Alexander memerhati langkah Florence menuju ke ampaian untuk menjemur pakaian yang selesai dicucinya. Semua pakej ada pada gadis itu. Florence layak jadi isterinya. Tapi bilakah masa yang sesuai untuk dia melamar gadis itu? Cincin sudah dibelinya tanpa pengetahuan Florence.
"Tuan, ada tetamu tengah tunggu tuan dekat bawah tu!" Beritahu Casey sebaik sahaja dia sampai di tingkat itu.
Alexander menoleh. Namum Casey sudah berlalu pergi. Siapa pulak tetamu hari minggu ni? Dia tidak suruh Leonard datang jenguknya di rumah. Dia akhirnya turun namun dia terhenti di anak tangga terakhir bila terpandangkan Eileen yang sedang menantinya di ruang tamu. Mahu berpatah balik tapi gadis itu sudah perasan kehadirannya di situ.
"Alex, saya ganggu awak ke?" Tanya Eileen meminta kepastian lelaki itu maklumlah muka Alexander sekarang begitu serius.
"Kau nak apa?"
"Saya nak minta maaf..." jawab Eileen begitu bersungguh-sungguh.
Alexander terdiam. Namun matanya cuba membelek muka gadis itu. Mana tahu gadis itu menipunya. Macam sekejap sahaja Eileen berubah baik tapi kalau dah berubah, dia tumpang gembira.
"Saya tau awak tak percaya tapi memang betul saya nak minta maaf dengan awak...yalah sebelum ni saya banyak ganggu hidup awak. Saya sekarang dah berubah..." jelas Eileen dengan senyuman senang.
"Okey! Saya maafkan awak kalau awak dah berubah..." ujar Alexander begitu bersahaja.
"Okeylah kalau macam tu saya balik dulu. Saya tak nak ganggu hidup awak lagi!" Kata Eileen lalu bingkas bangun.
Alexander turut bangun. Dia melemparkan senyuman pada gadis itu. Eileen tidak menunggu lama lalu mendakap tubuh lelaki itu. Untuk kali terakhir. Alexander tergamam. Tambah lagi dia terkejut bila Florence memandangnya yang berdiri tidak jauh dari situ.
"Saya pergi dulu!" Kata Eileen sebaik dia meleraikan pelukan itu.
Sebaik Eileen pergi, Alexander terus menyapa Florence yang laju menjauhkan diri darinya. Dia senyum lebar bila melihat Florence yang begitu tekun memasukkan pakaian yang belum dicuci ke dalam mesin basuh. Dia berdiri menyandar pada muka pintu itu sambil matanya melihat pada Florence.
"Awak cemburu ke tengok saya dengan Eileen tadi?" Soal Alexander.
"Taklah, siapa yang cemburu!" Balas Florence begitu pantas.
"Betul ke ni? Habis kenapa lari dari saya tadi?" Usik Alexander cuba melihat gadis itu jujur padanya.
Florence pura-pura sibuk. Padahal kerjanya hampir siap.
"Bagitau je lah awak cemburu. Habis cerita!"
"Saya cuma tak suka tengok awak bersama Eileen. Tu je! Tapi kalau awak suka dia, saya rela untuk lepaskan awak bahagia dengan dia," ucap Florence dengan penuh emosi lalu pergi.
Langkahnya terhenti bila terserempak Casey yang berada tidak jauh dari situ. Dia senyum nipis lalu beredar dari situ. Alexander mengeluh kecil. Tapi dia suka juga tengok gadis itu cemburu. Cemburu itu tandanya sayang! Tak mungkinlah dia nak terima Eileen dalam hidupnya lagi sedangkan dia sudah bahagia bersama Florence.
.....
Florence menghela nafas lega bila Alexander tidak mengekorinya di situ. Sekurangnya dia ada masa untuk bersendirian untuk berfikir. Nasib baik ada ruang tamu di atas itu. Sejuk pula tu! Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk dengan senyuman damai sekali.
Tapi bila teringat Eileen yang memeluk Alexander tadi, terus hatinya panas. Apasal perempuan tu peluk Alex?! Kan mereka dah tak ada hubungan...
Florence mengeluh kecil. Cepat sahaja tangannya mencapai majalah di bawah meja itu lalu dibelek halaman demi halaman. Namun dia langsung tidak fokus pada bacaannya. Huh!
