Bab 15

5.6K 209 0
                                    

Alexander masuk ke dalam lif untuk turun ke bawah. Baru dia perasan hari sudah gelap. Florence pun tidak ada di mejanya. Selalunya gadis itu menantinya di situ. Mungkin gadis itu menunggu di lobi. Sampai di tingkat bawah, dia terus menuju ke ruang lobi dan mencari-cari bayang Florence di situ. Namun hampa.

"Mana kau pergi?" Tanya Alexander begitu risau.

Namun begitu lama dia di situ, dia mula berfikir gadis itu sudah pulang. Dia akhirnya menapak ke arah keretanya. Kala itu terasa seseorang menolak tubuhnya dengan kasar pada keretanya. Dia menoleh sekilas namun mukanya ditumbuk. Matanya berpinar-pinar namun dia dapat menangkap kelibat di depannya itu. Logan! Dia terbatuk bila terasa senak perutnya ditumbuk oleh lelaki itu.

"Kau jauhkan diri kau dari Eileen! Kalau kau masih dekat dengan dia, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau!" Logan memberi amaran sebelum dia berlari dari kawasan itu.

Alexander terduduk menyandar keretanya. Sakitnya tidak terperi.
"Tuan?!"

Florence yang melihat keadaan Alexander terus meluru mendekati. Luka pada hujung bibir lelaki itu dilap dengan tisu. Alexander sakit hati. Kalau bukan sebab Florence yang menghilang entah ke mana, dia tidak akan seperti ini! Tubuh Florence ditolak kasar.

"Semua salah awak! Mana awak pergi hah?!" Jerit Alexander begitu marah.

Florence tersentak. Diam. Kalau lelaki itu marah, dia tidak mahu melawan. Nanti habis pekak telinganya.

"Diam je awak tau! Awak baliklah sendiri malam ni!"

Alexander terus masuk ke dalam keretanya lalu memandu dari situ. Florence ditinggal di situ tanpa ada rasa kasihan.

"Mentanglah aku tak pandai balik sendiri! Aku ada duitlah!" Jerit Florence dengan rasa tidak puas hatinya pada Alexander yang baru pergi tadi.

Florence laju berlari mengejar teksi di jalanan. Perut dah lapar. Sabarlah wahai perut! Namun dia tidak dapat menahan amarahnya pada Alexander yang menuduhnya sesuka hati. Lelaki itu yang khusyuk sangat buat kerja sampai tak ingat nak balik! Nak tegur nanti marah pulak! Rungut Florence dalam hati sahaja.

"Terima kasih, pak cik!" Kata Florence bila sampai di luar rumah Alexander terus membayar harga tambang.

Dia keluar lalu masuk melalui pagar kecil. Dia melangkah menuju ke pintu rumah dan di situ Alexander sedang menanti seseorang. Florence mencebik. Dia terus melangkah tanpa menghiraukan lelaki itu yang serba-salah terhadapnya.

"Florence, I'm really sorry...are you okey? Did you hurt?" Soal Alexander dengan nada risau sambil membelek muka Florence.

"Tuan ni dah kenapa?! Saya okeylah! Yang sakit sekarang pun hati saya! Tuan, pergilah masuk tengok cermin," balas Florence dengan penuh emosi lalu beredar dari situ.

Dia masuk ke dalam biliknya terus mandi. Terasa tubuhnya melekit dengan peluh. Bila marah sahaja dia mula terasa panas. Jadi ada baiknya dia biarkan sahaja air shower itu membasahi tubuhnya. Segar jugak!

"Florence, lepas siap pakai baju, kamu pergi naik atas. Kamu kena bagi ubat pada luka tuan muda tu!" Arah Casey ketika dia baru keluar dari bilik air.

Florence mendengus kasar. Sakit hatinya belum baik lagi ditambah lagi dengan perangai mengada-ada Alexander. Siap berpakaian, dia mengambil segala barang firstaid lalu naik ke tingkat atas. Seperti yang dijangkakan, Alexander tengah menantinya sambil duduk di birai katilnya. Dengan wajah muram itu, dia memeriksa terus luka pada muka lelaki itu. Langsung dia tidak peduli lelaki itu yang tengah merenungnya. Cucuk mata tu karang!

"Ouch!" Alexander mengadu sakit.

"Kalau tak ikhlas pun janganlah sampai marah dekat bibir saya ni..." perli Alexander.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now