Bab 5

7.6K 249 0
                                    

Masih terlalu awal untuk dirinya bangun sedangkan dia masuk kerja pukul 8 nanti. Entah bagaimana dia tiba-tiba bangun dan fikirannya teringatkan Florence. Dia bangun menyandar pada kepala katilnya. Sudah sebulan, Florence bekerja dengannya namun dia tidak mampu mencuri hati gadis itu. Dia pula yang jatuh terpikat dengan layanan baik dari gadis itu.

Dia menoleh sekilas pada jam lonceng. Masih awal lagi. Nak tidur mata dah segar. Kesudahannya, dia bangun mencapai tuala mandinya. Begitu lama dia mandi dan akhirnya dia mengalah dengan kesejukan air itu. Dah pakai water heat pun masih terasa sejuk. Agaknya sudah rosak kut!

Dia mencapai pakaian kerja yang siap digosok oleh Florence semalam. Dipandang lama sehingga bibirnya mengukir senyuman yang dia sendiri tidak pasti maksudnya.

Ketukan di pintu membuat dia terkejut. Laju sahaja dia menoleh dan terpandangkan Florence yang masuk secara perlahan-lahan. Dia tidak perasan tuannya sudah bangun sebab suasana di dalam bilik itu masih gelap. Apa Florence buat dekat biliknya ini?

Alexander bergegas mencari suis lampu lalu menekannya. Maka lampu pun terpasang. Bilik itu pun menjadi terang. Florence terkejut. Tambah lagi melihat Alexander yang sudah bangun.

"Awak buat apa dekat bilik saya?" Tanya Alexander dengan tegas.

"Saya nak...ambil bakul baju tuan yang belum sempat saya basuh kemarin," jawab Florence dengan takut.

"Pergilah..."

Florence senyum lalu laju sahaja dia mengambil bakul yang sudah dipenuhi dengan baju tuannya dari hari kemarin. Belum sempat Alexander hendak bersuara gadis itu sudah memecut keluar. Takut agaknya jika dia dimarahi.

Alexander menyisir rambutnya begitu rapi. Minyak wangi disembur di seluruh tubuhnya. Setelah puas, dia menapak ke arah beg kerjanya lalu keluar dari biliknya itu. Apa yang membuat dirinya bahagia adalah Florence sentiasa ada di depan matanya bila dia bangun pagi dan balik kerja. Kan bagus kalau Florence itu dijadikan isterinya tapi sudikah gadis itu?

"Silakan duduk, tuan!"

Alexander duduk. Seperti selalu, mereka bersarapan bersama-sama. Florence makan perlahan-lahan namun mukanya masih tunduk menghadap makanan di hadapan.

"Awak okey, Florence?" Tanya Alexander.

Florence pantas mendongak melihat pada tuan muda itu. Dia senyum kelat. Apa nak cakap ni? Casey setia menanti jawapannya.

"Saya okey, tuan tapi...ada masalah sedikit je. Saya nak minta izin untuk keluar sekejap je nanti nak ke Taman Kenangan..."

Begitu lama Alexander diam. Florence mula gigit bibir takut jika tuannya itu marah pula. Tapi dia bukan nak escape buat kerja pun...

"Baiklah tapi...biar saya hantar awak ke sana. Naik bas takut tak selamat..."

"Tak payahlah, tuan. Saya tak nak susah-susahkan tuan. Saya dah besar pandailah saya jaga diri," tolak Florence.

"Tapi ni arahan saya! Awak nak saya pecat awak ke?!" Tengking Alexander tiba-tiba.

"Eh, janganlah macam tu, tuan! Baiklah saya tumpang tuan je lah!" Florence mengalah juga.

Casey yang menyaksikan drama tersebut mula tercenggang. Tidak masuk akal langsung! Namun bila mata Alexander yang bercahaya itu dia pasti ada sesuatu yang tuan muda sembunyikan. Dia bukan tidak tahu gelodak perasaan orang-orang muda sekarang.

.....

Alexander berdiri di situ namun matanya masih tertancap pada Florence yang sedang menghirup udara segar di Taman Kenangan itu. Dengan jarak yang jauh itu, dia masih nampak dengan jelas apa yang gadis itu lakukan. Begitu lama diperhatikan sehingga dia menyedari sesuatu. Florence tersengguk-sengguk di hujung sana dan dia tahu gadis itu pasti menangis.

