Scarlet memarkir keretanya di dalam garaj. Sebaik sahaja keretanya dikunci, dia pun melangkah masuk ke dalam rumah. Bayang Florence tidak ditemuinya. Mungkin dalam biliknya. Scarlet menuju ke biliknya dan langkahnya terhenti bila dia terdengar tangisan Florence. Bilik mereka hanya bersebelahan.
Scarlet tidak jadi masuk ke dalam biliknya. Yang dia risau adalah keadaan Florence sekarang. Apa yang telah terjadi pada kawannya itu? Dia mengetuk pintu bilik itu namun tidak ada balasan dari Florence. Tangisan Florence sahaja yang terdengar.
"Florence, boleh aku masuk?"
Scarlet pun memulas tombol bilik itu. Saat pintu ditolak, dia terlihatkan Florence yang menangis di atas katilnya. Dia menyentuh bahu kawannya itu. Florence tidak mendongak sebaliknya terus menangis.
"Kenapa kau menangis? Kau ada masalah ke?" Soal Scarlet begitu risau lalu duduk menghadap Florence.
"Kawan aku dalam kesusahan...aku nak bantu dia tapi aku tak mampu. Sebab dulu aku khianati persahabatan kami...aku rasa aku kejam sangat dengan dia," ujar Florence bersama sedu-sedannya.
Scarlet turut simpati. Laju sahaja dia mendakap tubuh Florence begitu erat. Dia mengharapkan beban kawannya itu akan berkurangan kalau dia tahu masalah kawannya itu.
"Scarlet, apa patut aku buat? Aku nak dia terima aku dalam hidup dia lagi...aku tak nak dah hidup macam ni,"
"Ada baiknya kau cuba sapa dia...mungkin dia pun mengharapkan seorang kawan waktu dia susah. Florence, kau janganlah nangis macam ni...nanti bengkak pulak mata kau!" Balas Scarlet sambil menepuk lembut belakang Florence.
"Sorrylah kalau aku buat kau susah hati..." ucap Florence bila dia leraikan pelukan itu sambil melihat pada Scarlet.
"Tak apalah. Aku okey je cuma aku ni tak suka tengok orang menangis. Kalau boleh lepas ni kau jangan nangislah...kalau ada masalah kau bagitau je dekat aku. Aku sedaya upaya akan tolong kau. Aku tak tau lah kalau aku tak jumpa kau, aku tentu keseorangan di rumah ni,"
Florence senyum lalu mengesat air matanya. Terharu bila mendengar luahan dari kawannya itu.
"Okeylah, aku nak mandi dulu. Kau kalau nak makan, makanlah dulu. Jangan tunggu aku, okey!" Ingat Scarlet pada Florence.
"Okey!"
Scarlet berlalu pergi. Tinggal Florence di situ. Dia mengelamun memikirkan keadaan Alexander sekarang. Termenung lagi ke lelaki itu?
.....
Selesai makan, Leonard terus membantu isterinya di dapur walaupun sudah ditegah oleh Eileen. Tapi dia tidak pedulikan tegahan itu sebab dia mahu mengambil hati isterinya itu.
"Maafkan saya..." ucap Leonard tiba-tiba.
Eileen tidak membalas. Dia khusyuk dengan membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki itu. Leonard mengeluh di dalam hati.
"Kalau awak kat sini nak pandang saya buat kerja je, lebih baik tak payah nak tolong!" Tegur Eileen begitu kasar.
Leonard mengalah. Dia mencuci tangannya lalu beredar dari situ. Dia menuju ke ruang tamu lalu menonton rancangan di TV. Namun tidak ada yang menarik. Dia menekan punat off. Dia memandang pada gambar perkahwinannya dengan Eileen yang tergantung di dinding. Waktu hari itu, dia begitu bahagia sekali menerima Eileen dalam hidupnya.
"Eileen!" Panggil Leonard bila terlihat isterinya itu hendak menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
Eileen terhenti lalu merenung pada suaminya itu. Leonard datang menghampiri.
"Saya minta maaf atas kesalahan saya yang dulu...saya tau awak susah untuk maafkan saya tapi berilah saya peluang untuk jelaskan..."
"Okey, jelaskan sekarang!" Pinta Eileen sambil berpeluk tubuh memandang Leonard di hadapannya.
"Dulu saya memang mencintai Florence tapi sekarang tak ada dah. Tiga tahun lalu tu masa saya untuk melupakan Florence dan menerima awak. Saya tau saya ni seolah mempergunakan awak tapi percayalah saya mencintai awak, Eileen...sangat-sangat!" Terang Leonard begitu bersungguh-sungguh.
"Leonard, tolong berikan saya masa untuk fikirkan segalanya...tapi tak semudah tu saya maafkan awak," jawab Eileen lalu beredar dari situ.
Leonard hampa. Dia hanya memandang Eileen yang pergi tinggalkannya di situ.
YOU ARE READING
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)
RomanceAlexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florenc...