Leonard memandu keretanya menuju ke rumah Alexander. Haraplah kedatangannya nanti dijemput oleh Florence. Dia pun sangat merindui gadis itu. Sampai di perkarangan rumah, dia terserempak dengan kereta Eileen yang baru sahaja sampai. Apahal pulak minah ni datang sini?
Dia keluar lalu menuju ke pintu rumah. Eileen di belakangnya tidak dihiraukan.
"Happy nampak!" Tegur Eileen yang sudah berdiri di sebelahnya.
Leonard mencebik. Cepatlah buka pintu ni! Panjang umur Casey membuka pintu rumah itu lalu mempelawa mereka masuk.
"Florence mana, mak cik?" Soal Leonard pada Casey.
"Tengah buat air," balas Casey.
"Alex mana?" Soal Eileen sungguh berlagak yang membuat Casey geram sangat.
Tepat masanya Alexander turun dengan baju kasual bila berada di rumah hujung minggu itu. Dua tetamu yang sudah dijangkanya. Eileen meluru mahu memeluknya namun dia cepat mengelak. Jijik!
"Lex, aku nak ajak Florence keluar..." kata Leonard dengan terus-terang.
"Aku rasa baik kau tanya dia je..." jawab Alexander bila Florence muncul dengan tiga cawan di dalam dulang yang diangkatnya.
Leonard senyum meleret. Tambah lagi bila Florence di depan matanya. Eileen yang berdiri sedari tadi terus duduk rapat di sebelah Alexander. Alexander naik rimas lalu duduk di tempat sofa lain. Sekarang matanya fokus memandang pada Florence dan Leonard. Dia mahu jawapan dari gadis itu.
"Saya siap sekarang. Awak tunggu saya di depan," jawab Florence yang menghancurkan hati Alexander tika itu.
"Sayang, kenapa pakai baju ni? I nak you pakai baju cantik sikit!" Tegur Eileen.
"Aku tak cakap aku ikut kau keluar! Dan aku tak suruh kau datang sini! Pergilah!" Tengking Alexander dengan mukanya yang sudah merah.
Eileen tersentak. Alexander bangun lalu mencapai lengan Florence bila gadis itu melintas di situ. Eileen yang melihat adegan tersebut menjadi sakit hati. Siapa gadis itu pada Alexander?
"Awak jangan pergi..." pinta Alexander begitu lembut.
"Tapi saya tak dapat nak tolak. Maafkan saya, tuan..." balas Florence lalu meleraikan pegangan tangan lelaki itu pada lengannya.
Alexander hampir mahu menangis. Dia merayu namun Florence pergi juga tinggalkan dia di situ. Dia meraung bagai kanak-kanak kecil. Habis tubuh Eileen ditolak kasar. Segala sofa dan barang di ruang tamu itu ditolak untuk membuang rasa marah yang bercampur dengan rasa sedih. Sakitnya bila mencintai seseorang. Eileen mengalah lalu balik. Tinggal Casey yang sedaya-upaya menenangkannya.
.....
Leonard keluar lalu membuka pintu untuk Florence. Florence berasa tidak selesa dengan layanan lelaki itu namun bibirnya melemparkan senyuman nipis. Mereka tiba di Taman Kenangan yang menjadi tempat pertama kali mereka bertemu.
"Saya masih ingat sewaktu saya bertemu dengan awak di sini..." ujar Leonard sambil matanya tertumpu pada bangku kosong di depan mereka. Bangku itulah di mana dia terlihat Florence menangis.
"Kita nak buat apa dekat sini?" Soal Florence serta-merta.
"Florence, awak tak boleh ingat masa lalu awak untuk selamanya. Apa kata awak terima saya sebagai kekasih awak yang baru? Saya janji saya akan bahagiakan awak dan tak akan buat hati awak terluka..."
Florence terus diam membisu. Alahai...bagaimana boleh Leonard jatuh suka dengannya dengan masa yang begitu singkat? Dia gelisah, resah dan banyak lagi. Yang dia tahu dia tidak akan terima lelaki itu. Dia belum bersedia untuk berkasih.
"Florence..." panggil Leonard lembut.
"Saya tak boleh..." jawab Florence dengan jujur, tidak memandang pada lelaki itu.