Dia mengeluarkan sapu tangannya yang selalu disimpan dalam poket seluarnya namun dia terhenti di situ. Dia terkejut bila terlihat kelibat Leonard yang berdiri tidak jauh dari Florence. Mata lelaki itu khusyuk memerhatikan gadis yang tengah menangis itu. Dia mengeluh lalu menyimpan balik sapu tangan tersebut bila Leonard terlebih awal mendekati Florence.

Dia cemburu. Laju sahaja langkah kakinya beredar dari situ meninggalkan Florence di situ. Nanti pandai-pandailah Florence cari bas untuk pulang rumah. Dia lekas masuk ke dalam Audinya lalu memandu dengan laju dari situ. Hatinya mendidih panas. Sakit!

"Good morning, bos!"

Alexander tidak menyapa sebaliknya lekas masuk ke dalam pejabatnya. Dia menghempas punggungnya di kerusi kulit warna hitam itu. Dia mengeluh perlahan. Fikirannya begitu kusut sekiranya Florence jatuh di tangan Leonard dan dia...

"Arghhh!" Jerit Alexander begitu kusut.

Bila kelibat Ayren masuk, lagi bertambah kekusutannya. Dia tahu niat gadis itu masuk ke dalam bilik pejabatnya itu.

"Bos okey ke ni? Tadi saya dengar bos teriak tu lah saya nak tengok bos," jelas Ayren dengan nada risau padahal hubungan mereka hanya bos dan setiausaha sahaja.

"Kau keluar! Kau masuk ni buat aku makin kusut je!" Tengking Alexander tiba-tiba membuat Ayren terkejut besar.

"Bos ada masalah ke?" Soal Ayren dengan beraninya.

"Kau tak faham bahasa ke?! Aku suruh kau keluar! Keluar!!!"

Alexander tidak dapat bersabar lagi. Yang dia tahu dia mahu melepaskan amarahnya. Bila dia layan macam itu, cepatlah pergi! Ni tak asyik nak menggedik sahaja. Ayren mengalah juga lalu melangkah keluar dari situ. Alexander cuba fokus pada kertas kerja namun entah fikirannya masih teringatkan Florence. Apa dia buat sekarang atau dia masih di Taman Kenangan?

"Bos, ni kopi panas untuk bos,"

Ayren muncul kembali dengan secawan kopi panas di tangannya. Alexander tidak menoleh sebaliknya khusyuk menghadap laptop di depan matanya. Dia tidak mahu gadis itu mengharap sangat dengan layanannya.

"Bos, saya nak cakap yang saya sayangkan bos..."

"Keluar..." arah Alexander.

"Bos berilah saya peluang sebab saya bukan perempuan seperti Eileen. Saya akan mencintai bos sepenuh hati saya..." luah Ayren sambil matanya memandang pada Alexander.

"Get out!" Tengking Alexander dengan marahnya sehingga kulit putihnya kemerahan.

Ayren sebak. Seumur hidupnya, Alexanderlah lelaki yang pernah menengkingnya sebegitu namun tidak pula dia takut. Yang dia tahu niatnya ikhlas mencintai lelaki itu. Dia mahu lelaki itu mencintainya. Payah ke nak sedar kewujudannya di situ?

"Kalau kau datang kerja selama ni untuk ambil hati aku, pergi blah! Aku dah kata hubungan kita seperti bos dengan pekerja dan aku dah bagi amaran dekat kau supaya jangan mengharap sangat. Sekarang kau rasa sakitkan...kau tanggung sendiri sebab bukan salah aku. Kau keluar sekarang dan jangan kau masuk sini kalau kau nak goda aku. Terus bawa kopi yang kau buat ni! Mulai hari ni, aku tak nak kau bancuh air untuk aku lagi. So, kau keluar sekarang!"

Ayren mengesat air matanya di pipi. Jatuh maruahnya di depan lelaki itu. Dia mengambil cawan kopi itu yang masih tidak berusik keluar dari situ. Alexander mendengus kasar. Dia bangun lalu membuang pandang ke luar. Dinding cermin yang luas itu mampu membuat dia melihat keadaan di luar. Itulah dirinya...sentiasa tegas sejak hari hatinya dilukai oleh seorang perempuan bernama Eileen.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now