"Florence..." panggil Casey lalu datang menghampiri.
Florence memandang Casey. Tangannya terus menutup majalah yang dibacanya tadi. Casey duduk di sebelahnya. Tangannya digenggam erat.
"Bagitau mama perkara sebenarnya. Kamu cintakan Alex ke?" Soal Casey begitu khusyuk.
"Betul kata mama dulu...sekarang saya jatuh cinta dengan dia tapi kami saling mencintai, mama. Entah sekarang saya rasa saya tak patut balas cinta dia, mama..." ujar Florence dengan dahinya berkerut seribu melihat Casey yang setia mendengar.
"Mama gembira kamu berdua saling mencintai...dari awal lagi mama tau kamu memang untuk Alex. Kamu jagalah Alex...sama seperti kamu jaga hati kamu. Mama tau kamu pernah terluka sebelum ni...mama nak cakap pada kamu, jangan mudah patah semangat..."
Florence senyum hambar. Dia perlahan mendakap tubuh Casey yang begitu sangat disayanginya setelah dia kehilangan orang tuanya sejak dia berusia 15 tahun. Mujur ada Casey menyelamatkannya dan menyanyanginya seperti anak sendiri. Casey menyewa rumah sewa untuknya berteduh. Bila dia berhenti kerja di restauran di pekan itu, Casey terus menyuruhnya bekerja di situ. Katanya tidak mahu berjauhan lagi.
"Terima kasih, mama..." ucap Florence dengan perasaan sedih namun laju dikesat air mata di pipi.
"Semuanya untuk kebahagiaan anak mama...mama nak tengok anak mama bahagia," balas Casey sambil mengusap lembut belakang anaknya itu.
Pelukan itu terlerai juga. Florence senyum lebar memandang Casey di depannya. Alahai! Florence menepuk dahinya sendiri. Lupa pulak nak jemur pakaian yang sudah kering tadi.
"Mama, saya ke bawah nak jemur baju. Lupa pulak nak jemur tadi!"
"Pergilah!"
Florence berlari anak menuju ke bawah. Lekas dia menuju ke bilik mencuci baju tadi dan di situ dia terserempak dengan Alexander. Lelaki itu sepertinya sedang menantinya di situ sedari tadi di tempat biasa. Florence bingkas mengeluarkan pakaian yang sudah kering tadi lalu disimpan ke dalam bakul.
"Nak saya tolong ke?"
"Ikhlas ke ni?"
"Untuk awak, memanglah saya ikhlas nak tolong!" Jawab Alexander sambil mengenyitkan matanya pada Florence.
Florence senyum senang hati. Laju sahaja dia memberi bakul pakaian tadi pada Alexander dan Alexander terkejut namun diambilnya juga.
"Pergilah jemur kat luar sana tu!" Arah Florence.
"Kita jemur sama-samalah. Takkan nak suruh saya seorang jemur. Banyaklah! Tak larat!" Rungut Alexander lalu menarik tangan Florence mengikutnya ke tempat ampaian.
Florence mencebik. Laju sahaja dia menjemur satu persatu pakaian di dalam bakul tadi. Alexander hanya memerhati sedari tadi. Kata nak tolong rupanya nak tolong tengok je!
"Cuba awak jujur dekat saya. Awak cemburukan tadi bila Eileen peluk saya? Saya tak suka awak pendamkannya dalam hati...tak baik untuk hati!" Kata Alexander begitu lama menatap Florence.
"Memanglah saya cemburu...saya ni kekasih awak dan saya sayangkan awak sangat-sangat. Kalau boleh saya tak nak orang lain peluk awak. Awak tu milik saya!" Luah Florence sebaik sahaja selesai menjemur semua pakaian tadi.
Alexander senyum. Dia mendekati gadis itu lalu tangannya mencubit manja pipi gadis itu. Florence mengadu sakit lalu menepis tangan Alexander.
"Saya janji akan mencintai awak dan setia bersama awak..." ujar Alexander seraya mengucup dahi gadis itu.
Florence tergamam. Terasa panas pipinya ketika itu. Malu sekiranya ada orang memerhatikan tingkah laku mereka itu. Florence laju meninggalkan Alexander di belakang. Namun dia bahagia.
YOU ARE READING
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)
RomantikAlexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florenc...