Florence masuk ke dalam lif lalu menuju ke bumbung bangunan itu. Dari jauh, dia nampak Alexander yang menangis melepaskan perasaannya. Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu lembut walaupun di luaran nampak tegas macam batu.
"Tuan..." panggil Florence perlahan.
Alexander terhenti menangis. Cepat sahaja air mata di pipi dikesatnya. Dia tidak menoleh ke belakang.
"Saya datang sini nak pujuk awak...saya minta maaf kalau saya kasar dengan awak pagi tadi. Saya salah malam tu..." ujar Florence sambil memandang belakang lelaki itu.
Alexander masih diam.
"Tuan, saya nak katakan sesuatu dekat awak. Dah lama tapi saya takut kalau saya yang terluka. Malam tu awak luahkan perasaan awak dekat saya...awak masih ingat tak? Jawapannya...saya cintakan awak jugak!"
Alexander menangis lagi. Dia menoleh lalu meluru ke arah Florence. Pantas sahaja tubuh kecil gadis itu dipeluk erat.
"Saya cintakan awak...sangat-sangat!" Luah Alexander begitu syahdu.
Florence senyum senang. Dia turut membalas pelukan itu. Akhirnya kasih mereka bertaut juga. Begitu lama mereka begitu sehinggalah Florence meleraikan pelukan lelaki itu.
"Awak kena janji dengan saya...awak tak boleh nangis macam ni! Kalau boleh jangan depan orang ramai. Dan satu lagi, awak jangan lepaskan marah awak pada orang lain dan barang-barang yang tak bersalah. Faham?"
Alexander senyum lebar menatap wajah gadis itu. Florence jadi malu bila direnung begitu. Cepat sahaja tangannya menghempas bahu lelaki itu membuat Alexander tersedar. Masing-masing tergelak suka.
"Florence, I love you..." luah Alexander lagi agar Florence tahu betapa dia sangat mencintainya.
"I love you too..." balas Florence begitu malu.
Alexander mendakap lagi tubuh Florence dengan erat. Dia harap gadis itu untuknya.
.....
Selesai bertekak dengan Logan tadi, dia terus meninggalkan lelaki itu. Dia harus bersua muka dengan Alexander secepatnya. Dia tidak mahu Alexander salah faham tentang hubungannya dengan Logan. Dia terlihat Florence masuk ke dalam lif lalu diekorinya. Namum pintu lif itu tertutup. Dia menekan pula lif disebelahnya. Dia tahu di mana destinasi gadis itu. Dia keluar sebaik sahaja sampai di bumbung namum dia kena naik lagi ke atas menggunakan tangga emergency.
"...saya cintakan awak jugak..."
Eileen tidak jadi menolak pintu itu. Dia tertanya-tanya pada siapa Florence meluahkan perasaannya. Dia begitu mahu tahu lalu dia membuka sedikit pintu itu. Kala itu matanya begitu panas bila terpandangkan Alexander yang memeluk gadis itu. Hatinya begitu terluka. Jadi gadis itulah yang dipilih oleh Alexander?
Eileen seolah tidak percaya dengan kenyataan di depan matanya. Dia berundur bersama linangan air mata di pipi. Kenapa? Dia laju menuruni anak tangga dengan tangisan kecilnya. Matanya semakin kabur digenangi dengan air mata sehingga dia terlanggar seseorang. Dia menolak namun orang itu mendakapnya begitu erat.
"Sekarang awak tau siapa yang dicintainya...awak tau kan sakit bila mengetahuinya. Saya dah bagitau awak jangan kacau hidup Alex..."
"Saya sayangkan Alex..." jawab Eileen dengan sedu-sedan. Habis baju lelaki itu basah dengan air matanya.
"Saya faham apa yang awak rasakan sekarang ni...saya pun terluka tapi saya sedar Florence bukan untuk saya. Bila tengok dia bahagia bersama Alex, saya relakan...mungkin saya tak cukup bagus untuk dia," luah Leonard membuat Eileen terharu. Sedangkan dia tidak setabah lelaki itu.
