanti seseorang. Di dalam restoran Mc Lovin' itu dia memilih meja di sudut tepi. Senang dia memerhati jikalau dia nampak kelibat kekasihnya. Mereka berjanji untuk bertemu di situ. Florence senyum lebar.

Begitu lama dia menunggu. Tapi kelibat lelaki itu belum ada. Dia menanti sedikit masa lagi. Sambil itu sempat dia meliar pandang pada keadaan dalam restoran tersebut. Pelanggan semakin banyak memenuhi meja di situ. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang duduk di selang dua meja. Lelaki itu juga mencuri pandang ke arahnya.

"I'm so sorry...Dah lama tunggu ke?" Tegur seorang lelaki lalu duduk di hadapan Florence.

"Hai, Mark! Nope, I pun baru sampai tadi," bohong Florence.

Mark senyum senang. Tapi dia tahu gadis itu tidak bercakap benar. Dia memesan oren jus seperti gadis itu. Selepas pelayan itu beredar, dia memandang Florence begitu lama. Itulah kekasihnya selama dua tahun ini yang selalu ada dalam saat dia susah dan senang. Tapi selepas dua tahun ini, dia rasa mahu menghentikan kebahagiaan itu di situ.

"So, ada apa you nak jumpa I? Ni mesti sebab you ada masalah lagi dengan bos you tu kan?"

"Tak, Florence. I ada perkara lain nak bincang dengan you..." ucap Mark dengan nada lemah.

"Mark, are you okay? You sakit ke?" Soal Florence begitu risau sambil mengenggam tangan lelaki itu.

"Saya minta maaf...kalau apa yang saya beritahu ni melukakan hati awak, Florence..."

"Wait, apa ni?! Saya, awak?! Mark, are you okay?"

"Florence, saya nak hubungan kita cukup sampai di sini..." ucap Mark begitu jujur sambil memandang pada Florence yang terkejut itu.

"Kenapa? You tak bahagia ke dengan I?"

"Nope. Saya memang bahagia dengan awak, Florence tapi saya rasa saya patut cari orang lain. Kita memang serasi tapi saya tak cintakan awak...Saya dah cuba tapi saya gagal. Saya lebih bahagia bila bersama orang lain," jelas Mark bersungguh-sungguh.

Florence terus diam. Dia melihat ke bawah. Tidak mahu lagi dia menatap wajah lelaki tersebut. Air matanya bergenang namun ditahan.

"Florence, I'm so sorry..."

"Okey!" Jawab Florence begitu pendek.

"Okey?!" Tanya Mark begitu pelik.

"Yes. Kita stop our relationship until here. Lagipun I tak bahagia dengan you selama ni..."

"Really?! Or are you just kidding me?" Tanya Mark tidak puas hati.

Florence menganggukkan kepalanya. Matanya tidak memandang pada Mark.

"Kalau macam tu saya pergi dulu. Saya ada date lepas ni!"

Florence laju mendongak memandang pada Mark. Lelaki itu bangun sambil melemparkan senyuman manis.

"Bye!"

Florence kaku di situ sambil memandang Mark yang berlalu pergi. Air mata yang ditahannya tadi mengalir keluar dari tubir matanya.

🌹 🌹 🌹

Alexander mengeluh kecil. Di luar hujan lebat membasahi bumi. Mungkin begini berakhir kisah cinta gadis yang menghadap padanya itu. Sungguh malang!

"Kau tengok siapa?" Tegur Leonard.

"Kasihan..."

"Maksud kau?!"

Alexander masih memerhati tingkah laku gadis tersebut. Menangislah sebab esok kau tidak perlu menangis lagi.

"Alex, kau kenapa ni?"

Alexander tersedar. Laju dia memandang pada Leonard di hadapannya.

"Aku okey. By the way, aku ada cerita good news untuk kau, Leo..." kata Alexander begitu gembira.

"For me? Apa dia?"

"Aku mungkin dah dapat pengganti Eileen,"

"Siapa? Biar betul kau?!" Soal Leonard begitu terkejut.

"Nantilah aku cerita. Sekarang ni jom kita balik,"

Leonard mengeluh hampa. Laju kakinya menapak ke arah kaunter pembayaran. Manakala Alexander perlahan-lahan mengekori langkah gadis tadi menuju ke luar restoran tersebut.

"Gunalah saya punya!" Tegur Alexander sambil menghulurkan payung hitam tersebut pada Florence.

Florence cepat mengesat air matanya lalu memandang pada Alexander. Dia teragak-agak mengambil payung tersebut namun dicapainya juga. Alexander senyum manis.

"Terima kasih, encik!" Ucap Florence dengan suara seraknya.

"Payung tu saya sedekah dekat awak. Ambillah mungkin berguna pada awak untuk hari yang seterusnya," jelas Alexander begitu ramah.

"Terima kasih, encik. Semoga encik bahagia dalam hidup encik. Saya minta diri dulu..."

Florence berjalan meninggalkan lelaki itu di situ. Bersama payung itu memberi semangat pada dirinya yang terluka. Ternyata masih ada orang peduli di dalam dunia ini.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now