Bab 9

6.2K 236 1
                                    

Sejak dari kecil lagi Alexander mempunyai alahan bila meminum minuman arak. Itu pun setelah disahkan oleh doktor kepercayaan ayahnya dulu. Namun malam itu dia terpaksa sebab niatnya satu sahaja. Dia tidak mahu Florence keluar dengan Leonard. Bila dia sakit nanti, Florence tidak akan keluar meninggalkannya sakit di katil ini.

Rancangannya berjaya juga bila dia melihat Leonard bergerak pergi meninggalkan rumahnya. Dia kejam ke? Dia mengeluh kecil. Dia betul-betul tidak ada idea yang lain ketika itu. Dia masuk kembali ke dalam biliknya lalu duduk di birai katil itu. Keadaannya pun baik sedikit. Terdengar pintu ditolak lalu dia menoleh. Florence masuk sambil membawa segelas air bersama panadol ditangannya.

"Tuan, masa untuk makan ubat," kata Florence lalu menyuakan satu panadol di tangan Alexander.

Alexander menelan panadol itu sebaik sahaja dia meminum segelas air kosong itu. Gelas itu diberikan semula pada Florence. Alexander pun berbaring malas di atas katilnya. Florence membantu membetulkan comforter di tubuh tuannya itu.

"Kenapa awak tak keluar dengan Leonard tadi?" Soal Alexander meminta kepastian dari mulut gadis tersebut.

Florence terhenti. Dia membuang pandang ke arah Alexander yang turut memandangnya.

"Saya dan Leonard cuma kawan...lagipun saya risaukan keadaan tuan...tak patut saya lari dari kerja saya..." balas Florence begitu tulus.

"Terima kasih sebab ambil berat tentang saya," ucap Alexander dengan senyuman hambar itu.

Florence bangun lalu keluar dari bilik itu. Casey di dapur setia menanti kedatangan anak angkatnya itu. Dia mahu tahu apa hubungan mereka berdua. Sebaik muncul Florence di muka pintu dapur, dia terus menyoal itu dan ini. Florence keliru lalu dia tergelak dengan gelagat Casey di hadapannya.

"Apa mama merepek ni? Saya dengan tuan muda itu tak ada hubungan langsung. Nak ke dia dengan saya ni?" Jelas Florence dengan senyuman senang.

Florence duduk di kerusi. Casey pula duduk disebelahnya. Casey seakan tidak puas hati dengan penjelasan dari mulutnya tadi. Entah apa orang tua itu mahu darinya.

"Tapi kenapa dia pegang tangan kamu tadi? Nampak mesra sangat!"

Florence terkedu. Pegang tangan?! Alahai Casey nampak rupanya Alexander yang memegang tangannya tadi. Apa dia nak bagi alasan sedangkan dia tidak mempunyai hubungan apa-apa dengan lelaki itu.

"Tadi tu saya nak check suhu dia tapi dia tak nak tu lah yang sampai terpegang tu!" Florence senyum lebar. Pandai betul dia memberi jawapan bernas!

"Mama bukan nak menyibuk tapi mama nak tahu hubungan kamu dengan Alex je. Kalau kamu suka dia, kamu kena jaga hati dia...sebab Alex tu pernah sekali disakiti oleh seorang perempuan,"

"Saya suka dia?! Tak mungkinlah mama! Saya ni cuma maid dia je! Tapi apasal pulak dia terluka mama? Perempuan tu curang dengan dia ke? Muka hensem macam tu pun perempuan tu boleh curang?! Kesian dia..."

"Bekas kekasihnya dulu tu tak setia dengan dia. Muka cantik tapi hati busuk! Mama pelik kenapa Alex boleh jatuh cinta dengan perempuan seperti tu? Mama tengok mereka tak serasi. Seorang sibuk dengan kerja seorang pulak sibuk nak nampak cantik. Tak padan langsung!" Komen Casey lagi yang tidak suka dengan perangai bekas kekasih Alexander dulu.

Florence tersengih. Tapi menarik juga memdengar kisah cinta Alexander dari mulut Casey itu.

"Mama, saya nak tidur kejap! Ngantuk sangat..."

"Tidurlah...kerja kamu pun dah siap!"

"Tapi saya nak tidur di ruang tamu nak juga rasa aircond..." rayu Florence dengan muka dibuat ala-ala comel pada Casey.

"Boleh, tapi jangan sampai tuan muda tu nampak kamu tidur di sana," pesan Casey.

"Dia tak akan nampak punya sebab dia tak akan keluar dari bilik dialah, mama,"

"Ha'ah, pergilah..."

Florence senyum girang. Laju sahaja dia ke ruang tamu. Terasa angin sejuk menyentuh badannya yang membuat dia lena. Dia berbaring malas di sofa panjang itu sebelum matanya tertutup.

.....

Alexander bangun perlahan. Tengok jam sudah pukul 4 petang. Patutlah hari terasa nak gelap. Dia menarik langsir untuk menutupi jendelanya. Dia keluar dari bilik itu lalu perlahan-lahan menuruni anak tangga menuju ke bawah. Namun rasa sejuk aircond di ruang tamu itu membuat dia tanda-tanya. Siapakah yang lupa menutup aircond di ruang tamu itu?

Dia jalan menghampiri sehinggalah dia terpandangkan kelibat Florence yang begitu lena di atas sofa panjang itu. Dia tersenyum sendiri lalu mendekati gadis itu. Sejuk begini pun dia tak rasa apa-apa!

Florence bergerak sedikit. Alexander mengelengkan kepalanya memandang gadis itu yang tidak pernah dengar arahannya sebelum ini. Nak marah buat apa? Hati pun dah tersangkut!

Alexander duduk di situ sambil menatap wajah lena gadis itu. Tenang sahaja. Comel pun ada jugak!

.....

Florence menggeliat malas. Namun digerakkan juga matanya untuk membuka. Kala itu matanya terbeliak besar bila Alexander ada di situ. Dia terus bangun lalu membetulkan keadaan sofa itu.

"Tuan..." Florence takut untuk keluarkan suara.

"Tak apa...saya tahu awak letih jaga saya. Saya maafkan tapi esok...tak akan!" Kata Alexander begitu tegas.

Florence terus berdiri tegak di depan lelaki itu. Kecut perutnya bila Alexander membuat muka serius itu. Florence ingin berlalu tapi Alexander begitu pantas menarik lengannya membuat tubuhnya tidak seimbang lalu jatuh menghempap tubuh lelaki itu.

Jeda. Namun mata Florence memandang Alexander. Bila melihat keadaan mereka yang begitu rapat itu, laju dia menjauhkan diri namun Alexander menarik tubuhnya begitu rapat dengannya. Apa ni?!

Florence akur begitu. Dia begitu tidak selesa seperti itu. Namun dia tidak dapat melarikan diri dari menatap wajah Alexander di depannya. Begitu lama sehingga dia tersedar bila bibir lelaki itu menyentuh bibirnya. What?!

Florence bingkas bangun. Dia jadi takut dan serba-salah. Tapi apa yang dia takutkan? Dia sungguh tidak waras ketika ini. Dia cepat beredar dari situ meninggalkan Alexander.

Alexander mengeluh perlahan.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now