Eileen menangis semahunya. Leonard sudi menjadi pendengar luahan hati gadis itu. Bahunya dibiarkan lenguh kerana terlalu lama berkeadaan begitu. Entah dia begitu simpati dengan Eileen yang tidak berhenti mencintai Alexander sedangkan lelaki itu mencintai orang lain. Sama sepertinya mencintai Florence dan gadis itu lebih mencintai Alexander daripadanya.
Eileen menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Tangisannya sudah reda namun hatinya masih terluka. Dia melemparkan senyuman hambar pada Leonard yang dulu sangat dibencinya. Sekarang lelaki itu yang datang bila dia bersedih. Mungkin semua ini kebetulan.
"Leonard, thanks sebab pinjam bahu awak dekat saya. Terima kasih jugak sebab awak ada waktu ni...saya hargai semua kata awak tadi. Kalau macam tu, saya balik dulu," ujar Eileen mahu cepat beredar dari situ.
"Setiap hati yang luka pasti ada penyembuhnya...jangan ikutkan kata hati sangat-sangat," pesan Leonard.
"Okey!" Balas Eileen lalu bergerak dari situ.
Leonard hanya memandang Eileen yang berlalu pergi hingga hilang dari pandangan matanya. Ada sesuatu gadis itu tinggalkan padanya. Dia senyum nipis.
.....
Habis meja dihentak begitu kuat sehingga mengejutkan PA nya di luar. Logan merengus kasar. Kenapa Alex dipilih oleh Eileen? Kenapa bukan dia? Dia sahaja yang kalah di depan mata Alexander! Dulu mereka berkawan baik sewaktu di universiti tapi sebaik sahaja syarikat Alexander merupakan musuh syarikat ayahnya itu, terus dia memusuhi lelaki itu. Dia tidak sanggup melihat hidup ayahnya tertekan dengan perniagaan. Hampir sahaja syarikat ayahnya itu muflis oleh Alexander tapi dia cepat bertindak. Sekarang di sini dia berdiri menguruskan syarikat ayahnya itu.
"Aku akan pastikan kau sengsara! Tu janji aku pada kau, Alex!" Dendam Logan yang tidak pernah habis.
Dia benci sangat bila Alexander mendapatkan Eileen dengan begitu mudah sedangkan dia yang mula kenal dengan gadis itu. Sebab itulah dia sering ada di antara perhubungan mereka dan akhirnya dia berjaya bersama Eileen sebaik sahaja gadis itu memutuskan perhubungannya dengan Alexander. Dalam hal ini, dia memang kejam sebab dia hanya mahu melihat lelaki itu sengsara. Tapi entah bagaimana boleh Eileen mula berubah lalu meninggalkannya.
"Kenapa kau buat aku macam ni, Eileen? Aku betul-betul cintakan kau...dulu aku jugak yang ambil kau dan beri kau segala kemewahan. Kenapa kau sanggup tinggalkan aku dan kau kejar dia balik?! Kenapa?"
Amarahnya datang balik lalu dia menolak segala kertas kerja di atas mejanya. Habis berselerakan kertas-kertas di atas lantai. Logan kusut. Ketukan di pintu tidak dihiraukan. Dia tahu itu pastinya Scarlet.
"Bos, dah nak pukul 2 petang, meeting bos dah nak mula ni,"
"Kau tak tengok ke keadaan aku macam ni hah?! Cepat cancelkan meeting tu! Cakap aku tak sihat hari ni!" Marah Logan pada Scarlet.
"Baik, bos!" Jawab Scarlet lalu beredar dari situ.
Logan mengeluh kecil. Serba-salah juga sebab dia memarahi gadis itu tadi. Dia akhirnya bangun lalu keluar dari pejabatnya itu. Dia menuju ke pantri untuk minum namun dia terserempak lagi dengan PA nya itu. Scarlet senyum nipis sebelum mahu beredar dari situ.
"Scarlet!" Panggil Logan pantas sambil melihat pada gadis itu.
Langkah Scarlet terhenti. Dia menoleh pada bosnya itu.
"Saya minta maaf pasal tadi. Saya tak dapat kawal marah saya tadi..."
"It's okey, bos. Saya memahami..." balas Scarlet sebelum pergi.
Logan senyum kelat.
YOU ARE READING
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)
RomanceAlexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florenc...