Leonard yang mendengar jawapan dari gadis itu begitu hampa. Dipandang Florence dengan pandangan seakan merayu gadis itu menerimanya.
"Sorry..." ucap Florence perlahan namun dapat Leonard mendengarnya.
Leonard melarikan pandangannya ke tempat lain. Sakitnya hati! Florence menoleh pada Leonard di sebelahnya. Keadaan sunyi di antara mereka.
"Tapi kita boleh jadi kawan...tu pun kalau awak nak," kata Florence cuba memujuk lelaki itu untuk bersuara.
"Okey, kita kawan!" Balas Leonard cuba berlagak ceria di hadapan gadis itu.Florence senyum senang.
"Jom kita balik!" Ajak Leonard lalu mencapai lengan Florence beredar dari situ.
.....
Florence sampai di rumah itu lalu bergegas masuk. Namun matanya sakit bila terpandangkan barang-barang yang berselerakan di sana sini. Kena rompak ke? Florence terus berlari mencari Casey.
"Mama, kenapa ruang tamu macam tu?" Tanya Florence.
"Tuan muda tengah panas baran tadi. Tentulah pasal bekas kekasihnya tu datang tadi. Kalau dia tak datang, semua ni tak akan terjadi. Kamu pergilah bersih di depan. Mama tak larat,"
"Baiklah mama!"
Florence ke ruang tamu semula. Satu-persatu disusun mengikut susunan asal. Sofa dan meja ditarik lalu disusun di tempat asal. Segala kaca dari pecahan pasu bunga perhiasan dikutip sehingga bersih. Selepas itu dia menyapu kesan kotoran di lantai dan terus dimop dengan pencuci lantai. Casey yang memerhati kerja gigih Florence itu hanya tersenyum senang. Memang pantas kamu bersama tuan muda...
Selesai segala kerja, Florence menyimpan kembali segala penyapu dan mop ke dalam stor. Dia masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Bukan salah bekas kekasih Alexander, tapi salah dia...Florence mengeluh perlahan.
"kenapa mama simpan makanan tu dalam dulang tu?" Soal Florence yang begitu kehairanan.
"Kamu dah mandi?" Soal Casey.
"Dah! Tuan sakit ke mama?"
"Kamu bawa ke atas dan pujuk tuan suruh dia makan," arah Casey sambil mengunjukkan dulang yang berisi makanan untuk Alexander pada Florence.
"Apasal pulak saya kena bagi dekat dia? Mana adil! Nanti kalau dia marah saya, bagaimana?!" Tolak Florence. Trauma dia dengan panas baran Alexander yang tidak bertempat.
"Kamu pergilah. Mama merayu sangat...hanya kamu yang dapat pujuk dia," pinta Casey supaya gadis itu mengalah.
"Baiklah..."
Florence akur dengan arahan Casey. Dia membawa makan Alexander ke tingkat atas. Pintu bilik diketuk perlahan lalu dibuka. Alexander terlelap di atas katilnya. Florence meletakkan makanan tuan muda itu di atas meja lampu. Di dalam gelap itu dia merenung wajah lena itu dengan rasa serba-salah.
"Tuan..." panggil Florence sambil mengoncang sedikit tubuh lelaki itu.
Tubuh Alexander bergerak sedikit. Dia menggeliat lalu membuka matanya. Florence memandangnya dan dia bangun perlahan.
"Masa untuk tuan makan. Casey suruh tuan makan dekat sini je," kata Florence lalu menyuakan makanan pada Alexander.
"Saya tak ada selera nak makan..." balas Alexander dengan suara seraknya yang baru bangun tidur.
"Tapi..."
"Saya cakap tak nak!" Marah Alexander membuat Florence terkejut bukan kepalang.
"Tapi saya suapkan..."
Alexander memandang gadis itu. Air matanya mengalir keluar. Florence terkedu bila melihat lelaki itu menangis di depan matanya. Alexander tidak menunggu lama lalu mendakap tubuh Florence begitu erat. Florence teragak-agak namun dia membalas pelukan itu. Dia pun salah. Buat pertama kali dia melihat Alexander menangis sebegitu. Dia menepuk lembut pada belakang lelaki itu agar tangisannya reda. Kalau dia lama-lama di situ takut Casey fikir yang bukan-bukan pula.
YOU ARE READING
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)
RomanceAlexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florenc...