Leonard menanti seseorang di restauran Mc Lovin' itu sebaik sahaja mereka berjanji untuk bertemu di situ. Dia menilik jam tangannya banyak kali. Terasa masa begitu lambat untuk mempertemukannya dengan gadis yang dicintainya.
Florence...seandainya hati awak untuk saya, sudah tentu masa ni saya akan bahagiakan awak lebih dari apa yang Alex beri pada awak...
"Sorry...dah lama tunggu ke?" Sapa seseorang.
Leonard mendongak dan tersenyum bila terpandangkan Florence yang berdiri di hadapannya. Nasib baik gadis itu sudi menemuinya dan menganggapnya sebagai kawan.
"Saya baru datang tadi...saya dah order makanan untuk kita,"
"Oh, thanks!" Balas Florence dengan wajah gembira.
"So, bagaimana hubungan awak dengan Alex?" Soal Leonard walaupun terasa pahit untuk ditelan.
"Kami okey macam orang lain jugak. Awak tau kan yang saya sangat cintakan dia...tapi ada jugaklah masanya saya tak suka dia sebab dia tu jenisnya panas baran lepas tu cepat cemburu. Tapi tak apa, saya faham perasaan dia. Saya tahu dia sayang saya," cerita Florence begitu tenang dengan bibirnya mengukir senyuman berkali-kali.
Leonard senyum nipis. Mujur ada pelayan datang menghantar makanan dan minuman yang dipesan tadi supaya menghentikan Florence terus bercerita. Padahal dia yang meminta gadis itu bercerita. Huh!
Florence makan dengan penuh selera. Dia bercerita itu dan ini dengan senang hati. Dia bukan nak menunjuk-nunjuk tapi dia mahu Leonard berhenti mengharap cintanya. Dia akan tetap setia bersama Alexander.
"Saya dengar awak rapat dengan Eileen...tak sangkakan korang boleh jadi kawan. Yalah kan saya harap Eileen tu jodoh yang paling sesuai untuk awak..."
Leonard senyum lagi. Eileen pun tidak pernah berhenti mencintai Alexander. Sama sepertinya. Dulu dia boleh terima namun bila tengok Florence bahagia sangat, dia cemburu. Sepatutnya dia yang memiliki Florence bukan Alexander.
.....
Florence sampai di depan kawasan rumah Alexander lalu melangkah masuk. Namun langkahnya terhenti bila terpandangkan semua barangnya terletak di luar rumah itu. Dia keliru. Apa yang telah terjadi?
Dia cepat masuk dan laju sahaja dia mendekati Alexander yang berada di ruang tamu. Muka bengis lelaki itu dipandang untuk meminta kepastian. Apa salahnya? Casey turut ada di situ.
"Kau berambus sekarang dalam rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Jerit Alexander dengan marahnya."Apa yang saya dah buat salah pada awak? Alex, bawa bertenang..."
"Bertenang apa lagi?! Kau tau kan aku sangat cintakan kau tapi ternyata kau sama jugak dengan perempuan di luar sana! Curang di belakang aku! Kau tau tak dengan kau curang tu adalah kawan baik aku sendiri!" Tengking Alexander sambil matanya mencerlung tajam pada Florence yang berdiri di hadapannya.
Florence terkedu. Begitu sekali Alexander menuduhnya tanpa usul periksa dulu. Sungguh hatinya tergores bila lelaki itu tidak percaya padanya. Sedangkan dia sangat mempercayai lelaki itu.
"Keluar!!!"
"Betul ke awak tak nak tengok saya lagi?" Soal Florence dengan sedihnya.
"Lebih baik kau pergi sekarang!"
"Kalau tu yang awak mahukan, saya akan pergi jauh supaya awak tak tengok muka saya lagi...saya harap awak bahagia dengan hidup awak,"
Casey menangis semahunya lalu mendakap tubuh Florence dengan erat. Dia tidak mahu berpisah dengan anaknya itu namun kehendak tuan muda itu harus diikuti. Florence menangis namun dia kuatkam hatinya. Dia menolak tubuh ibunya itu lalu keluar dari rumah itu. Setiap langkahnya, hanya ditemani dengan linangan air mata. Selamat tinggal, Alex...
YOU ARE READING
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)
RomanceAlexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florenc...